Tuesday, April 19, 2011

Pelepasan Cukai Pendapatan 2010 LHDN

E-Filing utk cukai pendapatan 2010 tarikh tamat adalah 30 April ini. Ada baiknya saya senaraikan pelepasan untuk Cukai Pendapatan (Income Tax Exemptions) 2010 dengan LHDN.


1) Individu dan saudara tanggungan  - 9,000

2) Perbelanjaan perubatan ibu bapa ke atas penyakit yang disahkan oleh  pengamal perubatan (Terhad 5,000)

3) Peralatan sokongan asas untuk kegunaan sendiri, suami / isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya (Terhad 5,000)

4) Individu yang kurang upaya (6,000)

5) Yuran pendidikan (sendiri) :

i)peringkat selain Sarjana dan Doktor Falsafah - bidang undangundang,
perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional,
industri, saintifik atau teknologi maklumat

ii) peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah - sebarang bidang atau kursus pengajian

i + ii Terhad (5,000)

6) Perbelanjaan perubatan bagi penyakit yang sukar diubati atas diri sendiri, suami / isteri atau anak
7) Pemeriksaan perubatan penuh atas diri sendiri, suami /isteri atau anak, Terhad 500

Jumlah 6) + 7) Terhad 5,000

8) Pembelian buku/majalah/jurnal/penerbitan (selain surat khabar atau bahan bacaan terlarang) untuk diri sendiri, suami/isteri atau anak, Terhad 1,000

9) Pembelian komputer peribadi untuk individu(potongan dibenarkan sekali dalam setiap 3 tahun) Terhad 3,000

10) Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional Terhad 3,000

11) Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997,  Terhad 300

12) Yuran langganan perkhidmatan jalur lebar,  Terhad 500  (ahha, yg ni best)

13) Faedah pinjaman perumahan (mesti memenuhi syarat-syaratkelayakan) Terhad 10,000 - akan diulas pada entry akan datang

14) Suami / Isteri / Bayaran alimoni kepada bekas isteri Terhad 3,000

15) Suami / Isteri yang kurang upaya (3,500)

16) Pelapasa tanggungan anak-anak

Anak  di bawah umur 18 tahun 1000 seorang

Anak  18 tahun dan ke atas yang masih belajar rm4000 seorang

Jumlah Anak - Anak kurang upaya rm5000 seorang

17) Insurans nyawa dan KWSP Terhad 6,000

18) Anuiti tertunda ('Deferred annuity') 1000 --> yg ni pokcik taktau apa menda ni

Jumlah 17) + 18)  Terhad 7,000

19) Insurans pendidikan dan perubatan Terhad 3,000

Harus diingatkan anda perlu meyimpan resit sebagai bukti pembelian anda. Sebagai contoh kalau beli buku perlulah ada resit pembelian. Mmg tak perlu kemukakan sebarang bukti utk dihantar ke LHDN, tapi mana tahu jadi insan terpilih untuk kene audit, at least resit tu ada sbg bahan bukti.

Klik LIKE kalau suka Entry Ni

12 comments:

  1. Income bro jual roti canai hujung minggu jangan lupa declare tu bro...riban2 gaktu..

    ReplyDelete
  2. belum bayar...tunggu esok lusa
    sekali klik kat maybank2u

    ReplyDelete
  3. gaji tak layak utk dicukaikan...hehehe

    ReplyDelete
  4. oohh sungguh berinformasi entry kali ni.. alhamdulilah aku dah selesai hantar awal bulan 3 hari tu

    ReplyDelete
  5. opsss...tak buat lg..esok2 le..kihkih..

    ReplyDelete
  6. sama laaa.. gaji ciput, takde kena income tax lagi.. :)

    jangan lupa komen kat Isu Gula Tambahan di dalam Susu Tepung Bayi

    ReplyDelete
  7. matjoe, brapa aras gaji "lantai" yg tak perlu declare kat LHDN?
    :-aLCapone-

    ReplyDelete
  8. aku dah submit dah, malas nak last minute

    ReplyDelete
  9. baru buat tadi gaks.. wuhoo.. dapatla sket rebate cz ganti yuran wat master last year :)

    ReplyDelete
  10. tahun 2009 ikut perkiraan dpt rebate balik, lhdn hantar surat bgtau cukai di bayar short. 2010 blm buat lagi,..

    ReplyDelete
  11. @eyriqazz - declare incoe sekali jual tin minunum aliminium ko tu

    @kujie - kujie kene cukai ke? surirumah jer kn

    @dunia baru n kid - cayalah x kene

    @myvitrd clp, OJAH - bagus!

    @jmr - lambat kene denda

    @ :-aLCapone- : popular believe gaji below 2.5k, so for masih applicable

    ReplyDelete
  12. Bagus, kepada yang belum buat lagi, cepat2 sebelum hujung bulan dan maximise pelepasan tu

    ReplyDelete

Link Within

Related Posts with Thumbnails