Wednesday, April 4, 2012

Dapat RM13 RIBU. Alhamdulillah

Quick question, mana lagi best

1) Dapat RM13 ribu hasil dari masuk pertandingan?

atau

2) Dapat RM13 ribu duit kita yang kita beri pinjam kepada orang, yang kita tak pasti bila dia akan pulangkan dan ada possibility dia tak pulangkan langsung, which at the end kita dapat balik duit kita?

Rasanya senario 2 lagi best betul tak?


Senario 2 adalah something yang saya rasa bila saya letak down payment untuk rumah yang saya nak beli yang mana tak ada progress. Bila saya hantar surat memberitahu yang saya hendak batalkan pembelian, developer cakap within 1 bulan. So selepas 1 bulan berlalu, tak ada apa apa berlaku, buat lah follow up, bila dah masuk bulan ke-3 tapi tak ada sebarang exact date bila deposit akan dapat, saya dah mula goyang, memang terfikir jugak yg tak mustahil yang saya sudah kene 'con'.

Imagine the amount is rm13700. At that time dah terfikir situasi kawan pinjam duit dan duit tu dia tak mampu bayar, so rasanya baik aku belanjakan duit itu untuk diri aku. That time terfikir duit tu baik aku guna utk beli moto yamaha LC Extreme Spirit.

Dan paling saya ingat, waktu tu shopping dekat carrefour, sajer ushar2 bahagian TV, nampak satu tv sharp yang besar, rasanya 65 inci dan harga rm5999. Pendek kata kalau tetamu masuk rumah, tv tu la yang akan ditegur terlebih dahulu. haha, kalau pencuri masuk, tv tu jugak la yang akan dicuri terlebih dahulu. Dalam hati cakap, kalau beli tv ni rm6 ribu, ada balance lagi 7ribu, byk lagi tu.

So at the end, dpt balik deposit oleh developer, memang la release, gila ko nak kumpul duit sebanyak tu bukan sekejab. Bila dah dapat ni, takde laa terasa nak angkat moto mahupon TV. Akan guna untuk downpayment next house, moga dipermudahkan urusan untuk rumah seterusnya nanti.

p/s: header tarak. tgh nk tunggu brother jejai siapkan header, tapi minimalist design macam ni pon best jugak

Klik LIKE kalau suka Entry Ni

12 comments:

  1. Alhamdulillah dapat semula.
    13k, rabak nak mengumpulnye.......

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... dapat duit tu balik kann.... boleh la buat kenduri kesyukuran skit -blanja kengkawan...hehehe

    ReplyDelete
  3. tunggu 'kawan' nak bayar balik hutang tu yang sakit hati...;) lepas sebulan sebulan tangguh... huh inilah kawan...

    ReplyDelete
  4. Masyukkk.. boleh open table ni.. hehehe.. burger kaw-kaw pun jadilah.. hahaha

    ReplyDelete
  5. Tahniah dah dpt balik deposit... mesti lega kan... alhamdulillah...

    ReplyDelete
  6. Wokeh..Noted Boss..tunggu idea menjelma dulu..hahaha

    ReplyDelete
  7. beshnya ada byk cash kat tgn tu ;)

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah...kalau itu adalah rezeki yang ditentukan Allah, siapa sangka.

    Pernah beberapa kali alami juga situasi mcm ni - kes yang agak klasik, tertunggak lebih 5 tahun, projek pun entah mana hilang tetapi dihubungi minta no akaun.

    mungkin dia bertaubat, nak pergi haji, perlu langsaikan segala hutang?

    ReplyDelete
  9. mesti lega rasa kan...banyak benda bleh buat dgn 13K tu...;)

    ReplyDelete
  10. klau dah tertulis itu hak kita..lambat atau cepat tetap dpt ke kita juga..

    ReplyDelete
  11. 1Malaysia semua...

    Daripada anda semua blog 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

    Kalau takut dan tidak yakin, boleh lah cuba invest sikit sikit. RM 2300, boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

    Kalau berminat, sila layari :

    (Versi English)
    http://ReadandDecide.blogspot.com/2011/10/uinvest.html


    (Versi Melayu)
    http://PelaburanHartanah.blog.com


    ( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


    Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

    Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

    ReplyDelete

Link Within

Related Posts with Thumbnails