Sunday, August 14, 2011

Resepi Begedil Kentang

Recipy recycle iaitu Resepi begedil kentang dan ayam. Mana tahu ada yang nak buat juadah berbuka nanti. Pernah cuba buat? Kalau pernah, saya pasti ada yang gagal terutamanya masalah begedil pecah dah minyak jadi kotor. Tapi no worry hari ni saya akan ceritakan salah satu juadah yang aku pandai masak. saya akan kongsi step by step sampai begedil korang jadi. So kalau nak mencuba kenelah baca betul2 dan ikut tips2 yang saya berikan. Resepi begedil takkan korang dapat selengkap ini.

Bahan Bahan:
1) 1.5 kg kentang. Kalau ada budget beli yang USA punya yg besar
2) Isi ayam dipotong halus 300gram. Suka lebih boleh letak lebih
3) Serbuk pati ayam knorr 2 sudu kecil
4) Daun Sup bernilai 20sen dipotong pendek
5) Garam 1 sudu besar, secukup rasa.

Mari Mulakan

1) Kentang dibasuh, potong 2 dan direbus hingga empuk
2) Setelah empuk, toskan kentang menggunakan penapis
PENTING: JGN BIAR DALAM PERIUK BERISI AIR BILA DAH EMPUK, KALAU TIDAK UBI AKAN SERAP AIR DAN KENTANG AKAN JADI LEMBIK DAN TAK BOLEH DIBENTUK

3) Setelah agak sejuk, buang kulit dan lecek

4) Panaskan kuali, letakkan sedikit air, masukkan ayam, serbuk pati ayam dan garam. Tak perlu letakkan minyak,


5) Kacau sehingga kering (tapi janganlah sampai hangit)

PENTING: KALAU CAIR, IA AKAN JADIKAN DOH CAIR DAN SUSAH DIBENTUK

6) Masukkan adunan ayam tadi beserta daun sup kedalam kentang yang telah dilenyek

7) Kacau adunan sehingga rata dan sebati. Biar rasa garam dan ayam tersebar secara sekata. Kalau tak mungkin ada bahagian yang tawar dan ada bahagian terlebih masin


8) Bentukkan bulatan dengan tangan anda. Macam gambar kat bawah


9) Nice, buat sampai habis. Dan biarkan utk 1 jam -2 jam


PENTING: DIBIARKAN 1 - 2 JAM UNTUK PERMUKAAN LUAR KERING, UNTUK MENGELAKKAN PECAH KETIKA MENGGORENG

10) Masa untuk menggoreng. Pecahkan telusr. Kacau sebati, balik balikkan begedil dan goreng


11) Goreng dgn minyak sedikit, cukup untuk meggoreng 3 - 4 biji begedil dalam satu masa.

PENTING: GORENG DGN MINYAK SEDIKIT MEMUDAHKAN GORENGAN DAN KAWALAN DARIPADA BEGEDIL PECAH. LAGIPUN MINYAK MUDAH KOTOR BILA MENGGORENG TELUR DAN TERDAPAT KENTANG YANG PECAH

12) Mari menjamu selera


p/s: ada jugak yg goreng kemudian lecek instead of rebus.

Sekian, SELAMAT MENCUBA

Klik LIKE kalau suka Entry Ni

8 comments:

  1. oohh. aku tau makan aje.. leh laa matjoe jadi tokey begedil.. sedap tuh!! :)

    ReplyDelete
  2. tak pernah lagi masak begedil. sebab tak ramai yang suka dalam rumah nih.

    ReplyDelete
  3. terbaikk la mat joe..tak semua org pandai buat begedil tau...

    ReplyDelete
  4. bapa mithali ni...

    bukan teror bab duit je, ke dapur pun teror gak...

    suami sapa la ni :)

    ReplyDelete
  5. wowowowo..hebat...segan lak rasa tgk org laki wat review masakan :D

    ReplyDelete
  6. thanks resepiny..suka resepi yg tidak mggunakn byk minyak...

    ReplyDelete
  7. thanks resepiny..suka resepi yg tidak mggunakn byk minyak...

    ReplyDelete
  8. sy dah cuba ikut cari ni mmg jadi, yahoo!! berjaya jugak sy kali ni, klu x last time try slalu hancur je la begedil sy..huhuhu!! terima kasih!!

    ReplyDelete

Link Within

Related Posts with Thumbnails