Monday, July 19, 2010

Gaji Banyak Hidup Tertekan

Salam hari Isnin buat semua. Ada hasrat nak tukar template?, Baca entry ini . Topik ni lebih kepada perbincangan mengenai persoalan benarkah pekerjaan dengan gaji yang banyak, pressure lebih kuat dan hidup macam dah takde life sebab asyik kerja sahaja.

Entry pagi ni terbit daripada entry Alhamdulillah Gaji Aku dah 5 Angka, dalam ruang komen aku ada terima komen berikut:

1) Daripada pokli.com :

rasanya org yang gaji 5 angka tak komen kat sini...sbb sibuk / presure kena wak kerja.......betul tak?

yang gaji 4 angka ni relax skit :P

www.pokli.com

target 10 angka 

2) Dari lelakisesuxx.blogspot.com :

Gaji 10k hidup mmg xde life la aku rasa. mahu keje lebih 12jam sehari. tanggungjawab makin banyak.

Jadi artis lainlah cerita. aku dgr artis suam2 kuku pun selamba income 12K sebulan.

tapi lagi banyak gaji kita lg byk hutang kita kumpul. 

Sejauh mana benarnya, kalau gaji banyak, kerja kene lebih, tekanan kuat, life xde?

Aku sendiri tak pastu, memandangkan aku bekerja dalam satu organisasi syarikat, mmg aku nampak, utk gaji besar jawatan adalah lebih besar, utk itu tanggungjawab lebih besar, jumlah orang bawahan lebih besar dan big boss adalah lebih besar expectation.

Looking back waktu mula2 kerja berbanding sekarang, aku rasa sekarang lagi byk kerja dan tanggungjawab tapi aku able to cope dgn tanggungjawap yang ada. Mungkin pengalaman dan usia telah sedia menanggung bebanan kerja.

Agak2 kerja gaji banyak macam kat company Oil and Gas mcm Schlumberger, macam mana ek? Aku dengar gaji banyak tapi aku taktau pulak beban kerja mcm mana. Yang kerja Pilot kapal terbang, gaji banyak tapi macam mana rutin kerja, penatkah? sibukkah?

Macam yang aku nampak, those yang success dgn MLM atau Unit trust, mmg kene sales banyak, baru commission banyak. Meaning kene laa jumpak ramai orang, convince banyak customer, uruskan banyak transaksi. So obviously, memang banyak masa occupied dgn misi carik duit

Looking at kakak aku yang working as a doctor kt hospital kerajaan, gaji lebat gak tp aku tengok memang asyik telefon bunyi jer time on-call. Same goes to my sister yang work as a dentist. Memang masa senggang tak banyak. In term of tertekan mungkin tak laa sangat kot, tp aku tgk aku rasa mcm tertekan jugak, ishh aku plak yg lebih2....

Matjoe nak feedback dari reader pasal topik ni. Mungkin ada yg sekarang ni gaji banyak, atau kenal dengan orang yang gaji banyak, mungkin boleh ceritakan kisah anda.

p/s: Encik Parjoe, sila tampil meninggalkan komen.

Klik LIKE kalau suka Entry Ni

17 comments:

F A R Y N said...

makin banyak gaji..makin besar belanja ;)

Anne Boleyn said...

betol tu..makin banyak gaji..makin banyak lah kita belanja. makin banyak jugak tekanan.

kadang2 ada orang yang boley deal ngan menda ni and kadang2 ada orang yang tak boleh dengan alasan 'buat apa banyak duit, kalau hidup tak bahagia'?

tapi duit tu penting beb....

huhu

ctfarazila said...

aku tengok ceo aku best je... pegi balik keje ikut suka hati... gaji besar... driver ade... kt mana yg tertekannye tu?

Semua kerja ade tekanan... pandai2 la nk manage macamana... don't tell me ade org tanak gaji byk sbb nanti xde life????

treec00l said...

Rezki masing-masing.

yang penting usaha dan beriman :)

wakif said...

makin byk gaji makin byk belanja aku setuju...:) tapi kalau makin byk gaji makin byk tekanan, aku tak berapa setuju... terlalu subjektif...

~zam~ said...

Personally, apabila gaji makin banyak, sepatutnya kita makin bahagia kerana boleh menyimpan dan bersedekah lebih banyak. Cuma kene kawal perbelanjaan supaya tidak menggunakan gaji yang banyak tu sewenang-wenangnya :)

Berdasarkan pengalaman, betul semakin tinggi gaji, semakin tinggi responsibility TETAPI semakin dekat dengan matlamat perancangan kewangan utk bebas kewangan dalam masa 7 tahun lg :)

Parjoe said...

Salam Matjoe,
Macam sama aje kita nih,my sister pun doktor kat Hospital gomen.Dah lepas bond nak berhenti kerja jaga anak. Habis duit Petronas RM1juta(kat UK 7 tahun)...so perempuan tak yah kasi scholarship mahal-mahal kot(feminis mesti marah punya).
Frankly, kalau ada peluang I nak jadi pilot sbb gaji ok and kerja hanya 80jam SEBULAN.Flying pun 95% on autopilot(komputer yang flying), apa susah? Lagi bahaya bawak kereta kat Federal Hiway.
Anyway for myself, daily around 13hrs kerja,weekend or Public Holiday pun selalu kena panggil masuk. Tak bolehlah nak saja-saja off handphone sebab tugas adalah tanggungjawab. Part yang paling I sesal sampai sekarang tak dapat tengok my first born(son) membesar sebab selalu sangat outstation kadang-kadang sampai 4 bulan nak kejar duit masa mula-mula kerja dulu. So..duit or time with family?

cikcloudy said...

hmmm.. bila tensen datang, memang rasa nak berhenti keje je... money is not everything, but without money life would be a miserable one... hehe

SUXX said...

mcmnilah Joe ko kena pilih antara satu kehidupan ataupun duit. Ada org kejar duit smp tak ade kehidupan.

Aku rasa org yg banyak duit mcm Siti Nurhaliza tu dia dah tak masa kehidupan remaja dia.

Bagi aku pulak walaupun duit bkn segala-galanya tapi segala-galanya memerlukan duit skrg ni. Nak tak nak kadang2 kena korbankan life.

Aku dulu pernah keje dgn Japan's Company, yang bos besar gaji RM28K sebulan aku tgk mmg xde life langsung, kol 8am masuk kol 10pm belum balik lagi. Peh rela jadi org biasa2 je kalau hidup mcm tu.

*Eh tetibe aku menulis dgn serius mlm ni.

Matjoe said...

@faryn - tu x dinafikan. ko tgk bos ngko yg gaji banyak best ker life dier ker tension memanjang

@anna - mmg penting, tp tekanan bukan senang nak hadapi. mmg kene seimbang dgn gaji. kalau gaji byk tp x happy, mmg x menarik jugak

@fara - baguih laa ceo hang. tp to get there, it's not going to be easy, am i right? i know someone who couldn't take pressure working in japanese company quit job and settle for job yg lebih relek walau gaji kurang

Matjoe said...

@treecool - rezeki memang masing2, tekanan masing2. pada aku gaji lebih memang lebih mmg tekanan lebih, even dalam organisasi aku sendiri pon aku nampak.

@wakif - betul tu, boleh berbelanja banyak, melabur pun boleh banyak. tapi masa nak melaburkan tu memang agak terhad. kerana masa kerja pun memang byk, dh tak meyempat. memang subjektif, tapi mostly, more money more work.

some time bila pressure dgn kejra, mmg rasa nak jadi manager pizza hut.....

@zam - that's pretty much an ideal example, more money more investment and more sedekah. more godaan pun yer jugak, yerlaa when you have 10k salary, you wont settle for just Myvi.

yes its true youre getting closer toward financial freedom but diciplane is what matter most.
one thing, once you strive have to get better position and better salry, once you get there, pressure tak ingat and you fill you wanna quit, this also mean you delay your financial freedom.

i knew i person who downgrade job, less salary but more relax

Matjoe said...

@parjoe - thanks tinggal komen. haha, to some point i rasa, jaga anak pun best jugak. mcm your syster case, i think more one the penat byk kerja yang make her quit. bagitau aku cikgu yang quit sebab nak jaga anak. ada x? kalau ample jer masa, byk masa luangkan dengan anak memang xde hal.

As for pilot work, baru aku tahu macam tu kerjanya, but kerje pilot ni memang selalu away from home jugak ler, if we have a family, and the pilot is a famaly man, susah laa jugak.
what i see, to become a pilot, itu laa yang paling susah, yg have to be very excellent to masuk kursus jadi pilot, bukan senang2 macam nak jadi peramugara.

as for your story, i did find 13 hours of work daily is to much for me who work 8jam sehari. normally wont be distured during weekend.
oustation sampai 4 bulan time anak baru lahir mmg sesuatu yg 'hati kering' but then, its for the money and for the future of the family jugak.

money or time with family? time with family kot, even hari ni aku x bawak anak aku ronda sekitar taman sebelum aku pergi kerja sebab anak aku tak bangun tido lagi pun aku dh rindu anak aku.

soalan, sekarang ni kerja 13jam lagi ker??

Matjoe said...

@cikclaudy - haha, i did have the same feeling once in a while, normally when pressure kuat. but then again, if i quit, kat mana aku nak kerja lagi. i'm i gonna have the same salary as my current job.
nak jadi manager kfc aaa, bleh makan KFC free

@suxx - btul, komen ko dah jadi serious. semua org tgk tang siti norhaliza kaya. tapi tak pandang tang kerja nyanyi, kene gosip, kene fitnah dan mcm2 lagi.

tapi memang ada yg jenis suka kerja, xde hal kerja byk dan lebih masa. tp nak berkeluarga mmg sorry lerr.
anyway those yg kumpul banyak duit boleh quit kerja awal....

sourplum said...

xkisah la gaji byk mana pon
jnji epi
=)

baby_Cun said...

selagi ko matjoe x mati, selagi tulah kita hidup berhutang. xbf aku pun pilot dulu.. tp dr wajahnya dia kata nk berenti kerja.. asyik exam tiap2 tahun.. mesti tertekan. bagi aku hidup dunia ni.. kena seimbangkan antara kerjaya dan rumahtangga. Sekarang aku dah kahwin.. tp bukan jodoh aku dgn pilot tu la.. nnt asyik kena tinggal jer.. x tahan beb! so apa aku kisah dengan cabaran hidup ni.. x kisah gaji berapa pun.. janji bahagia bersama anak-anak dan suami.. cuti2 gak.. kerja2 gak.. dah mati nanti bukan wang dan pangkat di nilai oleh mukar dan nakir..

JoeyMc said...

senang je teorinya...makin besar periuk makin banyak keraknya...tp in a way ada betulnya lg besar gaji, lg pressure...tp in the end, up to us camner nak handle that pressure, mungkin usia akan matangkan kita utk handle pressure tu...also perhaps kita dah x fit dgn keja tu, so better cari something yg bleh buat kita lebih selesa, mungkin gaji x byk tp kepuasan tu lebih, baik camtu drp gaji byk tapi x happy betul tak?

Faizan said...

Walaupun gaji aku 4 angka dan selalu kering time hujung purnama aku bersyukur kerana dapat byk spend masa ngan family.. dpt tgk anak membesar.. dapat jugak outstation 2-3 hari kat tempat org walaupun dlm mesia je.. dapat gak merasa naik kapal terobang sekali sekala setahun.. itu pun dah boring.. hajat d hati memang nak improve ekonomi.. mungkin pada pasif income...

Link Within

Related Posts with Thumbnails