Bagaimana hari Isnin anda. Macam aku yg bercuti dari khamis off course laa agak bz hari ni. So jom sembang pasal dendam. Semua org yang dah dewasa tahu apa itu dendam. kalau org buat aniaya sama kita, kita akan berdendam, dengan kata lain nak balas balik penganiayaan yg telah kita alami.
Memang biasanya kalau berdendam mesti nak balas dengan balasan yang setimpal ataupun lebih. Ni aku nak bagi beberapa contoh:
Kalau terjadi pergaduhan mcm contoh dekat asrama, mesti nak ajak geng ramai2 utk belasah balik dgn orang yang mulakan pergaduhan, org yang kene belasah ni pulak boleh panggil kawan yg sekolah luar utk datang tolong datang pukul. Kesudahan yg terlibat kene buang sekolah
Kalau girlfriend mintak clash, ada boyfriend baru, hangin 1 badan boleh jer belasah girlfriend dgn boyfriend baru sekali. Ada pulak yg balas dengan cepat2 cari awek baru utk buktikan yg dia boleh ada awek padahal bukan atas cinta sejati
Kalau layan cerita melayu, dikhianati oleh abang yg melacurkan dirinya kepada seorang yg kaya. Untuk membalas dendam bertindak menjadi pelacur dan mengecewakan ramai lelaki
Macam byk kes lapor kat TV, bunuh mamat bangla yg berjaya menggoda isteri. Memang dendam terbalas!!
Ini bukanlah cara membalas dendam yang afdal, yg sesuai. Mungkin 1 masa nanti orang akan balas lebih teruk lagi. Or worst kene masuk penjara, dah satu hal pulak kene lepak tirai besi
Patutnya kita tak perlulah membalas dgn kesengsaraan yg sama atau lebih teruk. Apapun kesusahan, rasa tersindir, dimalukan, dihina dan dendam kita, kita patut balas dengan BERUSAHA MENJADI ORANG YANG BERJAYA DAN GEMBIRA. Biarkan mereka yg menyusahkan, menyindir, memalukan, menghina, menyakiti kita dengan apa yg mereka buat, yang pasti mereka tidak diperlukan kerana kita sudah berjaya dan gembira.
Saja aku nak share 1 kisah time aku kecik2, ada 1 famili yg lagi miskin dari aku, mungkin 3 kali ganda miskin. Adik beradik ramai, ada 7 kot. Memang dia selaku kene kutuk, dgn kawan2 yg dari keluarga yang agak berada. Macam2 penghinaan sampai ketahap boleh kutuk2 cakap yang dia rogol adik dia sendiri dekat kebun getah. Memang laughing stock dalam kejiranan. Selaku org yg miskin mana laa nak boleh balas, diam jer laa. Walau teruk kene kutuk, tetap dia datang utk berkawan sebab kampung aku kecik jer, cuma tu jer laa kawan2 yg ada.
Baru2 ni aku jumpak dia kat klinik, dia teman wife dia cek lepas beranak. Aku catch up dgn dia, apart from kahwin dan dah ada anak, skng dia dah ada kerja tetap, walaupun dia tak success masuk u dan gaji banyak, tapi aku nampak ada pekerjaan tetap dan gembira dgn hidup dia adalah sesuatu yang aku rasa layak utk diceritakan dalam blog ni.
So sekali lagi: Kita patut balas dengan BERUSAHA MENJADI ORANG YANG BERJAYA DAN GEMBIRA
Klik LIKE kalau suka Entry Ni
8 comments:
macam cerita aku gak la, budak sama sek. rendah ngan aku anak org senang tapi berlagak sangat, aku ngan kawan aku miskin hina. sekarang aku doktor, kawan aku engineer(manager). budak sombong tu kerja kampung jer. bukan nak cakap besar memang itu rezki, tapi kepuasan tetap ada
"Kalau layan cerita melayu, dikhianati oleh abang yg melacurkan dirinya kepada seorang yg kaya. Untuk membalas dendam bertindak menjadi pelacur dan mengecewakan ramai lelaki
"
Layan cerita Chinta nampak? Hehehe...
salam. sya berdendam dgn org yg menang rumah lelong 2 mggu lepas.
Dan sya juga bengang pasal price dia menang tu campur ngan outstanding semua , boleh beli sub sale jeee... Aduhhh... sian nyeee..
maaf tuan kalu salah tajuk..
ntah la matjoe.... terus terang aku cakap aku nie memang jenis pendendam.... aku kalau dendam memang akan aku simpan utk tempoh yg lama sampai dendam aku tu berbalas..... skrang nie pun aku tengah berdendam kat tempat kerja aku..... siap2 la korang2 yg aku dendam tu.... tunggu la satu masa nanti aku akan tikam blakang korang tu kawwww2 bila aku dapat peluang.... muahahahahahaha....
:-aLCapone-
memang tepat sekali, jangan beremosi fikir betul2
@anon - tq 4 sharing
@anon - yep cerita chinta
@babuG - haha, jgn balas dgn beli mcm mamat tu
@alcapone - tikam dgn pisau ker? x baik tu. hahaha
@sharinginfoz - yg teremosi yg x tahan tu
Biar tuhan je balas..
klu balas kita mungkin akan berjiran dgn dia di neraka(bukan la bermaksud kita dijamin masuk syurga).. silap2 di syurga paling bawah.. Cerita Chinta tu dia dendam kat tuhan.. dgn tuhan mana bleh lawan.. last2 nyawa dier tuhan cabut.. ada satu lagi citer dlm tv pasal mamat ni punya la jahat sampai kwn2 dier pakat santau dier.. finally mamat ni bertaubat dan kawan2 dier.. korang tau la kan apa kedudukan SYIRIK dlm senarai dosa..
@faizan - yer btul. kita jadi berjaya dan gembira, tak perlu eye for an eye
Post a Comment