Thursday, January 20, 2011

Keropok Lekor Paling Sedap : Kelulut 008

Pasal makan lagi. Tapi sesi resipi dah tamat jadi ini yang saya dapat dan saya goreng. Ada rakan blogger yang balik terengganu yang tolong belikan tanpa disuruh. Seumur hidup saya, inilah keropok lekor paling sedap yg pernah saya makan. KELULUT 008. Bukan sahaja paling sedap kt terengganu, malah di malaysia


Nama jer pun dah catchy. Kalau tak salah kelutut tu satu daerah berdekatan dengan pantai di Terengganu. Difahamkan 008 tu di insprasikan oleh James Bond 007.  Sebungkus 5 ringgit, ada 10 batang. Memang sedap dimakan bersama sos yang disediakan


Nak tahu keropok lekor tu banyak ikan ke tak, tengok hasilnya adalah tidak menarik seperti diatas. Tapi bila dah makan, memang sedap sangat beb. Masa memakan lebih singkat dari masa menggoreng. Apapun kalau anda ke terengganu atau kawan anda pegi terengganu, wajarlah kirim kepada mereka keropok lekor ni.

p/s: apa pula kerepok lekor paling sedap di tekak anda?
p/s/s: . Sebenar saya mmg nak kirim tapi rasa macam menyusahkan blogger tu jer, cuti 3 hari, takut ada agenda lain, pastu disebabkan nak tolong belikan keropok lekor untuk saya, terpaksa pulak ambik masa berharga utk tolong beli.

Klik LIKE kalau suka Entry Ni

12 comments:

  1. Kropok 008 mmg glamer.. Slalu slow down drv situ takut tersondol kereta yg brek tiba2 nak p beli.. Ahaks..

    Satu lagi kropok kedai biru on the way airport KT.. Siap amik no nak beliii..

    Myself suka kropok Kemaman.. Selekoh sebelum sempadan terengganu.. Yg tu makan yg rebus.. auooo nikmatnya.. Slalu stop and hantam on the way to KL..

    ReplyDelete
  2. bukan kelutut bro..kelulut..hik3..

    ReplyDelete
  3. kelulut bro...
    kelutut tu singkatan kepala lutut hahaha

    ReplyDelete
  4. @ojah - wahh org terengganu mmg best ada kopok lekor

    @gto - alamak, sori. aku tak baca betul2

    @cikli - hahahahaha, kepala lutut....

    @yan - losong mmg famous, tp byk kedai, org tak tau boleh beli yg x sedap gak

    ReplyDelete
  5. Paling sedap semestinya yg FREE..
    tapi aku x pilih jenama2 yg tertentu, asalkan rasa ikan yg melampau dan kuah cicah yg serasi..

    ReplyDelete
  6. sedapnya tapi kalau yang colour putih lagi saya prefer even kurang ikan

    ReplyDelete
  7. @2vbz4money - hik2 mmg betul, kopok tu sedap, bila dpt free, memang sedap kuasa dua

    @sharing infoz - sy ada penah makan yg putih tp sedap.

    ReplyDelete
  8. apa yang saya cari, terima kasih

    ReplyDelete
  9. Nauczylem sie wiele

    ReplyDelete
  10. bhahaha....sakit perut bace...kelutut... well, wa keje part-time sini time cuti sem.....

    james bond mane pulak ni? xdelaaa....008 tu, sebab....kak jang,the wife's owner pernah miscarriage...twice.... sebab tu 00....8 tu pulak....tempoh waktu diorang kawen before diorang start-up this business....

    adoiii kelutut....!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sharing that info. haha, aku tersilap laa. hehe

      Delete

Link Within

Related Posts with Thumbnails