Monday, August 16, 2010

Scam: 12DailyPro, Ramai tertipu

Salam hari isnin. Hari ni nak story kisah scam lampau, tahun 2006 kot. Kalau korang tak tahu, meh aku nak ceritakan.

nama scam: 12dailypro

medium: internet

Cara scam ni bekerja:

1)Dalam website 12dailypro.com, anda boleh register.
2) Mula2 anda bukak akaun, letakkan duit anda (minima rm500 kot), kt malaysia ni boleh buat melalui maybank2u.
3) Anda dikehendaki untuk sufr 12 website selama 5 minit setiap satu.
4) Balasannya, wang yang ada letakkan akan berganda sebanyak 12% SEHARI
5) So setiap hari surf lagi 12 website selama 5 minit setiap untuk mendapat lagi pulangan 12%
6) Kononnya syarikat website yg anda surf itulah yang membayar anda wang sebagai upah pengiklanan
7) Memang pada peringkat awal terbukti, duit itu beranak pinak begitu cepat, memang 12% harian seperti yg dijanjikan.
8) Best part, memang boleh keluarkan duit dan duit itu duit yg nyata. Melalui Maybank2u.
9) Memang ramai opismate matjoe yg layan benda ni, siap test keluarkan duit. Memang berjaya. Fuhh, terbukti yg 12dailypro ni mendapat pulangan dan tidak menipu
10) Bila dah terbukti boleh kelaur duit, makin banyak lah duit yang dimasukkan dalam website tu. Best part ada intensive untuk kawan yg rekemen pengguna baru
11) Makin ramailah yg diajak masuk dan terpengaruh, memang jadi hot topik lerr, ada gak yg sanggup kuarkan simpanan ASB. ada gak yg sanggup buat pinjaman kotamas

12) TERBAIK: DUIT DAH BANYAK letak kat 12Dailypro, nak masuk website dah tak buka.

13) MALANGNYA KENE TIPU. pemilik website ketawa besar songlap duit korang

Kesimpulan: macam yg aku selalu pesan, kalau  pulangan dijanjikan 15% SETAHUN, mmg dah boleh syak ataupun abaikan jer, inikan pulangan 12% SEHARI. Sah2 menipu

jom kongsi kot2 ade reader yg pernah tertipu dgn scam 12Dailypro ni, berapa banyak yg anda rugi?

Klik LIKE kalau suka Entry Ni

16 comments:

Anonymous said...

tapi mat joe ada juga portfolio yg bagi pulangan 15% setahun seperti Bank Rakyat dan KPF.... Ada setahun tu BR bagi 20% dan KPF bagi 16.5%..... Untung aku jadi member dua2 koperasi nie.... tapi selain dari 2 koperasi nie baik korang berhati2 dijalan raya.... yer la, mana la tau masa dapat berita kena scam tu time korang tgh drive.... silap2 hari bulan boleh excident sebab terkejut + sakit hati ..... apa2 pun ingat la tak de jalan pintas untuk jadi kaya.....! :-aLCapone-

Faizal The Newscaster said...

aku dah pernah terkena 12dailypro ni.
nasib baik aku kerugian Rm300 je.

member aku rugi RM11,000..peh lagi banyak weh. melangut jek.

tapi itu kisah lama..5 tahun dulu masa zaman blajar ..

Sharinginfoz said...

thanks for sharing,macam2 penipuan ada sekarang ni

wakif said...

elok jugak bukak cerita2 lama ni buat pengajaran... skang ni mcm2 lagi ada... yg ada lesen, yg takde lesen macam2... yg majoritinyer bangsa kitaler...

p/s: pulangan 15% sebulan memang logik bagi mereka yg layan forex, cpo, dll yg sama waktu dengannya.

J.M.R said...

yup..aku pon nah tgk ayh aku main menda nih..tp aku wat dek je time tu..tgk2 mmg spam tol..tp taktik diorg kira smart la time tu..

abangpit said...

aku pernah join.. tp rugi rm200 je.. patutnya dh balik modal.. tp tamak tanak kuarkan duit tu.. konon2 nak tambahkan lagi.. sekali website kantoi.. rugi..

Anonymous said...

ceh bila tang rugi semua mengaku rugi sket rm300 la,ram 200 la,padahal rugi beribu.

CikLilyPutih said...

nasib baik ko bagitau tau, klu tak tertipu gak aku nie

Matjoe said...

@alcapone - BR and KPF yes, tp berapa org boleh masuk. yg lain yg x pernah dengar, mmg scam lerr.

@FTN - haha, rm300 ok. kawan hang yg ilang rm11k lagi hampehh

@sharing - ni impau penipuan lama

@wakif - it's good to consistent remind each other.

forex n cpo kene ada ilmu, kalau tak rugi lebih 15% pun possible

Matjoe said...

@JMR - owhh itu macam ker. xpe asal ambil pengajaran

@maoi - hahah sib baik rm200 jer. kinna sad dowh duit gitu2 jer ilang

@anon - x kisah laa jujur atau cover line, janji lesson learn. Aku sendiri hampir2 jugak nk join kerana kerap diajak. last2 website kantoi, selamat laa duit aku. aku masih ingat lagi kalau aku nk masuk aku nak letak rm400

@clp - sama2. kalau tertipu rugi bhai

abangpit said...

matjoe : ni saad la pengaruh aku suruh masuk.. hahaha.. dh la keje shift time tu.. memang banyak la masa terluang.. PC lak byk yg kosong..

palie said...

bulan lepas ada cerekarama sabtu malam tu laa...drama pasai scam ni laa..apa taufan ntah nama dia...lawak ljugak drama nih...hahaa..sejebik cam skrip hang matjoe...

Eyriqazz said...

nak senang cepat..itulah jadinya..wife kat sabah dulu hampir tergoda dengan pelaburan dinar mas..almost more than 70% guru2 di sekolah dia melabur time tu..mcm2 janji manis diberikan..tup2...diserbu bnm dan ramai berputih mata

Anonymous said...

bagi aku klau nak tau benda2 scam nie senang jer...... biasanya skim2 scam nie akan buat 2 benda...... 1)skim tu janji nak bagi dia punya persen sebelum kau join/melabur ( ni kira janji "upfront")..... 2) persen yg di janjikan tu di luar logik akal...... ikut logik akal skim pelaburan sah yg terbaik dan semua bumiputra boleh masuk ialah ASB @ +/- 8% SETAHUN..... jadi berhati2 la kalau persen yg dijanjikan tu lebih besar dari ASB....... :-aLCapone-

Matjoe said...

@maoi - haha, ko kene tuntut balik kt saad

@palie - ler betoi kerr, bagus, 1 malaysia yg tgk drama tu dapat pengajaran

@eyriqazz - fuhh, x pernah dgr. mmg patut siasat dulu. rugi beb, mata pun putih

@alcapone - thats why, above 15% aku nyer benchmark. bank rakyat mmg exceptional, coz susah gila nak masuk

Anonymous said...

Hahaha Maoi gua suh lu masuk tapi sape suh lu tamak? Diri sendiri kan kan kan..
Aku cadagkan kita buat sendiri la susupro.com, amcam?

Link Within

Related Posts with Thumbnails