Wednesday, December 29, 2010

Semak Rekod CCRIS di Bank Negara

Pernahkan anda semak Rekod CCRIS di Bank Negara? Entry ni nak cerita bagaimana nak semak rekod ni. Sebelum tu CCRIS stand for Central Credit Reference Information System atau dalam bahasa melayunya Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat. Berikut pulak adalah apa yg dimaksudkan dengan ccris mengikut definiasi rasi bank negara

Maklumat yang dilaporkan kepada Biro Kredit disimpan dalam sistem pangkalan data berkomputer yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (Central Credit Reference Information System, CCRIS).

CCRIS memproses data kredit yang diterima daripada institusi kewangan secara automatik dan menggabungkan maklumat tersebut ke dalam laporan kredit. Data ini akan dibekalkan semula kepada institusi kewangan yang memohon untuk mendapatkan maklumat kredit pelanggan.



Apa tujuan print statement ni matjoe?
1) Tujuan print ni nak tengok berapa banyak yang aku dah pinjam. Dan sejauh mana rekod pembayaran yang aku buat. Katakan 1 bulan miss, akan tercatat rekod tak bayar

2) Bila tahu rekod buruk tak boleh lah nak tahu tinggi tak peluang nak apply loan lagi, kalau ada yang miss byk tu rendah laa sikit peluang

3) Nak mengesan kot-kot ada hutang yg kita tidak berhutang, manalah tahu ada orang yang gunakan identiti kita untuk buat pinjaman. Memang aniaya laa macam tu. Bila tahu kita boleh buat tindakan susulan

Macam mana kalau saya nak semak ni matjoe?

1) Pegilah ke bank negara di alamat dibawah

BNMLINK
Jabatan Komunikasi Korporat
Tingkat Bawah, Blok D
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur

BNMLINK beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat kecuali hari cuti umum, 9.00 pagi - 5.00 petang (termasuk waktu makan tengah hari).

2) Dekat tingkat bawah blok D, tanya jer kaunter pertanyaan. Telah ada disediakan 3 buah meja untuk semakan ccris

3) Pegi salah satu meja tu, LAYAN DIRI jer. Masukkan I/C pada alat pengimbas --> Verify Ibu Jari --> Dekat pc terus terpampang 'CETAK' (kalau anda punya ibu jari la)

4) Klik pada cetak, terus keluar rekod hutang anda. Sampul surat turut disediakan untuk memasukkan rekod ccris anda yg bersaiz kertas A4 itu

5) DONE!

untuk lanjut, layari: http://creditbureau.bnm.gov.my/index.php?lang=bm

Klik LIKE kalau suka Entry Ni

16 comments:

  1. kena cas tak atau free jer nk cek?

    ReplyDelete
  2. free aje bro..

    kita boleh check hanya sekali dalam masa 3 bulan...

    Matjoe ada 7 unit dalam page 1,
    page 2 ada 7 unit jugak ke ?

    total = 14 biji. wow!


    Btw,

    Sila tinggalkan/share azam anda di :
    www.TuanBri.Com

    ReplyDelete
  3. boleh ler pegi cek kalau ada masa.. nak ke sana tu yang rasa cam kena bercinta dulu baru sampai...
    Inviting You To Join Give Away PILIH THEME BLOG

    ReplyDelete
  4. pembayaran akan diupdate selepas 15hb. sila buat pembayaran apa-apa hutang sebelum 15hb supaya takkan kuar no cthnya 1(untuk 1 outstanding)

    k long

    ReplyDelete
  5. owh takder cas eik..timakasih sebab kasitau..anyway aku kat penang hahahaha bukan setakat berchenta bermimpi la jugak nk g check...hahaha

    ReplyDelete
  6. info yang sangat berguna ni...rasanya pembayaran pinjaman saya tak baper cantik. nak kena cek ni.thanx

    ReplyDelete
  7. eh, senang bangat nak dapatkannya ek..

    ReplyDelete
  8. @anon - free

    @tuan bri - tu jumlah hutang2, bukan jumlah rumah. honestly aku bukan avid investor in property. bukan mcm bro

    @sweetdarling - why not, one in a while

    @k long - owh, camtu ekk. good info sharing

    @anon - kalau gi kt banker pon bleh kot

    @amry - better pegi chek, tgk mana yg salah

    @amirah - kene rajin skit jer

    ReplyDelete
  9. semua bank di Malaysia memang jadikaan CCRIS as main reference ke kalau process?
    ada ke bank yg tidak refer to CCRIS kalau kita apply loan or credit? ni untuk sesiapa yg ada rekod tak cantik tapi nak apply gak.. macam aku hukhukhuk

    ReplyDelete
  10. bro matjoe, if cip mykad saya xleh read mcm mn? boleh dpt printout manually x

    ReplyDelete
  11. @jebon - rasanya xde, kalau koperasi maybe x kot. tp bank2 mmg semak

    @fakri - tak pasti.

    ReplyDelete
  12. Tak boleh ke nak check status di online saja?

    ReplyDelete
  13. tak boleh. kene ada ic dan verify cop jari

    ReplyDelete
  14. ic xleh baca..blh je p check...jumpa oficer, bg ic n lesen mandu bergamba...tgu 5min...siap...

    ReplyDelete
  15. terima kasih kerana berkongsi maklumat..

    ReplyDelete
  16. salam.. klau mmg ade ccris tp da byar n jelas kn semua hutang tp still ccris lg knpa ye.. die ada tempoh ke utk clear kn nama?

    ReplyDelete

Link Within

Related Posts with Thumbnails