Wednesday, July 28, 2010

Bebas Hutang Konon

Salam dari matjoe. Maaf kalau komen tak reply, semalam ada kursus dan tak berpeluang untuk jengah blog. Terima kasih atas komen anda. Aku sangat hargai respond dari reader semua. Untuk entry semalam, memang nature yang patut kita ubah, asal orang kastam, polis, dan JPJ kita nak accuse rasuah bila nampak dia ada kekayaan. Aku sendiri perfikiran positif yang kawan (no so close laa, takat kenal kawan kepada kawan) aku tu memang guna duit gaji dia utk beli kereta tu. Mungkin itulah impian dia dan memang ada orang habis duit kat kereta sahaja tanpa boleh simpan apa2. Anyway for me it's a wrong move!

Tajuk entry nak sembang pasal bebas hutang. Sebelum bermula, kat sini siapa cadang nak upgrade kereta bila kereta sekarang dah abis bayar angkat tangan??

satu, dua, tiga, empat, lima,..... ehhh matjoe pun angkat tangan sekali?

Ok, kalau kita nak setkan diri kita untuk bebas hutang, keyword yang paling utama ialah jangan commit to another hutang betul tak?

Konon ada impian nak bebas hutang pada usia 45 tahun tapi bila beli barang semuanya nak berhutang. Asal ada boleh entitle utk more loan, mesti nak lagi berhutang. Sampai bila nak bebas hutang camni?

Budaya berhutang ni memang dah jadi satu yang dari asal dah jadi sebahagian hidup kita. Kalau hutang untuk beli aset takpe, yang jadi masalah besar ialah, hutang utk beli liability. Beli perabut hutang, beli mesin basuh hutang, beli laptop hutang, dah abis bayar hutang kereta, hutang lagi untuk kereta baru.

Asal age 33 dah habis Myvi, angkat pulak Alza, dah umur 42 tahun pulak baru takde hutang kereta.

Nak bebas dari hutang memang itulah caranya, JANGAN BERHUTANG LAGI.

Kalau nak terus berhutang, sampai sudahlahh tak bebas hutang!

Klik LIKE kalau suka Entry Ni

19 comments:

Anif® said...

Betul la tu.. :D

Anonymous said...

stuju tu, kalo berhutang, hati mmg tak lega, skarang byk benor bank 'offer' nak bg hutang. penin pala.

k long

J.M.R said...

btol bro..silap2 nak beli tanah kubur pon kena berhutng gk..aisehhh...

ctfarazila said...

err... lepas habis hutang kereta, saya nk beli estima CASH... boleh gitu? (verangan je... :))

Saiful Bahri said...

bro, sy ske ayat ni dlm bro nye profile "Mengenali dan menjauhi skim cepat kaya ataupun 'SCAM'".
fyi,Ramai yg buat hutang utk semata-mata ingin memceburi MLM..pinjam rm50 ribu, then buat MLM tp x jd, bayar tiap2 bulan kt bank selama 20 thun total rm120 ribu...ni lg hebat bro..huhuhu....

Eyriqazz said...

aku sedang cuba untuk melawan godaan hutang kredit kad..ada tips bro?

Anonymous said...

tapi matjoe kenapa bayar cash kalau berhutang lebih menguntungkan.....? dlm kes aku... aku ada rm88K dan boleh beli vios cash tapi aku lebih rela bayar downpayment rm8k dan letak baki rm80K tu dlm ASB.... sebab interest hutang beli vios aku tu cuma 2.3%.... Kat ASB aku boleh dapat busuk2pun 7%.... cuba tlg pikir2kan dlm kes aku nie mana lebih untung, beli vios cash atau hutang .....? :-aLCapone-

rohaniah noor said...

usahkan kereta.. zaman sekarang ni ada org beli basikal yg boleh senang2 cabut tayar tu pun berhutang..

chris federick said...

Hope i don't hutang besar. Setakat hutang kawan makan cukup la.

Kancilbiru said...

aku baru nak angkat tangan, terus letak balik...:P

Pokli.com said...

senang je mat joe...

kalau kita pandai berhutang....kena pandai membayar tak de masalah....

masalahnya berhutang pastu tak pandai bayar...

OD pun hutang jgk......pandai guna pandai bayar balik

sama jgk ar rahnu...personal loan....kad kredit
semuanya hutang....

tapi nak bebas hutang kena baca doa bebas hutang....

nak doa dia ada dalam facebook saya


bunyi mcm ni "hasbunallah hi wanik wakil"

Anonymous said...

bagi aku, keta mesti kena berhutang sampai bila2, baru la dpt merasa pakai keta baru..lagipon bukan nak pakai lama..paling lama pon 4 atau 5 tahun lepas tu trade in dan amik keta lain..kalau pakai keta tu je sampai abis utang, maintenance tgi wooo nak repair keta tuu..bila dah start meragam, mcm2 nak kena repair...baik pakai je dlm 4 tahun, abis je waranty terus tukar keta baru..tapi mesti cari bayaran bulanan yg sama mcm keta sebelum ni la..let say, sebulan installment RM600, cari la keta baru yg bayaran sama, klu dpt kurang lagi bagus..jgn pi beli keta yg kena bayar bulanan sampai 1K atau yg x mampu nak bayar...

73 de 9W2LPP

treec00l said...

matjoe,

tak berhutang to the max, macamane nak bergaya.

caldina itu mempersonakan.

beli rumah banyak2, bukan orang boleh nampak pon.

kalo kete, boleh tayang kat orang ramai. tambah-tambah kat R&R (highway) dan mase balik kampung.


psss: bace secara sinis :|

Matjoe said...

@anif - tq

@klong- btull aa

@jmr - haha, mungkin boleh berlaku

@fara - i know you wont do it

@saiful - mmg ada yg camtu, tu bukan scam, to mlm yg separuh jalan

@eyriqazz - 1 kad kredit, limit biar rendah. jgn selalu pegi shoping

Matjoe said...

@ani - haha basikal mahal tu, 1k plus jugak kan

@chris - haha, nanti kawan hutang makan kt u balik

@ pokli - mmg btul ler, tahu bayar. dan hutng tu boleh bwk income semula. ni berhutang smpi x terbayar

@73 de 9W2LPP - bro, its up to you, kalau jaga kete elok2 rasanya smpi habis bayar pun still ok


@treecool - hehe, couldn't agree more

Anonymous said...

terima kasih mat joe kerana buat 1 entri khas untuk jawap komen aku kat atas tu....! :-aLCapone-

Anonymous said...

suma utang dah clear tinggal rumah je bulan2 ,4++
nak beli kerete ke 2 ok ke,gaji pokok 3000

Matjoe said...

@alcapone - sama

@anon - terpulang, tepuk dada tanya kemampuan kewangan. Kalau perlu dan mampu, rasanya xde masalah

Anonymous said...

Anon - nasihat aku kau kena pikir kereta ke 2 kau tu keperluan atau aksesori......? Kalau jadi aksesori baik tak payah atau kau trade in beli kereta baru .....! :-aLCapone-

Link Within

Related Posts with Thumbnails