Tuesday, February 14, 2012

Sudah Terdesak Tahu Pun Bayar

Salah satu perkara yang dipandang remeh oleh sesetengah orang ialah bil penyelenggaraan, atau lebih dikenali sebagai maintenance. Tak kiralah apa sebabnya, sibuk, atau memang kedekut atau lebih tak berguna lagi, orang lain dah tolong bayar jadi buat apa aku nak bayar.

Perkara ni berlaku hampir disetiap rumah rumah flat dan juga apartment, walau bagaimanapun, untuk salah satu rumah sewa saya, peratusan yang membayar sangat sedikit. Pada satu hari sebelah lift rosak, pejabat maintenance tak baiki kerana tiada duit. Tapi penduduk masih tidak merasakan masalah, boleh guna yang satu lagi.

Malangnya sebelah lagi rosak, jadi kalau hendak naik ke rumah terpaksalah menggunakan tangga. Kalau tingkat 1,2 dan 3 kira ok lah, kalau sampai tingkat 15, memang nayalah. Masa itu lah dengar keluhan, ada OKU laa, ada nenek tua yang uzur la, isteri mengandung yang dah saratlah, tapi bukan boleh buat apapun, sebab pejabat maintenance tak ada duit utk baiki.

Apapun tetap salah pemilik rumah yg tak bayar. Bila ditanya, cuma 30% sahaja yg bayar (termasuk saya), memang la cukup - cukup untuk menyara kos penyelenggaraan common area, electrik dan air. Bila terjadi kes yg memerlukan banyak wang seperti lift rosak, memang tak ada duit. Kos untuk baiki rm13k.

So nak masuk minggu ketiga, tahupun seksa nak panjat tangga setiap, barulah ada inisiatif nak collect setiap rumah rm120 (cover maintenance bulan 1 & 2), ketuk setiap pintu rumah, dan of course, dengan rasa rela hati  bayar sebab nakkan lift beroperasi semua. tu la manusia, dah terdesak baru nak bayar!

Klik LIKE kalau suka Entry Ni

7 comments:

  1. biasanya begitulah perangai manusia kan. Bila dah terhangtuk, br nak terngadah!

    P/s: Panjat tangga ke tingkat 15?? Memangggggg pitam!!

    ReplyDelete
  2. haa betul tue awak...selalunya bila dah mai tahap yang terdesak sangat baru nak ambik tindakan...

    ReplyDelete
  3. macam perli aku je bro.. hahaha

    ReplyDelete
  4. harap2x diorang dapat pengajaran la yea...

    ReplyDelete
  5. Bagaimanakah cara utk mengatasi masalah tuan rumah tak bayar duit maintenance?

    :-aLCapone-

    ReplyDelete
  6. @alcapone - tunggu besok, entry dah siap

    ReplyDelete
  7. tu la pasal
    manusia suka complain tapi bab2 nak bayar liat
    :-)


    P/S : Bro..komen bro pendek sangat..boleh tak bro komen lagi sekali bagi lebih 7 perkataan :-)

    http://hanspunyablog.blogspot.com/2012/02/pusingan-akhir-contest-gadget-impian.html

    ReplyDelete

Link Within

Related Posts with Thumbnails