Thursday, January 28, 2010

Nak Melabur Dimana?

Bual pendek: Final entry this week esok aku cuti, next entry tunggu bulan depan la yer. Baca betul2, jenuh aku draft panjang2 semalam. harap bermanfaat!!

Selama ni aku bercerita pasal pentingnya untuk invest. Pentingnya untuk ada active income (link). Apa yang aku nak tulih kali ni memang patut aku share sejak awal2 lagi,iaitu duit tu nak invest dekat mana. Portfolio pelaburan yang aku kongsikan ni adalah berdasarkan pengetahuan tak seberapa aku yang suka ambik tahu pasal pelaburan.

1) Labur dalam bank – ni pun kira melabur, paling senang, duit gaji anda guna ada balance biar jer dalam bank. Ulang setiap bulan. Akan dapat dividen, dividen bergantung kepada bank tapi dividen dia adalah sangat kurang. Tak lebih 3% jer roughly. No wonder Bank boleh offer, BLR – 2.xx untuk loan rumah. Dividen rendah, tak payah simpan kat bank laaa

2) Labur Dalam Koperasi – macam2 koperasi ada (polis, tentera, felda, guru, telekom, pos dsb) problemnya tak semua orang boleh selamba2 masuk, contohnya hanya polis boleh masuk koperasi polis. Setahu aku koperasi yang bagi return tinggi ialah koperasi felda dan off course koperasi bank rakyat dgn dividen 15%. Kalau layak jadi ahli untuk koperasi yang ada track record pulangan dividen above 8%, bolehlah melabur dalam koperasi. Lagi advantage boleh buat potongan gaji dan koperasi menawarkan pinjaman dengan kadar interest yang rendah

3) Simpan Dalam Tabung haji – Ni pun bagus, selain boleh dapat queue untuk pegi haji, pulangan tabung haji adalah konsisten above 6%. What’s more, tak payah nk risau pasal zakat kerana Tabung haji dah bayarkan zakat. Aku sendiri ada simpan rm600 yearly purposely utk queue nk pegi haji

4) Labur dalam ASB dan produk PNB (ASW, ASN, AS 1Malaysia) – ASB mempunyai rekod pulangan paling tinggi iaitu lebih 7% setahun, ASW pun tinggi dan konsisten jugak. ASN dan AS1 Malaysia turut beri pulangan yang competitf.
Kelebihan ASB dan ASW ni ialah ia boleh dibuat Overdrat (OD). Dengan kemudah OD ini, aku sangat galakkan (sebab aku sendiri kalau ada duit lebih aku simpan jer kt ASB) untuk korang melabur dalam ASB sampai penuh kuota 200k pastu baru simpan dalam ASW pulak

5) Labur dalam unit trust – Yang ni anda bagi duit kepada syarikat pengurus dana kewanga (mcm public mutual, pru fund mgmt, cimb wealth advisor), syarikat akan uruskan dengan berberapa peratus charge (biasanya 5.5%) dari nilai yang anda serahkan. Katakan anda simpan rm100k, pihak unit trust akan ambik 5.5k dan hanya 94.5k sahaja yang akan dilaburkan.

Kalau ikutkan agen2 unit trust, nak nampak pulangan invest dalam unit trust kene peram 3 ke 5 tahun. Obviously simpan 1 tahun for sure rugi. Aku pernah buat entry pasal asb vs unit trust. Actually even after 3-5 year pun belum tentu pulangan dia banyak. Tengok nasib laa jugak, kalau fund yang anda labur duit anda tu perform ok la. Rata2 aku tanya rakan sekeliling yang pernah invest unit trust, rata2 kata tak berbaloi dan merugikan (baca komen entry Asb or UT).

Aku sendiri ada melabur dalam Public Mutual menggunakan skim EPF. Aku dah invest rm2400 2 tahun lepas, tapi hari ni aku dpt penyata aku dapat rm2434. Aku tak prefer jugak kalau ada cash nak masukkan dalam UT, because pulangan dia memang kene sabar 3- 5 tahun, harga fluctuate. Kalau jumpak agen ,dia akan tunjuk keuntungan yang maksimum.

4 March 2008, aku masukkan dari EPF RM2400 kedalam Public Islamic Select Treasure Fund


Penyata ni dapat semalam, selepas 20 bulan, rm2400 tu jadi rm2412 sahaja



Jawapan biasa:
i) Simpan lama lagi, tak cukup 5 tahun
ii) Fund nie memang tak perform, cuba tengok fund ni, tahun lepas dpt return 16%...


6) Simpan dalam bentuk emas – Ada 2 choice:
1) bukak buku simpanan emas mcm gold investment account
2) Emas physical dalam macam dinar kelantan or public gold.

Konsep dia ada harga jualan ada harga belian. Beza harga jualan dgn harga belian sekitar 6%. Katakan harga belian 1 gram rm100, harga jualan ialah rm106.
Kalau beli hari ni esok jual pun rugi, ko beli kt public gold harga m106, esok ko jual, public gold akan beli dgn harga rm100. Rugikan?

Macam kita sedia tahu, emas walaupan ada turun naik tapi in the long run harga dia likely akan naik. Nak buat profit kene tunggu laa harga naik.

Contoh beli pada 1 jan 2010, harga jualan rm106
Jual pada public gold 31 Dec 2010, harga belian ialah m130,
Kira untung rm130 – 106/106 = 24.5%

Tengok harga emas jugak. Disadvantage, xde compound interest. Emas kekal pada 1 gram dan harap pada kenaikan harga emas itu sendiri

Tapi certain pelaburan emas (mcm public gold) ada beri peluang untuk jadi agent yang mana anda boleh dapat komisyen 1.5% dari harga emas yang anda jual

Aku sendiri nak cuba labur dalam emas tahun ni kalau OD application aku lulus. Dont worry, aku akan cerita moment of truth yang aku face bila melabur dalam emas. Betul ker setahun dikhabarkan ada kenaikan 26%

Pokli announce 26% keuntungan tahun lepas


7) Hartanah – This is what I favour the most. font kuning kasik menonjol. Robert Kiyosaki, Donald Trump, Milan Doshi ngan Azizi Ali pun recommend untuk invest dalam property. Property ni termasuk rumah kediaman, shop lot, kilang, resort atau homestay. Dapat keuntungan melalui sewa bulanan, normally giving the right location, harga rumah akan naik dan boleh buat untung bila jual rumah tu.

Nak invest dalam property modal kene modal byk, itu yang paling utama, lokasi pilihan juga perlu tepat. Dalam memilih lokasi mmg kena trust judgement sendiri, kalau ikut agen jual rumah or agen rumah lelong, likely semua lokasi bagus. Bagus jugak tanya judgement orang yang tak ada kepentingan.

Even beli rumah untuk duduk sendiri merupakan satu investment, harga rumah akan terus naik, kalau lambat beli, dah waste duit bayar sewa dan bila dh beli, harga makin tinggi dan lokasi makin jauh

Nak beli property aku suggest simpan sebanyak mungkin dalam ASB, dah cukup baru buat OD, barulah guna duit tu utk beli.

Satu perkara lagi, kalau beli property untuk orang yang tak berapa kaya mesti berhutang, kalau berhutang tu mesti dia tengok gaji bulanan kita. Disitu pentingnya active income yang strong.
Risiko property tetap ada, kene tahu cara nak minimize risiko, rajin2 membaca dan bertanya

8) Saham – Aku tahu sikit-sikit pasal saham pasal kompeni ada bagi aku ESOS. Aku nampak ada dua jenis cara invest dalam saham. Yang pertama, beli saham beberapa lot, pegang, tiap2 tahun ambik dividen. Dividen ni depend ikut prestasi syarikat, kadang2 ada company yang bagi 2 tahun sekali. Yang kedua main jual beli, Konsep dia beli time rendah dan jual pada harga tinggi, memang kene sentiasa alert dgn sentiment harga nak naik, harga nk turun. Kes pertama, pulangan ikut prestasi syarikat, kalau ok, oklah. Yang kedua, lebih kepada engkau dgn knowledge masa harga turun naik, timing and luck pun penting.

Saham ni high risk high return, kalau takdak ilmu, kalau takder sifu guide, janganlah cuba. Lagi satu, duit perlu banyak jugak untuk bermula. Dan bila dh mula kene laa ready untuk loss the money kalau rugi, tp kerugian tu akan berguna sebagai pengajaran

9) CPO – Crude palm oil, aku taktau sangat. Sifu Pie tengah dok layan benda ni. Cara dia story, ala2 saham jugak, boleh untung boleh rugi. High risk high return jugak. Aku taknak ambik tahu buat masa ni,maybe someday

10) Forex – Ni aku tak tau dan tak pernah berminat nak ambil tahu. Mungkin sebab cara promote forex tu kata bleh untung banyak (mcm scam jer bunyinyer) dan kisah yang aku dgr ramai gak yang rugi. Mcm biasa, high risk, high return. Aku dengar sesetengah forex tak approve oleh bank negara, tetiba karang duit burn mcm tu

11) Bisnes – Ada duit cukup try meniaga, meniaga kain, meniaga burger. contoh burger, modal rm1.50, bleh jual rm2.50, untung 67% kan? Sini kuantiti jadi sandaran. untung 67% tapi terjual cuma sebijik bege pun tak guna jugak. Rappo baik dgn pelanggan, burger sedap, bleh jual 1 ratus burger sehari, dh boleh untung rm100. kalau bisnes 20 hari, tak ker dapat rm2k tu

Bisnes MLM? Can go to hell!!!

12) Beli Tanah - Beli tanah dan buat project, kalau beli tanah peram jer, likely akan merugikan. Project, project ,project - jadikan tanah kediaman ke, perladangan ke, komersial ker. Pasal buat duit dgn tanah, kene berguru dgn sifu hafizal aka JuruUkur

13) Invest dalam insuran - Last but not least, different league sebenarnya, tapi kita still pasal simpan duit kat sesuatu tempat.For the first 7 year premium bulanan kita akan terbahagi kepada 2 akaun which is akaun kalau apa2 terjadi lagi satu akaun simpanan. Likely memang kalau kira pulangan at the end, memang compounding interest is less than 1% annual (seingat aku la coz aku pernah mintak seorang agent simulate kat aku). Tapi, bukan itu matlamat insuran, it’s a protection, kalau ko mati or ko lumpuh, insuran bayar sedebuk kat ngko. Nak tahu lebih lanjut atau ambil insuran, boleh contact Encik yassin. Dia buat PruTakaful, nie blog dia

Lastly, jangan masuk skim cepat kaya ataupun penipuan (font menyerlah dan bold maknanya sangat penting). Paling senang nak detect, janji pulangan lebih 15% dan orang yang promote bagai nak gila punya promote. Skim2 ternakan ker perladangan jenis ambik duit tolong usahakan pun jenis menipu, kandang takder ladang takder, yang ader duit korang utk dibawak lari. Kalau nak ternak udang, sendiri bli tanah, sendiri ternak sendiri jual, kalau nk usahakan sawit, beli tanah, tanam sawit, sendiri jual sawit tu

Sekian, sila tambah kalau ada terkurang, sila betulkan kalau ada salah.
HAPPY INVESTING :))


p/s: ingin mulakan pelaburan hartanah? ada bagusnya membaca ebook dibawah



Klik LIKE kalau suka Entry Ni

24 comments:

  1. reminder yg berguna--tq matjoe..

    ReplyDelete
  2. salam

    satu lagi mat joe lupa nak bagitau......

    14) LABUR dlm ILMU....pergi belajar...baca buku...seminar....kursus.....kuatkan minda....

    ReplyDelete
  3. sokong kt bisnes tu, MLM GO TO H33L!!! hehehe

    ReplyDelete
  4. aku tak pernah melabur lagi.. ehehehe

    ReplyDelete
  5. sebelum melabur pastikan dulu ade ilmu...kalau tak sure lebur..

    ReplyDelete
  6. @bean - uihh, nape ekk? care to eloborate?

    @palie - sama2, dh start invest ke?

    @pokli - couldn't agree more

    @lana -haha, mmg go to hell

    @jard - saving skit2 dlm asb. what better time than now

    @dinsblog - yep, ilmu kene ada, execution pun kene ada

    ReplyDelete
  7. best la artikel ni..sbb baru semalam org promote i public mutual..mcm berminat kan...tp bile u tulis mcm ni...saya gembira lak...hajat nak beli kebun getah...hehe..ok tak?

    getah yg dah ada hasil....

    _____________________________________
    dapatkan panduan bina otot badan percuma disini!!!!

    ReplyDelete
  8. bina badan - panduan jer aku share kt sini. unit trust ni kene tggu 3 ke 5 tahun, pastu kene bernasib baik harapkan the fund tu perform. kita biasa simpan, kadang2 x smpi setahun kene keluar, kalau masuk UT, likely akan rugi.

    kebun getah ko beli ko kene buat kiraan btul2 rugi ker untung. kalau bleh untung proceed laa. lg satu tgk mcm mana ko nk manage, ke ko nak harap orang.

    ada masa aku jengok blog nkgo

    ReplyDelete
  9. As Salam,

    boleh tk kongsi camne cara nk bt pelaburan dlm hartanah?

    tqs

    -awi-

    ReplyDelete
  10. @awi - for now, kene beli hartanah ler, kita beli rumah. sama ada melalui subsale ke ,lelong ker ataupun direct dr pemaju. dh beli rumah sewakan ler, kutip duit tetiap bulan.
    Aku try buat 1 entry utk jawab persoalan ni. datang selalu blog aku utk baca ekk

    ReplyDelete
  11. Sorry for my bad english. Thank you so much for your good post. Your post helped me in my college assignment, If you can provide me more details please email me.

    ReplyDelete
  12. Matjoe,

    Sy nk faham lebih apa maksud amik OD. Tak penah try and x tau. Plan memang nk refinance rumah tapi why kata better OD dulu? Minta bantuan bagi sy faham apa & bgaimana to get OD.
    TQ TQ TQ
    - Aza-

    ReplyDelete
  13. aza - OD is overdraft. boleh baca entry under label OD.
    kalau nak refinane rumah mmg x perlu od dulu.

    OD org akan sandarkan sijil asb, guna duit tu sebagai modal beli hartanah

    kalau u nk refinance, x perlu buat OD. u bleh baca topik refinance rumah

    http://www.matjoe.com/2010/05/refinance-rumah.html?showComment=1278313255459#comment-c3872997103505846388

    ReplyDelete
  14. Assalamu 'alaikum.

    Maklumat yang sangat bermanfaat. Saya cuma nak tambah satu sahaja lagi. Pelaburan akhirat. :)

    Berita baiknya, perkongsian maklumat yang Tuan sampaikan dalam blog ini juga merupakan salah satu bentuk pelaburan akhirat. Tahniah! :)

    Maklumat yang Tuan sampaikan boleh menyelamatkan begitu banyak wang ringgit para pembaca blog ini, termasuk saya. :D

    Sekadar perkongsian dari saya, sila baca pada link di bawah ini.

    http://hikmahgroup.blogspot.com/search/label/Sadaqah

    Terima kasih.

    Wassalamu 'alaikum.

    ReplyDelete
  15. Salam, Saya pulak nak sarankan melabur kat ayam, beli ayam pastuh suruh orang jaga pastuh dapat untung.

    Kalau berminat email saya ok.

    baru lagi company ini. alah klik ajer kat nama saya. pasth email lah, nanti saya bagi PDF untuk penerangan.

    ReplyDelete
  16. Hey, something is wrong with your site in Opera, you should check into it.

    ReplyDelete
  17. Salam..Pasal Unit Trust tu memang kena tunggu 3-5 years..kalau market tgh up tak sampai 3 thn pulangan mmg cantik.tapi ini pengalaman sya sendiri my fund ble cecah 30% setahun dalam unit trust guna duit epf..agen u tak advice ke buat setiap tiga bulan kuar duit epf atau u tak nak kuarkan takut duit habis dlm epf tu..Unit Trust ada strategi "Ringgit Cost averaging" u study kes ni...

    ReplyDelete
  18. thanx for the info..
    penat dah invest kat UT, tp takat tu je return,
    try diversify lak..

    ReplyDelete
  19. en matjoe.. bagus entry ni..very useful for me.. tapi nak tanya, kalau labur dlm fixed deposit vs ASB mana satu yg bagus? tgh dlm delima nih..

    ReplyDelete
  20. @miss cloudy - obviously ASB, fix deposit sekitar 3 to 4 % jer setahun while asb give more than 7%

    ReplyDelete
  21. Salam semua..
    tp..spt yg sedia maklum...saham ASB dilaburkan di kaunter2 yg tdk patuh shariah..then...duit yg didapati itu dikhuatiri mengandungi unsur2 yg tidak halal..
    boleh tuan terangkan??
    terima kasih..

    ReplyDelete
  22. Suggest melabur dalam bentuk emas fizikal sebab tak dimakan inflasi & return yang boleh tahan tinggi sejak 10 kebelakangan ni. Last year punya return 29.64%!!
    Jom beli emas ramai-ramai. Boleh tgk analisa harga emas yang saya buat di www.1gold1malaysia.blogspot.com

    ReplyDelete
  23. 1Malaysia semua...

    Daripada anda semua blog 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

    Kalau takut dan tidak yakin, boleh lah cuba invest sikit sikit. RM 2300, boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

    Kalau berminat, sila layari :

    (Versi English)
    http://ReadandDecide.blogspot.com/2011/10/uinvest.html


    (Versi Melayu)
    http://PelaburanHartanah.blog.com


    ( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


    Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

    Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

    ReplyDelete

Link Within

Related Posts with Thumbnails