Wednesday, January 4, 2012

Azam tahun 2012

Tahun baru, tapi azam lama, kerana azam lama tidak tercapai. Kadang kadang saya tertanya, adakah azam yang kita nyatakan itu suatu azam yang betul kita hendak dan betul2 kita mahukan atau sekadar membuat azam sempena tahun baru. Misalnya contoh azam yang paling common, iaitu azam menurunkan berat badan, adakah kita betul2 dah rangka apakah step yang kita nak follow untuk (misalnya puasa isnin khamis, bersenam hari sabtu dan ahad dan juga tak makan nasi pada sebelah malam pada  hari tidak berpuasa) kurus atau, sekadar cakap azam tahun baru ini nak turunkan berat badan tapi xde sebarang plan?

Apa azam tahun 2012 matjoe?

To be perfectly honest, memasuki tahun baru ini, saya tidak memasang apa2 azam yang khusus. Cukuplah dah ada keluarga, kerja tetap, sedikit income sewa, sedikit income blogging, sedikit income dari dividen asb dan kenaikan harga emas, dpt bonus bulan 4 nanti tambah beli emas ataupun asb. dan the rest just living life accordingly. Maklumlah ada anak kecil dan kerja tetap, tak boleh nak spend masa utk cari dan pelajari ilmu pelaburan lain, kene tunggu masa yang senggang nanti utk belajar dan explore peluang dan yang pasti ia bukanlah untuk tahun 2012.

tapi, bila tuanbri ajak masuk contest Azam 2012, saya rasa to certain extend saya perlu jugak letakkan apa azam yang realistik untuk saya kecapi pada tahun 2012.

1) Turunkan Berat Badan dan Jaga Kesihatan -


Sekarang berat 85, kalau boleh nak turunkan jadi 75kg. What's more important ialah nak jaga kesihatan dan jugak pemakanan supaya tak sakit. Supaya bila kita sihat kita tidak menyusahkan orang lain dan jugak dapat  jaga anak dengan baik.


2) Family First :


Keluarga terlebih dahulu. Jadi utk tahun 2012 saya harap macam tahun lepas jugak, saya dapat meluangkan masa untuk membesarkan anak2 bersama isteri tercinta.

Termasuk parent matjoe, adik beradik matjoe dan mertua.

3) Melancong ke KK -


Sabah adalah destinasi yg dekat dihati walaupun jauh di mata. Sejak melancong semasa wife mengandung Hasanah, kami memang rasa nak datang lagi. Sudahlah bulan Disember tak sempat bercuti, jadi rasanya memang nak bercuti jauh sedikit tahun ini. Rindu nak snorkeling di pulau manukan.

4) Income dari blogging -


Melihat kepada income blogging pada 2011, saya mensasarkan rm2000 income untuk tahun 2012 hasil pengiklanan Nuffnang. rm2000 tu mungkin tak sehebat rakan2 geng tali barut yang lain, tapi menyedari limitation utk dpt sponsored post, rm2000 tu akan terhasil dari iklan yang keluar dari CPC dan Buffer Earning

5) Tambah 1 Rumah - Kalau ada rezeki nak beli 1 rumah untuk disewakan. Jika situasi  'right place, right time, right price' maka bolehlah berkira untuk angkat. Bukan tak tahu pasaran rumah sekarang yg kekal tinggi dan jugak limitasi 30% downpayment itu.

That's about it, my 5 2012 resolution. Entry ini turut bersempena contest azam tahun 2012 tuanbri.com. Boleh  jugak join disini:


 ‘Pertandingan ini dianjurkan oleh www.Tuanbri.com dan turut ditaja oleh
www.abangensem.com Dekad Silver-Facebook www.lot.my
‘ 


Klik LIKE kalau suka Entry Ni

7 comments:

  1. semuga tercapai semua apa yg di hajati..

    ReplyDelete
  2. sama2lah kita usaha untuk turunkan berat badan masing2x....hehehehe

    ReplyDelete
  3. haaaa.. aku pun nak turunkan berat badan.. (seb bek aku muda dari bro matjoe nih) lalalalaaaa

    ReplyDelete
  4. Semoga berjaya,

    Pasal blogging tu, saya cadangkan buat blog bahasa inggeris. Peluang jana income blog bahasa inggeris adalah lebih baik. Dan cuba tukar pakai wordpress.

    ReplyDelete
  5. semoga tercapai semua yang diazamkan, matjoe :D

    ReplyDelete

Link Within

Related Posts with Thumbnails