Thursday, February 25, 2010

Loan ASB vs Simpan Secara Konsisten

bual pendek: Salam Maulidur Rasul

Pernah tertanya tak mana lagi untung? Buat loan ASB ataupun simpan secara konsisten jumlah yg dibayar dekat bank?

Aku telah buat simulasi, malangnya ia telah corrupt jadi aku cuma dapat summerize kan dalam dalam entry ni.

Ni seingat aku laa time dok simulate, maybe salah skit2.

Ni aku letak parameter
  • Pinjam rm50k
  • Interest 5.5%
  • Pinjaman 10 tahun
  • Bulan2 bayar rm646
  • Divident ASB 7%

A) Untuk Loan ASB, aku simulate 7% interest compounding utk 50k sampai 10 tahun. Lepas 10 tahun hutang selesai, tgk baki kt ASB

B) Untuk Simpan Konsisten rm646 setiap bulan tanpa miss, aku kira 7% interest compounding simpanan sampai 10 tahun. lepas 10 tahun, stop simpan, tengok baki kt ASB

Habis 10 tahun aku compare mana satu lagi banyak baki terkumpul dalam akaun ASB

Jawapannya, B lagi byk dari A, tapi beza cuma dalam rm2000 jerr

Lepas tu aku ubah interest rate jadi 5.0%, pulak. A lagi banyak dari B

Hmm sapa yg malas nak invest, ada payslip yg membenarkan loan, bolehlah berfikir utk loan ASB. Apa2pun choose the lowest rate!!

Kalau ada kesempatan, next week will details all the calculation. Stay tune for the exact calculation. Utk weekend ni cukuplah. Maybe you could share your opinion

http://matjoe9498.blogspot.com – investing, living & anything

Klik LIKE kalau suka Entry Ni

22 comments:

  1. bagi aku win - win situation..

    ReplyDelete
  2. good info.. tengah duk timbang kati gak ni dengan ASB loan ni.. yang seronoknya bila tiap2 tahun kita dapat bonus free (kononnya)

    ReplyDelete
  3. hm...nice info...tunggu aku bersedia nnt

    ReplyDelete
  4. Matjoe, very interesting computation. Kesimpulannya, kalau effective interest 5.25% then resultnya even between A and B. Lagi rendah effective rate then A (loan) akan jadi lebih untung.

    Few things yang kita kena consider:

    1. Bonus - dikira atas minimum average over last 10 years, so kalau pakai loan, upfront kita dah score mileage on bonus.

    2. Dividend - dikira atas lowest monthly balance during the year, so sekali lagi loan ada advantage.

    3. Loan interest - kalau even case perlukan 5.25% eff rate, and kalau bank bagi spread -1.65% then selagi BLR below 6.9% we are still safe. If:
    a. Kalau BLR exceed 6.9% then kita rugi aganst plan B.
    b. Kalau BLR stays at 5.55% then anytime loan is better because current eff rate is 3.9%.

    Bahaya loan ni kalau kita default within first year. Maybank ada charge admin penalty fee RM2,500 eventhough loan tu fully secured by ABS cert. Kena betul2 bersedia and committed kalau tak untung tidak rugi lebih....

    Akhir kata dua2 plan ada kebaikan cuma loan tu ada lebih upside kalu betul2 diservis.

    Sekian komen2 saya.... seronok jugak ada orang rajin macam Matjoe nak kupas hal2 menarik nih... bravo

    ReplyDelete
  5. Finally, a blog to teach us about money. Will be back

    ReplyDelete
  6. saya dah cancelkan loan asb...kawan ckp loan asb bukan islamic..jadi,terus cancel...

    ReplyDelete
  7. salam...
    nak tanya kalau kita buat personnel loan kat bank rakyat yg skg ni maksimum leh loan sampai 200K at interest rate 3.5%(dlm paper mgu lepas)..pastu kita laburkan 200K tu dlm ASB, leh untung tak..?

    ReplyDelete
  8. eyriqazz - Loan ASb islamic kalau tak silap aku, Maybank sahaja yang ada...

    sama macam dengan OD ASB, cuma maybank je yg ada..tapi ramai yang buat dgn CIMB/RHB-sebab rate -2.0 BLR. dan margin lagi tinggi.

    Maybank akan bagi rate BLR sahaja...

    kalau buat loan, akan menambahkan komitment. nanti dah kurang sikit nak buat loan..

    ReplyDelete
  9. matjoe .

    kau maintain je mcm ni..
    terbaik la utk mase depan aku nnt .
    penasihat kewangan secara x rasmi taw .

    ReplyDelete
  10. matjoe,

    dgn ambil kira

    a) BLR @ 5.5%
    b) loan ASB Islamic profit financing @ (BLR -1.65%)
    c) dividen ASB (7%)

    sebenarnye ade spread (atau beze) dalam 7-5.5+1.65 = 3.15% atau utk selamat, amik sebagai 3%.

    3% dari 50,000 ade 1,500.

    so, kiraan TANPA simulasi Excel, boleh anggar untung bersih hasil dari spread bagi setiap tahun adalah 1,500,
    dengan anggapan dapat dividen penuh januari sampai disember dan BLR x naik2 dan dividen @ 7% :)

    sesuaikan ikot diri sendirilah :)

    ReplyDelete
  11. @palie - yes both win. yg penting disiplin menyimpan tu kalau tak berhutang, mesti kantoi

    @sweetdarling - why not. kira dulu budget, baru leh commit utk mana2 loan. tp loan asb mmg bagus provided the interest by bank at the lowest

    @bean - stay tune, keep reading this blog

    @anon - wow, good to have a reader like you. so true, anda juga seorang yg minat hal kewangan. terima kasih atas pengisian yang bernas

    @ how jun - thank, do check out this blog from time to time. just to share some knowledge about money

    ReplyDelete
  12. @eyriqazz - ada pakej islamic yg ditawarkan oleh bank

    @anon - mesti laa untung. make sure you mampu bayar bulan2 loan 200k tu, at least sampai dpt dividen utk boleh top up your monthly installment later

    @tuanbri - btul tu. tp certain tu nk invest yg senang2 n tak complicated. mmg better amik loan asb. mmg ada untungnya

    @aus - boleh saja, why not.

    @treecool - fuhh, tanpa simulasi excel tu. alang2 dh ada excel tu aku simulate laa. mmg untung kalau rate tu 5 percent and below

    ReplyDelete
  13. Bro, Interest 5.5% bukan fixkan, kalau lebih? cth, past MY BLR

    Year BLR Remarks
    2009 6.50 5.95 (February)
    5.55 (March)
    2008 6.75
    2007 6.75
    2006 6.00
    2005 6.00
    2004 6.00
    2003 6.50
    2002 6.50
    2001 6.75
    2000 6.75
    1999 8.00
    1998 10.50 12.27%
    1997 9.25
    1996 8.50
    1995 6.60
    1994 8.25
    1993 9.50
    1992 9.00
    1991 7.50
    1990 7.00

    ReplyDelete
  14. owh.. baru terpk nak amik ASB loan

    ReplyDelete
  15. @anon - certain oan asb fix ada jgk yg guna blr. better choose yg fix. Kalau guna blr better sign up yg minus nyer -2 ker, yg penting kt sini choose interest rate yg paling rendah, lg berbaloilah loan asb. wow hebat ko keep track blr malaysia kita ni.

    @jard - kenapa tidak. kalau kena gaya, dpt interest rate yg rendah mmg practikal apply loan asb

    ReplyDelete
  16. err... saya selalu simpan berkala..:D

    ReplyDelete
  17. red - bagus gak, kalau pendapatan konsisten you bleh la consider utk apply loan asb. kalau tak menentu dpt duit n nk spend duit utk kawen ker, maybe better u simpan bila ada lebih

    ReplyDelete
  18. salam...

    sy ada buat loanASB maybank 100k awal tahun ni dan ada buat ODASB di CIMB 50K (dapat 45K)... pikir2 balik, ingatkan dalam bulan september ni, sy nak tambah loan ASB maybank dalam 50K utk cukupkan 200K.. bayaran bulanan loan tu dicover oleh OD yg dapat tu.. impian kat hati, awal tahun depan bila dapat dividen,nak beli keta honda civic harga pasaran 119K dengan deposit 10%. agak tuan/puan, dgn komitmen loan ASB 150k n OD sebanyak 45K tu, bank akan lepaskan loan kenderaan yg sy nak buat tu...

    Terima kasih pada mat joe dll bloggers yg sudi ajar fee ttg ODASB ngan kad kredit...

    ReplyDelete
  19. Melabur dengan buat loan ASB nie tak untung mana pun..
    Bagi pelabur pelabur baru...PNB hanya bagi dividen 7.50%(2010)
    Lepas di tolak dengan interest Bank 4.95% dan Zakat Simpanan Pelaburan 2.5%, Keuntungan Bersih hanya 0.05% sahaja...

    Contoh Simulasi Pelabur Loan ASB sebanyak RM50,000 dengan ansuran bank sebanyak RM330 sebulan:

    Jumlah keutungan sebenar hanya :
    RM50000 x (7.50% - 4.95% - 2.50% ) = RM25.00

    Berbanding Sekiranya RM330 di simpan selama setahun :
    RM330 x 12 = RM3960
    Pengiraan keuntungan = RM3960 x (7.50% - 2.50% ) = RM117

    Kesimpulan : Simpan Sendiri Lebih MenguntungKan berbanding buat Loan ASB.

    ReplyDelete
  20. asalkan meyimpan bro. malasah disiplin tu yg paling utama

    ReplyDelete
  21. Aku da buat loan asb rm10ok. monthly payment rm619 tuk 20yr ngan kadar 4.6% pastu bulan feb 2011 naik la pla monthly rm657 sebab BLR naik. Rupa-rupanya dalam perjanjian loan tu BLR tahunan x ditetapkan. Tkjut gak sal byrn naik. jadi sepa2 yg blum bt dan cadang nak buat loan asb, tanya dl kat officer tu sal BLR tahunan fix ke tak sebab ada loan asb yg BLR fix 3 tahun.

    ReplyDelete
  22. @wathcha - mmg blr akan berubah. ikut bank negara

    ReplyDelete

Link Within

Related Posts with Thumbnails