Tuesday, February 15, 2011

Tips Mencari Jodoh buat Aus, Fit, Hans, Hamzah Ian, Cheamster dan Daydeck

Salam Maulidur Rasul, Sempena cuti hari ini, nak jadi pelabur cinta lah. Nak kongsi tips mencari jodoh buat adik2 blogger yg masih bujang dan masih dalam pencarian seperti Aus, Fit, Hamzah Ian, Cheamster Hans dan Daydeck. Rasullullah pernah member 4 tips dalam mencari pasangan hidup. 4 tip itulah memilih pasangan berdasarkan 1) Agama 2) Keturunan 3) Harta 4) Rupa. InsyaAllah bahagia rumah tangga dunia dan akhirat.

Selain tu, boleh pertimbangkan tip dibawah yg matjoe nak share:



1) Kawen dengan org dekat: Ni kes balik kampung, kalau time raya ker ada kenduri ke cuti sekolah ker. Bayangkn kalau keje kt kl, ko dok jd, bini duduk kat arau. Bayangkn berapa punya banyak kos minyak , tol, tenaga nak kene spend kalau nak balik raya, kenduri or cuti sekolah. Kalau kawen org dekat, contoh Aus orang Ipoh dan isteri orang Gopeng, mmg dpt jimat beb, jalan sehala jer. Duit yg dpt jimat tu bleh ler invest kt tempat lain

2) Kawen dgn yg bongsu: ni kes  kawen dgn bini/laki yang merupakan anak sulung dan bini/laki ni laa nk kene tanggung parent and adik beradik dia pulak. Mmg amalan membantu amalam mulia tp jenuh jugak la keje penat tp utk investment tak berapa nak ada. Kalau kawen dgn yang bongsu, mungkin tak perlu la nk kene tanggung semua tu. Ada kes kengkawan aku, mmg duit dia utk family, duit bini dia utk keluarga parent bini dia, mmg tensen beb.

3) Kenal tradisi family pasangan: ni kasik contoh, family yg tradisi mintak hantaran tinggi, suka buat majlis keraian. Duit kene spend utk hantaran tinggi tu guna utk majlis besar-besaran. Pastu ada tradisi rumah terbuka raya, majlis doa selamat cukur jambul, naik buaian, beday, semua tu kalau kau dh be part of the family traditon mmg laa kene join dan xleh kata tidak. Most importantly dah kene joint, faham2 leer kene laa keluarkan duit

4) Wife org KL: Ni kes lelaki yang keje kt KL. Byk jimat ooo mcm ni. Dpt duduk free, parent mertua pun xde laa boleh mengata sangat sebab kita ni lelaki. Nak balik lambat2 bagi keje kt ofis perfect pon xyah risau cause wife ko in the safe hand. Wife pon happy coz close dgn parent. Bila dpt anak boleh tinggal kt mertua, fuh, senang hati, mertua yang jg anak instead of sorang babysitter yang jaga sampai 5 ke 6 orang.

Kalau husband org KL pun no hal jgk, tp yang paling penting jgn duduk kt mertua korang.. Mertua dgn menantu perempuan, x kira laa bangsa apa pun, kalau tinggal sekali jer, mmg menantu perempuan laa yang stress. Kalau wife tu keje lagi laa suffer, mertua expect ko yang dh penat balik keje nk buat keje umah (masak kemas umah). Tolonglah duduk asing, tp baby hantar kt mertua laa jgk.

5) Perempuan/lelaki yang ada kesedaran pasal perancangan kewangan: it is obvious hidup sekarang kene ada wang yang berterusan, so pilihlah pasangan yg ada rajin simpan wang untuk masa depan. Jgn laa gatai pegi kawen yang suka shoping, duit gaji bulan2 habis kt shoping jer. Kalau masing2 dah ada kesedaran, barulah senang utk plan camner rumahtangga akan dikemudi, berapa orang anak, kereta apa nak pakai, rumah mcm mana nak duduk.

6) Perempuan/lelaki yang sanggup berkongsi: Time couple lagi dh boleh kenali dh pasangan ni jenis yang berkongsi ke tak. Ada tak awek belanja makan sekali sekala, ada tak boyfriend kasik pinjam laptop. Kongsi ni bukan takat benda jer. Mcm masa pun boleh dikira penting jugak, sanggup x boyfriend ambik cuti nak mintak tolong hantar adik korang pegi UiTM. Sebab utama kt sini ialah bila dh kawin semua benda patut dikongsi, kalau nk buat hal sendiri, x willing to kongsi, mmg susah nk make marriage work.

Demikianlah saje tip yg mungkin relevan utk diambil kira bila mau cari pasangan hidup. Tp yang paling utama off course ler pada agamanya dan 3 lagi criteria yang Rasulullah gariskan. Kita selaku muslim percaya yang kita akan hidup lepas mati, kalau nk hidup selesa kat akhirat, kat dunia kene buat baik. Kalau bini/laki jenis agama entah kemana, dgn kita2 skali maybe masuk neraka.

Klik LIKE kalau suka Entry Ni

12 comments:

Anonymous said...

i like tip #6)Perempuan yg sanggup berkongsi..... tapi sanggup ka depa kongsi suami....? hehehehee....
:-aLCapone-

BeaN MorENo said...

hahaha...tips yang bagus...sejak bila ko berubah niche jadi pkr rundingan keluarga bro...

puan nina said...

ni tips jimat jimat jimat nih..heheh

Eyriqazz said...

dlm ramai2 tu aku rasa chearmster yang kena kahwin dulu..dah tahap wajib tu..hik3..

Aus MeLankoLik said...

kah kah kah ,

ini dah boleh jadi agen kaunseling keluarga dan kewangan ni , kehkehkeh .

hans said...

boleh percaya ker tips2 nih?
hahahahaa

peruzz said...

hehe..like komen puan nina...
ni namanye tips kahwin n jimat... hehe

Bro Fit said...

ouh terima kasih bro.. memang berguna tips2 ni.. hehe insyaallah kalau ada rezeki lebih saya kahwin..pastu nak ajak bro makan kenduri saya :)

- Fitrihadi.com -

Anonymous said...

stuju ngan matjoe tp membantah sekerasnya ngan saranan alcapone he he - k long

TiniHani said...

ahh setuju kampung dekat tu.. penting tu.. ahaks...
rajin matjoe wat list.. hiks

mamaNoriz said...

bagus-bagus....alhamdulillah... semua sya dpt...hehe...semoga ramai dpt manfaatnye...

phreak-id said...

Bro. Lepas ni bagi tips nak kahwin untuk aku, eyriqazz dan jejai plak. Tips utk kawin lagi satu. opss

(pandang kiri kanan takut ada pinggan melayang ke aku)

Hahaha


Terbaru > Monday Blues
> Download Drama Bersiri TV3 - Gemilang (Episode 1 - 3) >Blog Best : Roq's Blog

Link Within

Related Posts with Thumbnails