Monday, January 25, 2010

Dapat Cek RM10k

bual pendek: lets get back to investing mood

Minggu lepas aku dapat cek 10k, korang rasa macam mana aku dapat? Adakah aku menang peraduan/ cabutan bertuah? Ataupun aku dpt duit dari blog aku ni. Aku tak sertai mana-mana peraduan so cek 10k tu bukan menang peraduan. Since blog aku ni cuma dpt hits dalam 100+ sehari, mmg duit 10k tu bukan dari Nuffnang.

Sebenarnya duit tu adalah duit yang aku dapat apabila aku tamatkan simpanan dalam koperasi kompeni aku. Sapa nak bagi beb, duit tu adalah duit aku sendiri yang aku potong bulan bulan dari gaji aku. Aku start daftar jadi ahli pada tahun 2004, memula aku simpan rm100, then tahun 2006 ker 2007 aku naikkan simpanan jadi rm170. Bulan 1 tahun lepas aku bagi notis 1 tahun, baru tahun ni aku dapat semua simpanan aku

Good thing about this koperasi
1) dividen competitive, always above 6%
2) pinjaman yg interest rendah, 4% beb pinjaman peribadi
3) potongan gaji yang memudahkan simpanan.

Kalau bagus, kenapa aku berhenti? Dibawah adalah sebab-sebabya
1) ASB can give more than 6%. Lagipun boleh buat OD
2) Bila ada potongan, slip gaji tak cantik coz bank consider sebagai tanggungan. Tak boleh nak maksimankan loan amount
3) Koperasi ada buat potongan insurans rm20 yang aku rasa tak comprehensif dan tak berbaloi
4) aku nk amik insuran yang serius

Layan jer laa gambar cek hasil simpanan yang berterusan dan konsisten

cek bernilai 10k


10k tu untuk diinvest lagi. Masukkan cek dalam akaun OD aku, since interbank punya cek, kena tunggu 2 hari baru leh guna. Lepas 2 hari, aku pindah rm10 tu masuk ASB. Aku akan sijilkan untuk aku buat OD.

Waktu nak masukkan duit 10k kt ASB kt CIMB, officer tu tanya aku keje kt mana. Aku cakap kt bangunan TM sebelah. Dia cakap, TM bagi gaji banyak yerr? Aku cakap, gaji ok, tp duit ni i simpan 5 tahun punya. Haha, 5 tahun lebih to be exact.

Unless korang menang peraduan yang menawarkan hadiah 1ok, ataupun anak org kaya yang parent nohal leh kasi 10k, cara aku dapat 10k adalah macam ni. Ingat senang nak menang peraduan. Kene minum power root banyak2, bagi kompeni tu kaya, masuk peraduan belum tentu boleh menang.

Dengan kata lain, kena la menyimpan secara konsisten, biar sedikit tapi konsisten. Ni tips aku:

1) Mula Sekarang
2) Mula sekarang pada usia muda
3) Teruskan menyimpan secara konsisten
4) Tambah simpanan kalau ada duit lebih
5) Simpan atau labur kt tempat yang terjamin keuntungan

Aku dapat 10k setelah 5 tahun lebih simpan. Memang tiada jalan pintas. tiap2 bulan dan tiap2 tahun. Tidak ada jalan mudah. Kalau aku tak mula menyimpan pada 5 tahun lepas memang takkan ada la 10k bersama entry kali ni. Jangan mudah terpengaruh dengan pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tinggi. Pada aku kalau pulangan yang dijanjikan tu15%, memang kene siasat dulu, ataupun buat tak tahu jer, banyak penipu dalam dunia, ingatkan nak untung 15%, alih2 lebur semuanya.

Jangan tamak, biar slowly but surely. Pada aku, kalau duit tak berapa nak banyak, slow2 simpan konsisten kt ASB. Kalau dah ada banyak, baru laa pikir nk invest dalam property pulak. the more you save, the more you can invest

http://matjoe9498.blogspot.com – investing, living & anything

Klik LIKE kalau suka Entry Ni

17 comments:

  1. apakte jika dikongsi bersama..
    ahaha..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...

    ni yang dinamakan sikit-sikit lama2 jadi bukit...dah penat bercucuk tanam bagai...skang dah tuai hasilnya..

    agree with aus tooo..terliur sey tgk cek tu!

    -tinta-

    ReplyDelete
  3. waaaa beshnya...saya pun jenis susah nk meyimpan, last2 atas termakan kata2 kakak saya yang bekerja sebagai relationship banker kt maybank, saya pun masuk la asb loan maybank..tiap2 bulan, saya terpaksa utk simpan rm230, dan dividen dpt pada hujung tahun, tapi lum g check lagi hehe...selepas 15 thn , saya akan dpt rm30k hasil dari simpanan saya..tgk cek yang rm10 k dah kagum, apatah 30 k nnt, wow! hehehe

    ReplyDelete
  4. salam matjoe..betul..betul....betul...byk sungguh penyagak skrg ni..

    ReplyDelete
  5. apa kata duit ko tuh kasi kat aku separuh so aku boleh invest kat ko balik...bile dah untung ko amik la balik bahagian ko...is it a great deal!!!

    ReplyDelete
  6. Bagusnya...cam gini...dila akan cuba buat cam ni..tq..sbb bg info yg berguna..mmg betul kata matjoe, bukan senang tuk mendapatkan wang dengan jalan pintas...heeee...

    ReplyDelete
  7. wow byk gak 10k tu...:) d/p rumah lepas tu....

    ReplyDelete
  8. @aus - oit, hang muda lagi, lagi awal hang start saving, hang bleh dapat lagi manyak daripada aku. leh jadi lag kaya daripda aku

    @tinta - sehari selembar benang maa. bleh jer saving skit2.

    @lana - bagus ambik loan asb tu. sedar tak sedar, one day dpt duit tu. off course there are ways yg bleh dapat lagi lebih which is invest kt property but, kalau malas pening kepala, regular saving kt asb pon ok

    @ kak ina - memang btul, jangan tamak nak untung alih2 jadi rugi

    ReplyDelete
  9. @bean - hang memang genius, bagi no akuan ngko. muahaha, aku nak transfer seringgit

    @deala - thanks for dropping comment in here. awak simpan duit utk kawen dulu. majlis biar sederhana tapi meriah. karang ajak hubby plan utk saving, nk beli umah, nk dpt anak, bla3x....

    @wakif - still tak cukup utk buat dp stream. actually nk try invest dlm emas laks. tgk ler kalau OD lepas

    ReplyDelete
  10. matjoe...

    ada org TM...buat loan rm100k-rm200k dgn bank rakyat.

    dapat jer loan..terus terminate kotamas...so tolak gaji utk loan rm100k-rm200k tak appear dalam payslip

    ReplyDelete
  11. tuah - aku rasa staff tm tu xde commit mana2 loan lagi kot tu yang leh loan smpi beratus2 k. aku terminate coz aku rasa better masuk asb dan aku boleh guna buat OD

    ReplyDelete
  12. amboi....laju aih nak simpan duit tu...ekeke...

    ReplyDelete
  13. Bro ,

    nak tanya ..labur kat mana bayk faedah asb o bank rakyat ??

    ReplyDelete
  14. @winter girl - thanks read my blog, ajak kengkawan baca sekali ekk

    of course bank rakyat is better, tp yg certain koperasi punya, bukan yg 'saya mesti pilih tu. bukan sebarangan boleh masuk', kene que. i pun tak ambik port sangat since mmg i tahu ramai yg que tp mmg berjanggut, kawin dpt anak pun x sure lagi dpt labur. saiz dana maintain, so kene tunggu ada org keluar baru boleh jump in.

    kalau dividen cun sekitar 15% annual, ada ker orang nk keluar??

    so go for ASB, anytime leh masuk n simpan. dividen consistent

    ReplyDelete
  15. betul tu sikit2..kita tak nampak
    sekali nengok..hah!

    kak jie ni suri rumah buat caruman kwsp sendiri setiap bulan..secara teratur
    dan percaya tak, kak jie dah keluarkan untuk beli rumah..

    seronok...sbb beli atas nama sendir, dari duit sendiri walaupun hanya surirumah.

    moral of the story..simpanlah walau pun kita rasa sikit...

    ReplyDelete
  16. U are TM staff...no wonder nampak mcm familiar (owh I'm ex TM oredi)...and yes interest koperasi sikit and potongan insurans tu mmglah tak relevan...furthermore notis utk terminate acc pon takes time even kalo dah nak resign pown...memang lebih berbaboi invest kat tempat laen =)

    ReplyDelete
  17. betul la bro.. sama la kita.. baru je anto surat jadi ahli ..mak aii setahun nak tunggu... takpe laa..janji tak perlu lagi bayo 20 inggit, singgit dan simpanan 100 inggit... baik simpan sendri dan 21 inggit sedekah kat masjid.. berkat sket duit den... sakit ati den gan servis kotamas... sampai sudah den tak dapat kad ahli.. dah puluh kali suh tukau alamat..tak diorang tukau gak.. letih letih..

    ReplyDelete

Link Within

Related Posts with Thumbnails