Aku tak tau macam mana nak mula. korang baca tajuk tu pun korang paham entry ni entry sakit hati. wife aku, abby nk beli kereta proton.selama ni bwk myvi manual aku. it's about time abby nak ada kereta sendiri dan nak pakai kereta auto dgn tujuan selasa nak drive berbanding manual nak handle clucth
1) place a booking more than 1 month ago.Dealer inform kereta boleh smpi about 3 weeks
2) After about 3 weeks, kereta takde lagi coz the color ordered xde, yg available is black so abby opt for black.
3) 9th Aug, deposit paid, kereta has been allocated, chasis number are all ready. Right now, the car should be delivered to the Dealer the next day. Dealer inform the car akan didaftarkan dan by right hari jumaat dah boleh dapat
4) Khamis 12 Aug. Dealer inform dah register, Dealer inform Jumaat 13 Aug kalau hub hantar, petang boleh ambik, kalau tak maybe Isnin la
5) Jumaat xde lagi. Xpe aku sabar tunggu Isnin, Isnin datang, Isnin xde lagi, Selasa pulak, Selasa xde lagi. Dealer inform kereta hub tak hantar lagi
6) Rabu 18hb - Dealer sendiri bagi no hub proton mintak aku call follow up. Dear bagitau kt aku hub tak jumpak kereta.
7) Petang tu aku call, Hub proton tu tanya chasis number. Once dah dpt chasis number dari dealer, aku call balik, Hub proton tu inform kereta nak buat final inspection, untuk perketat skru dan apa yg patut.
8) Khamis 19 hb. Aku call hub proton tu tanya bila nak hantar? Operator kata final inspection OK, kami akan hantar secepat mungkin
9) Jumaat 20hb, aku call, Operator tu cakap dia akan mintak pekerja cari kereta dan arrange utk hantar ke dealer. Lepas sembahyang Jumaat aku call, operator tu bagitau yang kereta masih tak jumpak. WHAT THE HELL, kereta tu ada kt mana, besar sangat ker hub tu, betul ker pekerja cari tapi tak jumpak. habis tu selepas final inspection kereta tu letak mana. Aku dh angin, mcm tak tau buat kerja dan xde sistem, tp aku tak tinggikan suara aku lagi coz waktu ni aku kt ofis. Aku pesan suruh carikan jugak kereta tu sampai jumpak dan esok make sure hantar dekat dealer
10) Sabtu, pagi2 lagi, pukul 9 aku dah follow up. Operator inform aku dah jumpak kereta dan tengah assign untuk masuk lori untuk hantar kepada dealer. Aku pun bgtau dealer, suruh dia ready kereta akan sampai hari ni. Mintak dia tolong follow up sekali dgn HUB.
Kemudian dealer tu call aku dalam pukul 11 lebih, operator kat hub tu kata kereta tak jumpak lagi. Aku mmg dan bengang, dengan dealer pun aku marah2 jugak, aku bgtau, ada ke takde kereta, i nak you bawak i pegi sana, kita cari sama2. Tak kira laa panas ke tak, nak cari kereta tu sampai jumpak
Lepas tu aku call hub tu balik. After 3 kali engage, operator nama Mazni pick up, memang dia well aware kes aku since aku dok selalu follow up. Ambik ngko berdarah telinga dengar aku marah. memang tinggi suara aku, sampai anak aku pun terkejut. Aku marah sebab dah allocate kereta since 9hb tapi sampai 21hb kereta tak hantar2 lagi. memang kerja tak bersistem. Kalau kata cari tak jumpak tu menipu laa, kalau sort ikut model dan warna mmg dah senang2 boleh jumpak. Ada laa dalam 6-7 minit aku marah. Lepas tu aku bagitau no matter what kene carik jugak, tgh hari aku dtg dgn dealer. Aku hang up
Tak lama lepas tu aku hang up. Mazni tu bagitau aku kereta dah jumpak. Kereta tengah basuh dan boleh datang ambik
11) Fuhh, dalam hati aku, nak tunggu aku marah tinggikan suara baru nak buat kerje ke. mmg memalukan. Aku bgtau dealer, ajak pegi kat hub tu.
Pernah dengar SIJANGKANG? tu first time aku dgr nama tu. Kat situ lerr hub proton yg gather kereta proton dari kilang untk dihantar ke dealer diseluruh malaysia. Sijangkang ni nak kearah banting dah. Kalau naik kesas, mmg kene 3 kali tol rm2.20.
Aku naik kete dealer dgn abby dgn hasanah sekali. Sampai2 dekat situ, fuhhh, memang ramai dealer dok bertenggek nk percepatkan keluar kereta. Dipendekkan cerita, since aku punya dah ready, dalam 45 minit urusan selesai aku chow. Janji kerete sudah dapat
Nak tambah story lagi, ada 1 couple pakcik, siap naik teksi dari wangsa maju nak pick up the car. Bila tanya bila register? Dia cakap register 4hb Aug. Lagi lama, lagi la suffer
Bila pikir2 laa, kalau dealer tu tak bagi nombor hub tu, aku tak follow up sampai meninggi suara, ntah biler laa kereta nak keluar. Lepas raya pun mungkin possible tak dapat lagi.
Apa yg berlaku ni mmg memberi nama buruk kt proton as a whole. Mmg hub proton dekat sijangkang tak beroperasi sebagaimana sepatutnya. Bila kerja tak bersistem memang jadi lembab. Bila dah lembab camni semua marah. Pada hemat aku semakin menjelang ke hari raya makin parah ler situasi di hub proton ni.
Lastly aku harap siapa yg ada email dato syed zainal atau siapa2 org besar proton yg can make an impact bolehlah panjangkan entry ini. Ni adalah contoh terbaik 'akibat nila setitik rosak susu sebelanga'. Harap lepas ni ada perubahan
p/s: byk keje dan entry ni panjang so lambat skit bleh publish entry ari ni.
Klik LIKE kalau suka Entry Ni
25 comments:
soalan kacau mood... sijangkang kat mana sebenrnya eh?
luck tak baik la ni..mujur matjoe sabaq..
saya beli kereta april lepas so far mmg dlm 3 minggu settle itupun sbb last minit kitorang tuko kaler otwise 2 mgu dah dpt keta..kena tgk dealer jugak + skrg ni season raya sure order tinggi..itu yg servis cacamerba je..
aku beli persona kt pj new town..alhamdulillah dpt color n dlm ms yg dijanjikan...bertabahlah matjoe...kalaulah malaysia open market..huhu
Aha la....aku pun ader dengar gak brader dealer proton kat bwh umah aku cerite, semenjak ada hub ni lagi bertambah haru....nasib baik aku beli keta awal...itu pun aku angin gak janji seminggu tapi dapat 2 minggu
aku dah ada pengalaman beli proton dgn beli toyota..... aku mungkin tak akan beli proton lagi..... ini belum lagi pengalaman bila servis proton + power window yg selalu rosak..... good luck utk mat joe masa servis nanti.... jgn lupa update pengalaman lepas servis nanti, mana la tau kot2 dah OK skrang nie...... !:-aLCapone-
mcm mana Proton nak compete dgn Honda/Toyota ek?....Tak yah tgk jauh la....Dgn Perodua pun agaknya2 tak leh compete....
alahaii mmg boleh ilang sabar nie... tapi sabarrr yerk...
salam ramadhan dari ciklinn
proton nak compete ngan perodua?jgn harap la...sampai bila la nak sedar proton ni...bila kutuk nnti ramai plak yg backup proton...mungkin nnti dah join venture ngan perodua baru nak ok sikit kot...takut nnti perodua plak dpt penyakit proton
pengalaman beli tujuh bijik kereta sebelum ini termasuklah proton..alhamdullilah. semuanya dapat dalam masa tiga hari aje. tak pernah lagi sampai ke tahap pergi ke hub.
satu saja...jangan kereta tue, buat hal lepas nie sudah...proton kannnnnn (bukan menakutkan tetapi..bagi peringatan sesama kita)
tak apa lah encik matjoe, next time pangkah proton terus..lupa kan saja..
(hem lama dah tak dengar nama sijangkang)
tu sebab tak jadi beli proton..macam-macam cerita yang akak dengar..
at least dapat gak wife pakai keta baru untuk raya ek.
Matjoe...
Mungkin Proton tak bayar gaji kot. Itu yang lembab servisnya.
dah nama pun proton..hik3..eden rasanya taknak ambil kereta proton kot...
@ani - sijangkang nk menghala ke banting. kalau naik kesas kene bayar 3 tol
@lovezahra - ramai jugak yg kene. mmg bulan mengguji kesabaran
@tuah - kalau open, aku angkat kete apa ekk. still yg murah kot. usia masih muda
@sirolee - so you've heard
@alcaopne - ni abby yg nak sgt pakai proton ni. kalau ada khidmat buruk aku sure rant kt sini
@azwazis - mmg xleh lawan H&T
@ciklinn - tq, dh hilang dah sabar time tu. sib baik laa tinggikan suara jer
@emancool - perodua fokus on pelanggan jer since kereta tak payah nak reka. pd aku penggabungan proton dgn p2 takkan berlaku
@no19 - x pangkah proton pun. aku cuma harap depa improve
@kakina - harap kete wife xde masalah lerr
@faiz - hahaha, tak kot, maybe system yg patut diperkemaskan.
apa yg aku nampak kalau dah ready nak hantar, baru laa assisgn chasis number kepada pelanggan, ni lain pulak
@eyriqazz - proton lancer cantik bro! never say never
Bro, org ni pun ada complain pasal hub sijangkang tu.
http://www.complaintsboard.com/complaints/proton-exora-16at-c365195.html
aku rasa bahaya kereta ko register dulu sebelum sampai kat outlet..
Andai kata dalai trailer tu ada scratch ke, accident ke, kereta dah nama ko, insurance dah jalan...
banyak masalah oi..-Din Kolome-
@anon - tq, lagi worst dari aku. aku pun akan terima nasib sama kalau aku buat diam2
@din - tu laa pasal. patut mmg kereta sampai baru register. tapi salesman nak cepatkan proses
sijangkang bawah sikit dari klang...menghala ke banting...betul2 sebelum sampai teluk panglima garang...
kecik hati orang sijangkang baca blog ni...T_T
hehe takde lah...
sadis jugak kes ni.. sabau jerk la bro...
tak kene taim kot... taim rayer.. ramai nok kluor kereta...
masa aku beli saga aku dl... makan masa 5 bulan jugak br merasa kereta tuh..
alasan diorg pasal kaler n permintaan tinggi(saga br kluor taim tuh.. kaler silver ramai booked)..taim tuh.. sabau jerk laaaa
nk beli kete mahal2 tak mampu.. layan proton jerk laa.. hehe
Bro,
itu baru masalah nak dpt keter...
lepas ni tunggu la masalah service lak ngan proton tu.... kalau nasib tak baik..huhuhuhu...
aku dah rasa, nyesal sungguh dengan proton ni.. rasa nak jual je walaupun baru pakai 6 bulan...
asal ko tak tanya aku, leh aku jual je kat ko.. hahaha
@peruzz - by right, isu ni bukan isu kereta tak ready, mmg aku ok kalau kereta xde lagi. problemnyer kereta dah ada dan didaftarkan jer, cuma tak dapat2. ramai yg tak dapat macam aku cuma depa yg xde blog
@iwan - wife aku nak pakai sedan, ikut aku mmg aku layan p2 jer. anyway aku harap servis no problem. kalau problem, mmg ada laa entry sakit hati aku dalam blog ni
Mat Joe,
Salam..
Masalah Hub ni dah dapat di atasi dan temnpoh delivery telah banyak diperbaik-pulih. Objektif utama hub, ialah untuk standardise-kan kualiti kereta kepada pelanggan. Proton dan juga para-pengedar memandang berat kualiti kereta yang dibeli oleh pelanggan.
Tetapi dalam memperbaiki kualiti kereta, masalah lain pulak timbul. bagi pihak rangkaian pengedar proton edar, saya meminta maaf di atas segala kesulitan.
Masalah Mat Joe dan masalah Hub ini telah dimaklumkan kepada Dato Syed Zainal dan juga pengurusan teratas.
Jika ada apa-apa yang boleh saya bantu, boleh emailkan kepada arminbaniaz@gmail.com
ARMIN BANIAZ PAHAMIN
PRESIDENT/PROTON EDAR DEALERS ASSOCIATION MALAYSIA.
@armin -
terima kasih kerana meninggalkan komen yg berguna. saya memang telah sedia faham tujuan hub ini. dan memang saya berharap kereta proton yang saya beli ni tiada masalah selepas ni.
paling jelas kepincangan tentang hub ni ialah kereta diassign terlebih dahulu kepada dealer sebelum penghantaran sedia dibuat.
sepatutnya bila dh ready untuk hantar barulah assign kereta kepada dealer.
kalau saya tahu yg kereta masih belum ada, mmg saya tak kisah kerana saya faham kereta belum ada dikilang. masalahnya sekrang ni no chasis sudah ada dan dealer sendiri telah register dgn jpj tapi kereta dah 9 hari tak dapat.
Paling mengecewakan ialah istilah yg digunakan oleh operator 'kalau jumpak kami akan assign ke lori dan hantar ke dealer'
dia punya kalau, memang tak jumpak jumpak sampailah i scream like hell sabtu lepas dan i sendiri has to pick it up.
if i decide to trust the delivery system, maybe after raya pun x dapat.
hopefully your team can improve on this. to me kalau delivered accordingly mmg your hub wont get the complaint.
betul bro..
aku bace pn nk tergelak ade.. kejap ade..kejap takde kete hang tuh,... macam beskut lak.. buleh lak tak jupe.. kejap jupe.kejap ilang... apehal la kompeni beso2.. tp kes camni takleh setel cepat... malu kt customer jerk... hahaha
apepun..oklah.. dh dapat kete baru utk raye.. hehe
Salam..
Ingatkan benda ni dh settle tapi tak gak. Adik saya baru beli Saga. Booking dah sebulan lebih dan mcm biasa no chasis masuk dulu. Dah register tapi kete tak muncul2. Dealer dok citer wayang hantu. Sekejap kete kat glenmarie, sekejap kat sini sana..Mcm hantu la..ilang sana sini. Bila tepon i-care baru dpt tahu kereta masih kat HUB. Bagi ultimatum kat i-care ckp dlm 2 hari kete kena serah pasal rodtax n insuran dh jalan lagipun hari ke3 dah masuk CNY. So dpt gak kete tapi salesman takde nak deliver kete. terpaksa guna salesman lain utk serahkunci dan proses dokumentasi. Then realise buku PDI takde chop apa2. Derang betul ke buat PDI? huhuhu. Teruk la sistem delivery Proton ni. Patut kereta keluar je dari HUB baru boleh register.
Post a Comment