Monday, September 5, 2011

hilang cincin emas

lama tak buat entry, tentulah disebabkan oleh hari raya. amacam kerja hari ni? marvelous ke moodless monday? mana manalah janji buat kerja yg ditugaskan. so apa cerita hilang pulak cincin emas ni? mama saya baru baru ni hilang cincin emas yang dibeli. tak sempat sebulan beli dah hilang.

Katanya cincin tu agak longgar, jadi kemungkinan terjatuh dalam keadaan tak sedar. Kemungkinan sewaktu membeli ikan di pasar, atau mungkin sewaktu mengambil serai di perdu, ataupun ketika mengankat kain di jemuran. Mungkin tak ada rezeki dia. Tapi guess what? Sehari sebelum raya dia belikan lagi yang baru! Nak tahu kenapa? Teruskan membaca.

For those yg follow and read this blog, korang mungkin perasan yg saya tidak mengesyorkan membeli emas fizikal untuk tujuan pelaburan. Saya berpendirian yg emas fizikal ini boleh hilang dan terdedah kepada risiko dicuri. Jadi walaupun masih kekal dgn pendirian itu, kisah yang berlaku to my mom membuka satu definasi baru tentang memiliki emas fizikal khususnya yg berbentuk perhiasan seperti rantai, gelang dan cincin.

Sebenarnya cincin yang mama beli tu adalah sebagai 'tanda' duit yang dia dapat dari pembahagian harta pusaka semasa adik beradik tempohari. Kalau  simpan dalam bentuk duit, memang tak nampak sangat perbezaan dengan duit yang lain. Dengan kata lain, ianya lebih kepada sentimental value, yg lebih bernilai (buat individu tertentu) berbanding risiko hilang, mahupun margin emas fizikal yang agak tinggi.

Mari tanya isteri kita, nak tak dia jual cincin belah rotan yang kita beri? cincin tunang atau gelang akad nikah yg suami beri? melainkan si suami itu suami celaka dan menyusahkan hidup, saya pasti jawapannya adalah tak mahu jual.

Kali ini mama beli cincin yg tidak longgar, harap2 tak hilang lah. Still, tak perlu beli barang kemas banyak2 utk perhiasan diri, kalau untuk peyimpanan nilai dan pelaburan. lebih sesuai buka akaun emas.

Klik LIKE kalau suka Entry Ni

15 comments:

  1. mak mat joe sama nasib ngan akak pulak.brg kemas aak pun hilang..tp hilang dlm simpanan sndiri..lupa mana letak,tak tengok2 lama jugak.ntah tersorok kat mana..harap2 jumpa..huhu

    ReplyDelete
  2. baru wife aku tanya tadi.. mak mertua aku bercadang nak buat pelaburan dalam emas.. cadangnya nak beli emas kijang.. pada pandangan ko mana bagus.. kijang ke atau beli dalam passbook je..?

    ReplyDelete
  3. mak dah simpan dlm passbook utk pelaburan. Tp nama pun perempuan kan..kena la ada sedikit perhiasan diri dr emas. Biarpun kecil, tp ada nilainya dr segi lain plak..

    P/s: Utk keselatan diri, perhiasan tu betterlah kecik2 je memandangkan jenayah skrg ni melampau2 sgt. Janji, ada utk perhiasan diri dan nilai sentimentalnya..

    ReplyDelete
  4. me pernah kehilangan gelang emas 5 thn lps...gelang kawin, harga RM1k time tu....sedih sampai sekrg :(

    ReplyDelete
  5. dlm nasihat tu sempat lak ckp asshole...hahahah

    tpi org pompaun mmg suka perhiasan atau emas fizikal...

    sbb nampak hasilnya dan leh gak hasilkan duit segera time darurat...

    nak senang dan selamat buka akaun je lah, but make sure it syariah compliant ;)

    ReplyDelete
  6. cincin bekas pertunangan saya hilang di curi.. nasib baik bekas.. hehehehe

    ReplyDelete
  7. @mamanoriz - ok, terlaju tulis. dah betoikan

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

    (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): “Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu. [At-Taubah: ayat 34 - 35]

    ReplyDelete
  10. Salam hari raya matjoe. Teringat kisah pencuri pecah masuk rumah, curi barang kemas isteri dan anak aku masa bulan puasa tahun lepas. Sedih teramat time raya lepas...

    ReplyDelete
  11. penah gak umah masuk pencurik, sy plak jenis letak barang kemas merata2 tak simpan elok2.. yg tersimpan semua kena curik, yg sy letak merata2 tak pulak dicurik.. alhamdullilah... tp tetap cedey gelang yg kena kebas tu besau donat big apple tauuuuu....

    mizz bananaz

    ReplyDelete
  12. i pun laling memang tak kasi jual gelang cincin nikah bagai.. sebab kenangan kan.. kalau nak yg lain beli baru katanya.. hehe..

    ReplyDelete
  13. aku ada terbaca kat paper, kat UK ada satu kes di mana si suami terbuang beg-beg plastik yang disangkanya sampah tetapi tak tau yg si isteri ada sembunyikan barang-barang kemas dia kat dalam beg-beg plastik tu.

    ReplyDelete

Link Within

Related Posts with Thumbnails