Tuesday, July 12, 2011

Kalau tak dipecahkah Ruyung manakan dapat sagunya

Kita bertemu lagi dalam sesi peribahasa. Kali ini Kalau tak dipecahkah Ruyung manakan dapat sagunya. Maksud peribahasa ialah jika kita berusaha bersungguh-sungguh, kita akan mendapat hasilnya Dalam peribahasa ini pokok sagu perlu dibelah jika ingin mendapatkan sagunya. Ruyung iaitu kulit tebal pokok itu perlulah dipecahkan dengan mengerahkan tenaga, barulah boleh mendapat sagunya

sumber: mindabahasa.wordpress.com

Begitulah juga dengan apa yang kita inginkan, melainkan kita lahir dalam keluarga yg kaya (yang mana saya pasti tidak ramai), kita perlu berusaha utk memilikinya. Contohnya untuk sagu, perlulah memecahkan ruyung menggunakan kapak dan teknik mengapak dengan betul. Teknik kene betul, kalau tidak mungkin hanya sepohon sagu sahaja boleh dipecahkan berbanding dengan teknik yg betul

Sama lah jugak dalam nak mendapatkan apa yang kita ingin, misalnya kereta atau superbike yang menawan, kita perlulah pastikan yg kita mempunyai sumber pendapata pasif atau mesin wang yang membayar keinginan kita itu (ya, saya tidak merujuk kepada mereka yang menggunakan 1/2 gaji utk superbike, dan selebihnya berpekin  meneruskan hidup). Mencipta pendapatan pasif mahupun mesin wang inilah yg memerlukan kita pengorbanan dan usaha.

Misalnya, melabur dalam pasaran saham, perlulah ada pengetahuan, membaca dan belajar, bukan main masuk jer market. korang tahu kan pelaburan terbaik tu apa? kemudian nak sediakan modal untuk bermula. kadang - kadang memerlukan kita untuk tidak menggunakan wang bonus kita untuk memebeli keinginan, sebaliknya menempatkannya dalam dana untuk memulakan pelaburan dalam saham.

Kita selalu memandang sagu, dan tidak pada usaha memecahkan ruyung itu sendiri. Misalnya AE dengan jumlah rumah yang dimiliki, berapa banya +ve cashflow yang dia dapat setiap, atau Eyriqazz dengan income blogging yang mencecah rm4k mahupun pemandu kereta Golf GTI yang memotong kereta kita. Apa yang comes before that yang perlu kita ketahui, bukan senang nak  beli sebuah rumah, inikan pula melebihi 10, bukan mudah nak mencapai status blogger yang dipandang sebagai layak untuk menulis advertorial dan bukan mudah untuk membina kareer yg mana gajinya mampu untuk memiliki sebuah golf gti dengan selesa.

So guys, rasanya jelas kot apa yang saya nak sampaikan, kalau nak sagu, kene pecahkan ruyung, kalau tak mahu berusaha buat apa - apa, kenelah teruskan berangan sahaja!

terima kasih kerana meluangkan masa anda utk membaca

Klik LIKE kalau suka Entry Ni

8 comments:

  1. bulat tak datang bergolek.. pipih tak datang melayang.. tul tak?
    Cara Dapat 9 Iklan Grapevine

    ReplyDelete
  2. rajinnya u menterjemah peribahasa.. bagus2.. hehe..

    JOM BACA NI : SALIH YAACOB TURUNKAN ILMU!!

    JOM BACA NI : COOK'S COTTAGE MELBOURNE

    ReplyDelete
  3. mat joe, nak lari topik jap bley tak...


    nak tanya kalau rumah di bawah nama isteri, boleh tak sang suami menjualnya?

    ReplyDelete
  4. betoi tu bro...anything kena ada usaha yang berterusan..jgn hangat2 tahi ayam...

    far east : rasanya tak boleh..tolong jualkan boleh,tapi legal documentation nanti,isteri tetap kena sign agreement etc..

    ReplyDelete
  5. yg penting...usaha...doa..tawakal. insyaAllah...segala yg kita buat dipermudahkan

    ReplyDelete
  6. setuju 100%..kalau duk diam ajer..parahlah

    ReplyDelete
  7. ooo maksudnya kena melalui isteri jugaklaa...

    ok thanks bro eyriqazz..

    ReplyDelete
  8. Klu tak berusaha, mmg tak akan dpt apa2 la..

    ReplyDelete

Link Within

Related Posts with Thumbnails