Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) dilanacarkan hari ini! Tak bersorak Yahoo sebab syaratnya tak lepas
Hehe, pulangan memang menarik (32 % annually! wow), cuma syaratnya strict untuk pendapatan isi rumah max rm3k. Which mean, mereka yg berpendapatan lebih rm3k tak dapat.
Make me think, why not suruh parent matjoe apply, they both jobless dan tiada pendapatan berpenyata. Haha.
But come to think of it, dengan gaji sebulan rm3k, apa sangat yang mampu dibeli, kalau once dah settle pinjaman rumah dan kereta possible untuk simpan rm5k untuk permulaan pelaburan. Tapi kalau commit dengan sewa rumah dan kenderaan, memang cukup bulan habis lah duit itu.
Saya ada baca komen Aidid Muaddib pasal skim ini, yg mana dia terhidu bau tikus. Which i agree to his point.
Bagaimanapun mungkin juga cara kerajaan nak membantu golongan miskin dgn cara membeli skim amanah ini. Ada orang kata ianya agenda politik untuk memenangi hati rakyat. Rasanya yg bujang tak boleh apply. Kene berkeluarga terlebih dahulu.
Untuk maklumat lanjut: http://www.sara1malaysia.com.my/n_index.php (untuk versi bahasa boleh terus clik pada bawah sebelah kanan)
KELAYAKAN
Permohonan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun
Pemohon mesti mempunyai pendapatan kasar isi rumah antara RM500 hingga RM3,000
Pemohon tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman
Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh bank
Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB:
Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT);
ASB Sejahtera; dan
ASW 2020 Bandar
Pemohon dan /atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000
Status akaun unit amanah ASNB tidak bermasalah
Permohonan adalah tertakluk kepada agihan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I sepertimana yang telah ditetapkan dan sekiranya masih ada:
Bumiputera - 50%;
Cina - 30%;
India - 15%; dan
Lain-lain - 5%
Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja
DEFINISI ISI RUMAH
Isi rumah yang layak memohon adalah individu dengan jumlah pendapatan kasar bulanan antara RM500-RM3,000 yang merangkumi kategori berikut:
Berkahwin - kombinasi pendapatan kasar suami dan isteri; dan
Ibu atau bapa tunggal - pendapatan kasar individu.
Klik LIKE kalau suka Entry Ni


6 comments:
Aku tengok skim ni macam lebih kurang skim cepat kaya juga.. sebab dah dijanjikan pulangan tetap setiap bulan.. apa beza dengan skim online yang diharamkan sebelum ni ye.. tengok macam sama je.. hehehe..
* aku pon tak layak juga.. terlebih RM1 pulak syarat tu.. hehehe
emm..those yg mkn gaji rasanya majority combined gross income laki bini mesti lebih RM3k....
aku pun terfikir siapa yang untung sebenarnya ni... hm.. akan tulis di blog nanti...
aku yg bujang ni jugak gigit jari...huhu
hurmmm....orang bujang macam aku pun tak layak ...kalau dok kat lembah klang gaji 1.5k tak cukup lepas tolak hutang dan belanja tetap....point2x AIDID MUADIB tu mmg aku sokong...
Rasanye cuba compare skim ni dgn skim Garmeen Bank. Saya rasa dari syarat2 dia, aim adalah untuk kasi micro loan kepada those yang berpendapatan rendah.. mungkin ibu tunggal boleh beli mesin jahit untuk start menyara diri etc. And sefaham saya pulangan yang dijanjikan tu only to those yang bayar loan tu on time dan dibayar dlm bentuk bonus unit yang hanya boleh dikeluarkan bile loan dah habis dibayar. Kalau tak bayar on time tak dapatlah bonus unit tu. Mungkin nak ajar disiplin? Pasal halal ke haram ke tak berani nak komen tapi lepas baca buku Grameen Bank kadang2 pada dasarnye bende tu nampak haram, tapi bila dikupas kupas dan direfer kepada para ulama ada sesetengah bende tu boleh diterima.. wallahualam.
Post a Comment