Tuesday, November 2, 2010

Tabung Kecemasan Nak Simpan Kat Mana??

Dalam merancang kewangan kita kena ada plan utk ada tabung kecemasan yang mana kita likely tidak akan kacau selagi kita tidak cemas. Cemas ni agak subjektif, tapi pada aku cemas adalah tahap dimana contoh kita kene buang kerja. adik nak kawin dan kita kene support sedikit, mak nak pegi haji, abang eksiden dan perlukan wang utk  rawatan, ikat jamin. Sendiri punya kahwin, tak boleh masuk ini tabung.

Setelah mengenal pasti apa itu tabung kecemasan, sekarang masa uk merancang dimana nak simpan duit itu. Bagi aku ada 2 tempat yang aku praktikkan:

1) ASB
2) Tabung Haji

Persoalan, kenapa ASB dan Tabung Haji? Simpanan tak luak dan dividen yg bagus. Senang cerita, kalau dalam masa 1 tahun nak kene pakai duit kecemasan tu duit xde luak, kalau 4 tahun baru nak pakai pun, at least duit dalam tu dah berganda2 dgn dividen.

Most importantly, both of this kene keluar pakai buku, so kebarangkalian nak kuarkan tu agak sukar. Kene jenis senang keluar, mcm ATM, memang dah tak jadi tabung kecemasan.

So kalau cemas nak guna, kenelah cari buku kt mana utk keluarkan dan once dah ada buku, asal asb dan tabung haji bukak jer, dah boleh keluarkan duit

Ada 1 lagi tempat, iaitu: Kad Kredit, ni kalau sangat cemas dan tak boleh tunggu esok. mmg sgt berguna utk kecemasan. but make sure, once dah masuk bil, time due date kene la bayar.

Klik LIKE kalau suka Entry Ni

9 comments:

  1. Ada benarnya..

    Simpanan untuk kecemasan patut disimpan ditempat yang susah sedikit untuk dikeluarkan..

    ReplyDelete
  2. betul mat joe...aku praktikkan kedua2 tu...kalau tak tau lagi mana nak simpan, bak sini aku simpankan...ekekeek

    ReplyDelete
  3. aku simpan kat ASB je. senang. tapi memang payah nak kuarkan

    ReplyDelete
  4. Seelok-eloknya nilai tabungan kecemasan tu bersamaan dengan 6 bulan gaji. Ya, ASB pilihan saya.

    ReplyDelete
  5. saya simpan emas sebagai tabungan kecemasan.....

    contoh ada 10 bulan gaji....
    20g public gold ada 10 keping...

    nak pakai duit cemas jgn jual...tapi pergi gadai......

    ReplyDelete
  6. @anif - btul tu

    @nizaa - sama ekk

    @clp - haha, senang kan asb

    @2bz - yep 6 month

    @pokli - good idea!

    ReplyDelete
  7. aku guna ASB bukan sebagai tabung kecemasan, tapi sebagai tempat utk duit aku bekerja utk aku ..... tabung kecemasan aku adalah kat ASW, ASD, ASM, AS1M, Tabung Haji dan Sijil Simpanan Premium BSN.... divident SSP memang la ciput tapi kalau nasib baik boleh memang hadiah besar.....
    :-aLCapone-

    ReplyDelete
  8. emm~ berminat dengan komen pokli.com dengar2 sekarang ni beli emas adalah langkah terbaik. betul kan bro?

    ReplyDelete
  9. @alcapone - hang byk duit boleh simpan merata

    @anna - emas fizikal pun one of the option. bagus jugak kerana emas fizikal boleh dipajak gadai

    ReplyDelete

Link Within

Related Posts with Thumbnails