Baru baru ni keluar fatwa yang forex tu haram. Memang xde sebarang effect untuk saya sebagai seorang yg tak pernah meletakkan wang dalam forex. Sebaliknya bagaimana pula perasaan dengan mereka yang 'skillful' dan pandai membuat duit dengan forex ini? Adakah mereka ini akan berhenti? Tiada jawapan yang tepat.
Namun, kalau kita lihat untuk kes rokok, fatwa mengatakan haram, tapi ramai jugak yang hisap rokok. Haram membuka aurat tapi ramai yg buka aurat. Rasanya pun begitu untuk forex ini.
Dalam isu haram dan halal ni, semuanya melibatkan faith, atau bahasa kita 'IMAN' , kalau seseorang tu langgar atau pun buat perkara yang haram itu pun, tidak akan dpt balasan atau kesengsaraan serta merta pun.
Jadi tepuk dada tanya iman.
kat bawah adalah artiket yg bercerita tentang keharaman Forex
Perniagaan Pertukaran Asing (FOREX) Haram
KOTA BAHARU – Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing.
Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.
“Hasil kajian Jawatankuasa ini, kita dapati perniagaan yang melibatkan pertukaran wang asing melibatkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam.”
“Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 di sini hari ini.
Abdul Shukor berkata banyak isu yang meragukan mengenai perniagaan pertukaran asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu melibatkan penggunaan internet di kalangan individu, yang menyebabkan untung rugi tidak menentu.
“Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi yang tidak menentu,” katanya.
Beliau berkata keputusan lain yang turut dicapai dalam mesyuarat itu ialah mengharuskan umat Islam membuat pelaburan atau membuat simpanan melalui Skim Sijil Simpanan Premium (SSPM) yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Katanya keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa berkenaan berpuas hati dengan kaedah pelaksanaannya melalui taklimat yang disampaikan oleh pihak penal syariah Bank Negara pada muzakarah itu.
“Pada mulanya, kita meragui tentang kaedah pelaksaaan skim itu tetapi kita berpuas hati setelah sistem perniagaan melalui SSPN itu ditukar konsep Islam iaitu Mudharabah.” – BERNAMA
Klik LIKE kalau suka Entry Ni
8 comments:
setakat yg saya perhatikan di blog/forum2 ...ramai jugak yg tak ambil peduli tentang perkara haram ini....alasannya kenapa bank konvensional boleh???....apa jenis alasan tu????
benda yg dah sebati dalam jiwa.. walaupun haram tetap buat juga. apa pun semoga mereka yg terlibat pelan2 berubah.. kalau nak terus berubah onthe spot mungkin berat.. takpe.. pelan2 berubah demi kebaikkan..
Samalah aku tak pernah letak 1 sen pun dalam forex.. test aplikasi dia secara demo adalah..
matjoe isap rokok ke?
byk pro n cons dalam forex ni..yg penting its not easy as a task..
Buka Aurat pernah buat...
Rokok pernah buat...
Forex pun pernah buat....
Tapi tu semua dah jadi kenangan...
Camnapun skill forex masih boleh guna kat BSKL....
:-aLCapone-
ramai yg wat dek jer..;) mcm2 alasan depa guna... majoriti dlm mode denial state...
p/s: aku dh lama stop, kena tanya iman... baru dapat inner peace...
@anon - dah quit in 2006
@askrool - tu la
@faiz - yep, not easy money as advertise
@alcapone - buka aurat dpn isteri hehe
@wakif - yep inner peace
seb baik tak pandai main forex.
Post a Comment