Thursday, July 29, 2010

Bukan Suruh Beli Cash

Entry BEBAS HUTANG KONON dirujuk. Menjawab komen alcapone,

tapi matjoe kenapa bayar cash kalau berhutang lebih menguntungkan.....? dlm kes aku... aku ada rm88K dan boleh beli vios cash tapi aku lebih rela bayar downpayment rm8k dan letak baki rm80K tu dlm ASB.... sebab interest hutang beli vios aku tu cuma 2.3%.... Kat ASB aku boleh dapat busuk2pun 7%.... cuba tlg pikir2kan dlm kes aku nie mana lebih untung, beli vios cash atau hutang .....? :-aLCapone- 
 
Apa yg aku cuba sampaikan bukanlah untuk membeli sesuatu umpamanya kereta dan rumah dengan membayar cash. Sebaliknya  tidak terus berhutang. Macam contoh Abang ensem pakai Honda Civic, dah habis bayar selepas 8 tahun, Abang ensem beli pulak honda accord dan berhutang lagi untuk 8 tahun. Padahal bojeh jer pakai civic yg dia dah habis bayar. 

Kalau terus pakai Civic, duit yg mampu bayar installment Accord tu dah boleh invest ditempat lain

Dengan kata lain membeli apa yg tidak perlu dengan cara berhutang. Kalau nak terus berhutang itu terpulang. Tapi kalau nak bebas hutang, tak perlulah berhutang lagi.

one final sentense:

Bolehnya Berhutang Membuatkan Orang Membeli Apa Yang Tak Sepatutnya Dibeli



Klik LIKE kalau suka Entry Ni

10 comments:

Eyriqazz said...

setuju skali bro dengan ayat ini...Bolehnya Berhutang Membuatkan Orang Membeli Apa Yang Tak Sepatutnya Dibeli...especially kredit kad..hak3..

Anif® said...

"kenapa bayar cash kalau berhutang lebih menguntungkan.....?" -->

Hutang yang untung? Setahu saya kalau dah namanya hutang, bank yang untung bukannya kita. Kecuali la kalau hutang itu "interest free".

LanaBusyBee said...

salam matjoe...cuba kira secara detail tentang ASB loan di blog saya..Segala jasa di dahului dgn ucapan terima kasih ^^

kak ina kl said...

berhutang biar perpada..jangan orang bergaya ajer lebih tapi hutang keliling pinggang.

sourplum said...

kaya nye al capone

Anonymous said...

sourplum..... hehehe... aku bukan la kaya sangat..... tapi sekadar boleh la untuk hidup ala kadar kat bandar metropolitan nie...... kat luar sana ada ramai lagi yg duit lebih banyak dari aku .... yg penting kita kena 1)buat perancangan kewangan se-awal yang mungkin, 2)praktikan bersusah2 dahulu, asalkan BOLEH bersenang2 kemudian.....! :-aLCapone-

Matjoe said...

@eyriqazz - btul tu. kredit card mmg kene ada didiplin utk diguna

@anif - i think dia refer kalau duit tu masuk kt tempat lain

@lana - ok, i'll leave a comment

@kak ina - btul tu. biaq berpada

@souplum - kaya la tu

@alcapone -kene managa hutang, dn jgn hutang yg x perlu

Anonymous said...

betul tu mat joe.... aku guna 3 tahun pertama bekerja untuk kumpul duit modal semaksimum mugkin untuk beli kereta saga "tank" + rumah + memaksimumkan saham Bank Rakyat.... baju pun aku beli/pakai yg biasa2 dan biasa juga pakaian aku kena kutuk dgn adik ipar aku...... 3 tahun lepas tu aku cuma memaksimumkan kuar duit KWSP bayar loan rumah sambil2 mamaksimumkan ASB.... 3 tahun lepas tu baru aku merewardkan diri aku dgn kereta innova & vios.... tahun ke-10 and 11 bekerja baru aku berjinak2 main OD ASB + ASW sambil memenuhkan saham felda..... sekarang aku dah boleh tersenyum lebar dan adik ipar yg kutuk2 aku dulu dah start melopong camana aku dapat dapat meng"up-grade"kan living standard keluarga aku nie..... syukur alhamdullilah rezeki anak2....! :-aLCapone-

sourplum said...

bpe limit saham bank rakyat?

Anonymous said...

limit share Bank Rakyat RM100k jer..... cuba bayangkan every year "pejam celik"2x jer boleh dapat 15% atau RM15k, ada satu tahun tu BR siap bagi 20%..... tapi ingat aku guna perkataan "cuba" dan "cuma".... jadi tak bermaksud aku puyer investment2 tu semua dah penuh.... sekarang aku target saham "KPF2" pulak ....! :-aLCapone-

Link Within

Related Posts with Thumbnails