Thursday, June 17, 2010

Bijak Belanja: Manfaatkan Kelebihan Kad Kredit

Sesi bijak belanja kali ni nak story manfaatkan kelebihan kad kredit.

1) Jimatkan interest untuk pengguna Overdraft - Ni dah aku mention dalam entry ini 

2) Senang dan cepat nak isi minyak - Kalau pakai cash kene berjalan pegi kaunter. Naik isi penuh pakai cash lagi laa 2 kali keje. Pakai kad kredit, isi sampai pump minyak dah tendang, dah tahu minyak full tank

3) Rebet Petrol - Banyak kt kredit bagi rebet petrol . Macam contoh CIMB Petronas bagi 2% rebet. Kala spend rm200 utk minyak sebulan, dah dapat ribet rm4

4) Zero percent Installment - Ni kalau nak beli benda2 letrik yang mahal, contohnya above 1000, ada kad kredit yang bagi zero percent interest untuk installment bulan2. Ada yg boleh up to 24 month. Memang bagus ada benda ni. Pesan aku, make sure barang letrik mahal yang dibeli adalah 1 keperluan yerr

5) Peraduan - Ni saja nak mention, actually nothing much on luck, tapi ada possibility utk menang. Memang kad kredit selalu buat contest supaya orang spend dgn kad kredit yang mereka keluarkan. Pesan aku, janganlah berbelanja tak tentu pasal semata2 nak joint contest. 20 ribu orang joint, kene xtremely lucky baru boleh menang.

6) Cashless - Senang bai nak check in hotel, bayar restoran mahal, beli alatan letrik, beli kat carrefour. Confident ke nak bawak cash beribu-ribu??? So mmg advantage ada kad kredit, org nak curik wallet pun x boleh nak ambik duit, kalau pencuri pandai mungkin dia boleh guna kad kredit tu tp untuk kita yang sedar wallet hilang, boleh terus call

7) Point or rebet tunai - Point ataupun rebet tunai ni bagus jugak. 1 ringgit bersamaan 1 point dan 1 point bersamaan 1/2 sen, ataupun dgn kata lain 0.5% dari nilai yang dibelanjakan. Aku bagi contoh kredit card spending aku yang banyak bulan Feb, aku dapat rebet rm15.97

rebet minyak superbike 100cc aku dapat 29sen, so aku nyer penggunaan minyak utk superbike 100c sebulan ada dalam rm30

Dalam contoh ni kad kredit aku tawarkan rebet 0.5%, so takde bagi point. Pesan aku, janganlah kejar point sangat, nilai dia sangat kecil, just pakai yg perlu, kalau ada tu, ada lahh.


8) Kaya dan berstatus - Haha ni nak poyo skit memang xde hal, kad kredit mmg simbol kekayaan Ada pulak kt Platinum. Ni pandai2 laa pikir pesanan utk diri sendiri.

Kesimpulan - Ambik yang baik jerr ek, yg penting sampai stamement, bayar pada ataupun sebelum due date. Jangan sampai makan diri.

Klik LIKE kalau suka Entry Ni

20 comments:

  1. gunakan kad kredit secara bijak...:)

    ReplyDelete
  2. Bg aku byk buruk dari baiknya. Cöntoh lets say kalau ko g pasaraya padahal niat nk beli satu barang je tp dah alang2 pakai credit card ko akan spend lebìh, yalah malu kot nk swipe utk beli shampoo je. Lg kalau ko overlimit cth credit limit ko 3k je tp ko guna lebih rm700 tak pasal2 ko punye min pymt jd rm150 + rm700. Lg ko kena byr goverment tax ngan anual fee. Bank wat peraduan sb suruh org spend cc selalu dan merchant pun dpt untung sekali. Ramai org apply AKPK sb credit card ni.

    ReplyDelete
  3. akak ni peminat fanatik mawi tau..memang tak suker dia kawin dgn ekin tu..tapi apa nak buat..dah tak jodoh.

    setakat nak isi minyak RM30.00 seminggu (psl ambil anak sekolah) tak yahlah pakai kad kredit kan)

    ReplyDelete
  4. paling mintak jauh lah kad kedut tu sebab cikhel sangat boros..

    duet tinggal rm5 dalm wallet pon sanggup beli majalah remaja rm5/haha

    ReplyDelete
  5. byk jgk rebet utk retail purchases ko

    ReplyDelete
  6. aku suka tang zero interest instalment..
    semalam wife aku beli notebook dell, zero interest installment..

    kalau beli kat lowyat, maunya kene 2% additional interest

    zero interest ni byk jimat beb... tapi jgn salah pilih la...

    ReplyDelete
  7. aku x pakai kad kredit...walopun dah byk kali salesman dtg 'offer' kad kredit...mungkin sbb aku jeles..ramai jer org x gune kad kredit....tp boleh hidup happily :D ...apepun its depends....sape nk guna gunala yer... :D

    ReplyDelete
  8. kad kredit platinum annual fees RM 600 hurmmm tapi org tak kije pown buleh dpt hahaha so idaklah simbol kekayaan sgt jugak kut kad kredit skrg nih XD

    ReplyDelete
  9. cc akan jadi bagus kalau pandai menggunakannya ;) gunalah secara bijak..

    ReplyDelete
  10. @nizaa - sebijak kancil biru??

    @suxx - mmg kene ada cash utk beli benda2 kecik mcam shampoo. pada aku above 50 mmg sesuai pakai kad kredit. mmg ramia jadi mangsa, tapi kat sini aku story bende yg boleh take advantage from cc. paling penting belanja apa yang perlu dan bayar on time

    @kak ina - kak ina tak perlu kat kredit

    @cik hel - kalau camtu better tak payah apply. beringatlah nak berbelanja ni. majalah sekali baca pastu dah tak baca dah....

    ReplyDelete
  11. @sourplum - ni contoh yg aku dapat byk coz last time aku spend about 3k. 2k tu bayar insurans lump sum setahun

    @anon - it's really up to you. you are what you think. kt sini cuma guna kelebihan, bukan kekurangan

    @lily - wow lily can afford platinum tu...., jgn sign up for kad kredit yang ada cas tahunan

    @faryn - btul3x. hahaha, ngko ada apply x?

    ReplyDelete
  12. Tak pernah guna kad kredit untuk membeli barang selain untuk isi minyak ..

    tak pernah keluarkan cash dr kad kredit walau limit rm 11,500.00

    kalau ikut rabun mata, hutang boleh berlonggok tapi tiap benda ada kebaikan dan keburukan tersendiri, jadi pandai2lah guna ilmu untuk jalani hidup kita ni

    ReplyDelete
  13. kak penguna cc tegar..dah guna sejak tahun 80an..takde masaalah..sbb bayar penuh.
    kad yg akak suka guna AEONjusco c.card..sbb kak suka shopping kt jusco.point tukar ke voucher..baru dapat voucher RM180..utk point tahun lepas.untungkan..

    ReplyDelete
  14. @kujie - yep, x salah beli grocery tp yg penting aje. sendiri mau ingat

    @anon - mmg bagus kad ni kalau digunakan pada kelebihan. sebab tu laa kene bijak

    ReplyDelete
  15. Isi minyak tu xpayah la tunggu dia tendang sendiri, sbb once dh tendang it mean petrol tu dh overload n yg overload tu akan masuk balik kt pump station, free2 jer dpt balik petrol yg kita dh bayo kt tuan punya pump station hehehehehe.

    satu lg kebiasaan aku bila kt petrol station nie,

    -isi tgh malam or pagi2 jgn isi masa tgh hari or petang. sbb petrol byk jd wap lg masa tu

    - Pastu better isi sendiri jgn bg bangla isi sbb kalu ko isi sendiri ko boleh tekan slow2 pump tu xyah tekan kuat2 sbb makin kuat ko tekan makin laju petrol tu keluar so bila makin laju petrol tu keluar makin meruap la dia, meruap plak ke udara bang bukan ke dlm tangki keta ko heheheheheh. so better isi slow2 la heheheh.

    - biasakan tangki penuh sokmo, kalau boleh dh separuh je petrol terus pergi isi penuh. sebab dia, makin byk ruang kt dlm tank lg cepat minyak tu meruap bila keter bergerak n berkocak2, lg byk ruang lg kuat petrol berkocok2 , so better kurangkan ruang dlm tank petrol tu ngan isi ptrol penuh2 heheheh.

    -bawak slow2 sudah heheheh.

    kalu rasa berguna sila guna tips nie kalu x, abaikan jer heheheheh.

    yzd

    ReplyDelete
  16. salam..saya perlukn bantuan..huhu
    saya ada 1 projek tntg many factors that lead to the demand of credit card industry & who demanded the credit card & how is the demand pattern has changed (or stable) over time(previous 5 year)..
    ada tak mane2 link yg blh sya refer??? plezz =)

    ReplyDelete
  17. salam..saya perlukn bantuan..huhu
    saya ada 1 projek tntg many factors that lead to the demand of credit card industry & who demanded the credit card & how is the demand pattern has changed (or stable) over time(previous 5 year)..
    ada tak mane2 link yg blh sya refer??? plezz =)

    ReplyDelete
  18. apakah syarat yang diperlukan utk memohon kad kredit ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. slip gaji 3 bulan, salinan ic, surat pengesahan majikan

      Delete
    2. Ada had minimum pendapatan tak?

      Delete

Link Within

Related Posts with Thumbnails