saya dpt berita dari kak ngah sekitar 6 pagi dan sempat buat update ringkas diblog. kemas pakaian dan uruskan anak2, dalam pukul 8 saya shoot dari kl, dari rumah menuju ke tol jalan duta memang sesak, agak tertekan juga bila diberitahu yg abah akan dikebumi selepas zohor. apapun selepas masuk highway, perjalanan lancar dgn kelajuan sekitar 140 kmh. saya sampai dalam pukul 1:20pm, waktu tu abah sedang dikapankan.
paling pilu adalah sewaktu saya mencium dahi abah yg dah selesai dikapankan. masih teringat lagi sejuk dahi abah yang selesai dimandikan. wajah abah nampak tenang, dia pergi dengan aman, tiada sesalan, melalui hidup yang setiap bapa idamkan : membesarkan anak anak yang berjaya dan menyayangi orang tua.
jenazah abah dibawa ke masjid untuk disembahyangkan dengan van jenazah, saya duduk didalam van sewaktu perjalanan dari rumah ke masjid dan dari masjid ke tanah perkuburan. selesai disembahyangkan, masa telah tiba untuk mengkebumikan abah. saya sendiri telah masuk ke liang lahat, menurunkan abah dari keranda dan meletakkannya di liang lahat yang sempit dan sekadar muat2 sahaja. selepas itu, papan diletakkan diatas liang lahat sebelum tanah ditimbus.
Selesai menimbus tanah, talkin pun berlangsung, setiap bait talkin itu memang mampu menginsafkan sesiapa yang mendengarnya. selesai talkin, kami adik beradik berlima masih disitu membaca surah2 lazim alquran untuk abah. cuaca hari itu redup dan dirasakan sangat selesa. sekitar pukul 4. pulanglah kami kerumah sebagai anak yatim, yang sudah tidak lagi berayah.
semoga tenanglah abah di alam barzakh. semuga anak mu ini rajin memanjatkan doa dan amalan untuk abah disana.
Klik LIKE kalau suka Entry Ni
Salam Takziah dari saya dan al-fatihah utk arwah, moga rohnya dicucuri rahmat.....
ReplyDeleteSalam Takziah juga dari saya dan al-fatihah utk arwah, moga rohnya dicucuri rahmat...jadilah ank yang soleh yg setiasa mendoakan mak ayah sebelum/sesudah ketiadaannya..
ReplyDeletesalam takziah buat kamu sekeluarga. semuga rohnya di cucuri rahmat. alhamduliah beliau berbahagia dapat anak-anak yang baik dan menggembirakan beliau. Jaga mak baik-baik yer
ReplyDeleteSalam takziah bro, Semoga Roh Arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman..Amin. Diharap bro sekeluarga tabah menghadapi segalanya..
ReplyDeleteTakziah utk hang sekeluarga..Semoga roh arwah abah hang dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman..bykkan berdoa utk arwah..
ReplyDeletede 9W2LPP
Salam takziah..
ReplyDeleteSalam takziah dan Al-Fatihah
ReplyDeletetakziah.
ReplyDeletesalam takziah mat joe
ReplyDeletetakziah mat joe :(
ReplyDeletesalam takziah buat matjoe sekeluarga. semuga tabah. alfatihah buat arwah..
ReplyDeleteSalam takziah kami hulurkan, semoga semua berjalan dgn lebih mudah dan redha.Al Fatihah...
ReplyDelete1Malaysia semua...
ReplyDeleteDaripada anda semua blog 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.
Kalau takut dan tidak yakin, boleh lah cuba invest sikit sikit. RM 2300, boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.
Kalau berminat, sila layari :
(Versi English)
http://ReadandDecide.blogspot.com/2011/10/uinvest.html
(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com
( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)
Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.
Belum cuba belum tahu, selamat melabur.
Salam.
ReplyDeleteTakziah kepada keluarga arwah dan Al-fatihah kepadanya, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Salam takziah buat Matjoe sekeluarga.
ReplyDeleteInsyaAllah moga kita semua dapat bertemu semula di Jannah.
Al-Fatihah.
Amin.
Salam Takziah...
ReplyDeleteTakziah bro..tabahkan hati..kami doakan semoga roh arwah sentiasa mendapat rahmat Allah dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.Aminn.
ReplyDeleteAl-Fatihah
Salam takziah.
ReplyDeleteAlfathiah buat Arwah.
Aku mendoakan beliau ditempatkan di kalangan orang orang yang mendapat Rahmat Allah.
Amin.
Matjoe...salam Takziah. Doa anak2 yang soleh adalah antara 3 bekalan terakhir untuk arwah ayah. Semoga rohnya dicucuri rahmat....
ReplyDelete