Thursday, March 17, 2011

Labur atau Simpan ? Ikut suka korang

Pelaburan membawa maksud yg berbeza bagi setiap individu. Ada yg cakap melabur tidak sama dgn menyimpan, melabur kena ada element diri sendiri selaku penentu pulangan. Berikut adalah definasi saya


Melabur :Letak duit dalam instrument yg ada potensi untuk memberi pulangan yg baik yg membolehkan nilai duit itu berkembang, dan terdapat jugak risiko utk duit itu mengecil

Meyimpan: Simpan duit bawah bantal, yg confirm tidak berkembang nilainya.

Definasi saya sangat longgar, sesetengah orang mendefinasikan begini:



Melabur: Letak duit dalam instrument yang kita ada control dgn keuntungan yang kita buat, sebagai contoh rumah dan pasaran saham atau perniagaan, kalau pandai dan lebih berilmu, lebih banyak lebih buat untung

Meyimpan: letak duit, biar org lain uruskan/ nilai komoditi naik, tak perlu buat apa2, cukup masa dapat dividen, contohnya ASB, Unit Trust dan akaun emas Emas.

Pelaburan yg bukan2 -  Kadang2 org suka katakan apa yg mereka beli sebagai pelaburan tapi apa yg berlaku adalah sebaliknya. contohnya:

beli DSLR, kononnya utk buat kerja ambik gambar kahwin, tapi habis dekat rm4k tapi baru 1 event kahwin dalam masa 6 bulan. kan dah rugi

Beli laptop + internet line, konon nak jadi usahawan internet, tapi ebook tak buat, buat website pun orang tak masuk, blog pun x update, kan rugi jer

Memang terpulang la nak kata simpan atau labur, janji duit yang ada tu jangan buat/beli benda tak ketahuan.

p/s: apa definasi 'melabur anda'

Klik LIKE kalau suka Entry Ni

9 comments:

  1. yang penting kita tahu implikasi setiap benda yang kita buat

    ReplyDelete
  2. Haha. Sorry bro. Terpaksa buat lawak bodo sket.

    Melabur = buang air besar

    Hehe. Sori sori.

    ReplyDelete
  3. kawin? pelaburan jugak tu hehe...pelaburan teman hidup :)

    ReplyDelete
  4. melabur utk dapat ilmu dulu...duit dan masa....baru iallah we are in control

    ReplyDelete
  5. jgn sesekali simpan bwh bantal...duit tak kembang pastu makin susut nilai sbb inflasi kan...
    tpi bab DSLR tu....klu nak gambo cantik, mmg puas hati :)

    ReplyDelete
  6. pada saya simpanan adalah instrumen jangka pendek dan mudah utk digunakan/dikeluarkan. Oleh sebab itu, pulangannyer adalah kecil.... i.e. islamic saving account etc....

    Pelaburan pula adalah instrumen jangka sederhana dan panjang serta agak susah proses utk digunakan/dikeluarkan. Dan pulanannyer kecil ke sederhana.... i.e. ASB, UT etc..... Berhati2kalau pulangan besar, silap2 skim cepat kaya(p).....

    Bab DSLR tu saya rasa lebih kepada cermin sosial .....
    :-aLCapone-

    ReplyDelete
  7. tak reti nak kategerikan apa ekk..simpan kat asb (sijil )dan ciput kat syer bank rakyat.
    dpt dividen masuk semua ketabung haji..senang nak kuarkan bila nak guna gi jln2..;)

    ReplyDelete
  8. Kalau ada duit dan masa lebih sikit boleh belajar melebur duit ke tempat yg agresif sikit e.g. bursa.

    Nanti senang sikit nak borak2 dengan agen UT yang suka-suka approach.

    Simpan? Penuhkan asb je dulu...

    ReplyDelete
  9. Yyg laptop+internet mcm kena je ngan k long. he he mcm hot hot chic shit he he:)

    ReplyDelete

Link Within

Related Posts with Thumbnails