Monday, January 10, 2011

Masakan yang mudah, cepat dan Jimat

Akhir tahun lepas saya telah berpeluang melancarkan minggu penjimatan di matjoe.com, Awal tahun ini sekali lagi saya mengumumkan satu lagi edisi ‘minggu’. Minggu ini blog ini akan dilimpahi dengan resepi masakan yang mudah, cepat dan jimat. Datang idea untuk berkongsi ini apabila saya sendiri duduk di rumah selama seminggu untuk menghabiskan cuti, Abby telah mula ke sekolah sebagai persediaan menghadapi musi msekolah yang baru, jadi sayalah yang mengambil alih tugas memasak dan menjaga hasanah.

Gambar yang bakal ditunjukkan adalah gambar yang biasa sahaja, tidaklah seperti blog masakan yg memaparkan sajian dgn mangkuk arcopal, apa yang pasti, saya dapat merasakan mereka yang berblog dengan resepi menu makanan ini adalah serampang 2 mata, memasak untuk makan dan seterusnya menghasilkan entry. Berikut adalah beberapa resepi yg agak mudah, cepat dan jimat yang bakal dkongsikan sepanjang minggu ini

UPDATE: Please click for recipe
1)    Sotong Goreng Tepung
2)    Tomyam Campur
3)    Paprik Campur
4)    Sup Sayur
5)    Udang Goreng Tepung
6)    Masak Cabai Pelaling
7)    Ikan Bilis goreng bawang bercili hijau
8)    Lamb Chop

Memasak memang menjimatkan, cuma masa sahaja yang jadi penghalang, kalau dilihatkan kepada kos sesuatu makanan yg kita beli, harga bahan mentahnya cuma separuh daripada apa yang kita bayar. Bayangkan nilai bahan mentah rm50 campur rencah2 lain termasuk gas dan beras rm15, untuk rm65 anda boleh makan kenyang tengah hari dan malam utk orang selama 7 hari.

Saya ada sedikit rasa minat dengan bidang masakan, kadang kala lahir rasa cemburu dengan mereka yang mempunyai masa untuk berexperimentasi dengan resepi dah hanya perlu ulang resepi yang sama setelah sebulan. Mana tahu rezeki dan masa bakal mengizinkan.


p/s: ingin mulakan pelaburan hartanah? ada bagusnya membaca ebook dibawah





Klik LIKE kalau suka Entry Ni

3 comments:

  1. tak sabar nak tahu resepi sotong goreng tepung

    ReplyDelete
  2. @anon - dah terbit dah resipi, pada hari selasa, 11 jan

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Masak sendiri dirumah memang baik lagi bersih. Baiknya , ekonomi berbelanja dan jimat.
    Kebersihan makanan terjamin, sebab kita yang buat. Makan di restoren atau warong bukan murah sekarang ni, dah lah tu tahap kebersihan tak tahu kita. Jadi kalau biasa makan di restoren ambil masa tengok tempat masak mereka. Sedap memang sedap...perasa makanan senjata utama. Banyak makan benda macam TO AJI moto, vedan, dan vegan tu..lah yang jadikan sekarang banyak benar penyakit. Pikir2 lah

    ReplyDelete

Link Within

Related Posts with Thumbnails