Saturday, April 23, 2011

Satay Ismail Dato' Keramat | Mungkin Paling Sedap

Satay paling sedap, baru jer saya discover 2 minggu lepas, iaitu Satay Ismail di kawasan Dato' Keramat. terima kasih Nami atas enrty Rahsia Makanan Menjilat Jari. Selepas buat google info berkenaan, saya terus bawak moto utk mencuba.

Saya sampai sekitar 5:30 tapi 6:30 baru mula bakar. Penantian berbaloi, sampai rumah terus makan dan berpuasa hati. Ada satay ayam, daging, hati ayam dan perut lembu. Saya beli semua jenis!

ni lah kedainya

old skul signboard ni

3 org pekerja, yg paling kanan tu paling skill

kak zainal pemilik restoran

pergh sedap derr

Lokasi: dekat area dato' keramat, dekat dengan stesyen minyak esso, dekat dengan stesen LRT damai
Masa Perniagaan: setiap hari 6:30 petang sehingga 11 malam
No telefon: 03 4256 9973

Satay ni mmg sedap, dpt rasa manis rempah perapan dan kemanisan daging/ayam itu sendiri, dibakar sempurna, mmg enak dimakan begitu sahaja.agak kecewa sebab kuahnya agak cair , but no worry, makan satay ni tanpa perlu cicah kuah adalah TERBAIK

p/s: cer cerita skit kat mana port satay yang best lagi. ada few lagi yg saya tau which is Satay 'O' Mulia dan satay pak arap tapi different entry la pulak nanti

Klik LIKE kalau suka Entry Ni

14 comments:

  1. Mat Joe,

    Sy setuju sangat psl Satay Ismail ni satay yg tersedap yg penah sy rasa. Dr kecik, abah sy mmg kalau ajak makan satay, sini la gerainya.

    Lagi satu, kalau Mat nak makan satay, tapi ni jauh la..kat Muar. Bukan sebarangan gerai, tapi gerai kat Jalan Sulaiman. Satay daging dia lembut, walaupun kecil nak bandingkan satay kajang. Hanya ada satu je gerai di situ. Kalau yg dekat depan station bas pun okay, cuma sy tak berkenan dengan tuannya. Bila org dah ramai, kureng ajarnya pun sama naik.

    ReplyDelete
  2. satu lagi pilihan untuk aku terjah nanti.. hehehe.. so far, satay Hut kat tanjung karang jadi pilihan bila balik kg sg besar.. :)

    Cara CRACK WEP key , CURI WiFi | Jangan baca kalau...

    ReplyDelete
  3. akak pun suka satey Ismail. Start makan di tahun 90-an lagi. Lagi satu feveret akak...Din sate kat kg baru. Tahun 90-an dulu, belum maghrib dah abis!. Tak taulah sekarang masih ada lagi ke tidak. Lokasi dia kat warung Perasan yg lama, sama row dgn flat PKNS.

    Mummy Melur Jasmin

    ReplyDelete
  4. perghhhh cam best ni...kena try nih...

    ReplyDelete
  5. Saya ni jarang sangat makan satay.Memang sedapke bro?

    ReplyDelete
  6. nyam2..dekat ngan rumah aku ni..pi sana bukan nak ajak..kalau tak boleh matjoe blanje..hik3

    ReplyDelete
  7. aku dibesarkan di Semenyih la..
    dari kecik makan Sate Kajang.
    Bagi memang tak boleh lawan jugak..
    Maybe aku biased kot.

    ReplyDelete
  8. Cuba la rase sate UK kat sec 7 BBB. Br beroperasi dlm 4 thn. Dr gerai kecik skg dah ada restoran sendiri. Skg lg famous dr sate kajang

    ReplyDelete
  9. Jiran aku tauke sate area BTR. Kalau dia bakar sate satu lorong bau harum... time raya tak menang tangan sbb byk sgt tempahan... mmg terbaekla sebab aku senang nk order... hehehe

    ReplyDelete
  10. @all - thanks for the input

    @anon - BBB tu bandar baru bangi kan, cam best jer nak xplore

    @fara - hmm, rasanya jiran ko yg jual satay pak arab kt food kot bandar tun razak

    ReplyDelete
  11. Saya makan sate Sri Melaka kat sebelah Petronas AU5 jer....
    Rasa sedap cuma servis kadang2 OK kadang2 LEMBAB.........
    :-aLCapone-

    ReplyDelete
  12. berapa sen secucuk?
    lebih sedap dari sate station ke?

    ReplyDelete
  13. repost :
    berapa sen secucuk?
    lebih sedap dari sate station ke?

    ReplyDelete
  14. time beli 70sen, sekarang mungkin 80sen. x penah cuba satay station

    ReplyDelete

Link Within

Related Posts with Thumbnails