Friday, September 30, 2011

PembarisKuning adalah ManusiaLabahLabahTerang

Tajuk entry ini agak ada encryption, untuk sesiapa yang faham tentang situasi mana yang sedang saya rujuk, maka fahamlah dan kalau yang tak ada idea, tak usah bertanya. Cukuplah terus membaca tentang apa yang saya nak sampaikan. Ianya soal penipu dan rasa tertipu dan jugak akibat menipu.

Penipu hadir dalam pelbagai bentuk, yang direct macam penipuan 'gores dan menang' tu satu hal, yang mengaku tuan rumah untuk menipu bakal penyewa pun ada, yang menipu dengan penampilan macam orang kaya pun ada, yg sanggup buat loan beli kereta mewah utk melariskan perniagaan MLM pun ada. Yang menipu income pendapatan 6 angka dalam akaun maybank.

Kali ini berkaitan penipuan yg jugak bermotifkan kewangan, walaupun tidak ada sebarang kerugian yang direct yang saya alami, tapi memang terkilan apabila mengetahui yang orang yang kita sangka identiti yang kita kenali itu rupanya bukan.

Bercakap soal penipu, memang takkan kemana, lama kelamaan terkantoi jugak. Lihatlah kereta AC Mizal dah dikhabarkan dah kene tarik , yang menipu duit ingat tak boleh dijejaki dengan polis. Kalau tak terkantoi secara red hand, akan ada sahaja musibah dalam cara lain sebagai balasan.

Hati pun tak tenang jugak, biar tak kaya dan sederhana tapi tenang, kawan tak hilang, dan kawan boleh percaya. Sekali orang rasa tertipu, ingat senang ke nak dapat kepercayaan semula. Goodbye

p/s: comment off. sorry

Klik LIKE kalau suka Entry Ni

Link Within

Related Posts with Thumbnails