Wednesday, February 9, 2011

CIMB Gold Deposit Account

Masa yg sesuai untuk tambah pelaburan emas? Rasanya YA sebab harga emas sedang turun. Selain Public Bank Gold Investment Account, ada Maybank, Kuwait Finance House dan UOB menawarkan simpanan emas melalui buku. Terbaru, CIMB pula muncul dengan CIMB Gold Deposit Account (GDA)


Berikut adalah beberapa benda yg patut diketahui berkenaan GDA ni

1) Perlu ke cawangan CIMB untuk membuka buku akaun emas cimb

2) Ketulenan Emas adalah 99.99

3) Harga menaik dan menurun mengikut harga pasaran emas dunia

4) Minumun pembelian untuk permulaan adalah 10 gram

5) Beli atau jual dalam minimum 5 gram atau bebih dgn penambahan berkali 1 gram. Dgn kata lain, tak boleh beli atau jual 0.5 gram atau lain

6) Boleh buat pembelian dan penjualan melalui akaun simpanan atau akaun semasa, yg ini memang menarik. Sangat memudahkan.

7) Boleh keluarkan emas fizikal minumum 100gram dlm gandaan 100gram

Margin? Kalau emas ni paling penting ialah margin, lebih rendah lebih baik. Setelah mengira margin untuk CIMB GDA, utk hari ini 9th Feb 2011, marginnya adalah sekitar 3.23%. Memang rendah daripada 4 bank lain yg menawarkan akaun simpanan emas

Untuk tengok harga jualan dan belian emas GDA, boleh semak  link ini

p/s: rasanya nak bukak GDA la instead of tambah dalam GIA

Klik LIKE kalau suka Entry Ni

17 comments:

  1. nak bukak la..cam best je GDA ni

    ReplyDelete
  2. Selaku pengguna tegar cimb, aku agak teruja dengan berita ni, baru tahu. Thanks for the info.

    ReplyDelete
  3. hohohoho... tetiba rasa cam takut bila melibatkan jual beli ni.. kena guide sendiri ker?

    ReplyDelete
  4. matjoe, cimb gold account ni syariah compliant ke tak?

    ReplyDelete
  5. dah lama juga berminat ngan GDA ni. InsyaAllah dalam masa terdekat ni

    ReplyDelete
  6. Salam matjoe,

    Bilakah masa yang paling sesuai untuk membuat pelaburan emas ni?

    ReplyDelete
  7. @amirah - sy pun rasa nk bukak

    @gbuddy - i sense the convinient, boleh tranfer dgn mudah. margin paling rendah lak tu

    @sweetdarling - ahha, ni beli pastu peram jerr, mana ada jual

    ReplyDelete
  8. @anon - tidak dinyatakan syariah compliant atau tak

    @slimdiet - bagus gitu

    @RBPS - bila ada duit, tp time harga emas turun laa beli lg byk

    ReplyDelete
  9. CIMB sediakan deposit box untuk pelanggannya menyimpan emas? Jika ada berapa sewaan deposti box setahun?

    Alangkah baik kalau saya fasiliti OD tapi sudah terlambay kerana kuota telah ditutup

    ReplyDelete
  10. @akubiomed - rasanya tak ada, for now buku jer laa, kalau keluar emas, pandai2 laa simpan sendiri

    ReplyDelete
  11. setakat ni, dah banyak untung ke belum? ;p

    [saya budak baru belajar]

    ReplyDelete
  12. @orang - emas ikut kenaikan harga pasaran. kalau naik2 baru untung. utk cimb baru launch jan2011, so cannot tell untung atau tak.

    nak faham strategy utk emas ni saya ada share dalam entry ni

    http://www.matjoe.com/2010/04/gold-investment-account-from-public.html

    ReplyDelete
  13. mahal pulak spread skrg ni smpi rm10...

    ReplyDelete
  14. UOB spreadnya lebih kecil cuba tengok
    http://www1.uob.com.my/jsp/finance/fin_gia.jsp

    ReplyDelete
  15. yea, i agree, UOB spread 2bucks only...

    ReplyDelete
  16. @anon - yes it is.

    make an entry about it

    http://www.matjoe.com/2011/03/akaun-emas-uob-margin-paling-rendah.html

    ReplyDelete
  17. hello bro..memang menarik tapi yang saya ketahui..pelaburan emas di CIMB untuk tambahan adalah minimum 5gram..kalau utk membuka pula minimum 5 gram juga...sebab hari ini saya bru balik buka akaun pelaburan emas di CIMB...

    ReplyDelete

Link Within

Related Posts with Thumbnails