Saturday, June 25, 2011

Resepi Masak Cuka Ikan Nyok Nyok

Salah satu masakan kegemaran saya ialah masak cuka. Off course la masak cuka yang mama saya masak. Biasanya kalau saya balik kampung, mama dah ready beli ikan nyok-nyok ataupun ikan pelotan untuk buat masak cuka. Mari saya kongsikan resepi yang sedap ini:

Resepi Ikan Nyok Nyok

Bahan-Bahan

1) 3 keping bahagian isi ikan nyok - nyok
2) Herba Campur
3) Halia yang dipoton nipis
4) Cabai Hijau dibelah dua
5) Bawang merah untuk tumisan
6) Bawang putih (tak perlu di potong)
7) Bawang besar yang dipotong melintang
8) 4 sudu Cuka (suka masam letaklah lebih
9) 4 batang serai yang dipotong melintang
10) Garam dan gula secukup rasa
11) Minyak dan air

Cara Memasak
1) Goreng ikan nyok nyok sehingga masak dan ketepikan
2) Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah 
3) Setelah naik bau, masukkan herba campur
4) Masukkan air (200 ml), apabila mendidih masukkan cabai, bawang putih, halia dan serai dan off course CUKA
5) Tambahkan gula dan garam secukup rasa
6) Masukkan bawang besar yang dipotong melintang. 
8) Padamkan api dan hidangkan

hmm, korang suka tak masak cuka? selamat mencuba

terima kasih kerana meluangkan masa anda utk membaca

Klik LIKE kalau suka Entry Ni

6 comments:

  1. owh
    bro suka masak cuka yer?
    sama macam mak saya
    tapi saya tak suka
    :-)

    Kumpulan Sepah Juara Maharaja Lawak

    ReplyDelete
  2. tak penah lagi masak cuka. puasa2 ni macam-macam teringin..haishh...

    ReplyDelete
  3. huh ,ikan plotan dan nyok2 .... masak kari sedap payah nak kata

    tp kat kl ni layan ikan pun duri pun ok laa

    ReplyDelete

Link Within

Related Posts with Thumbnails