Seorang agen hartanah mengiklankan sebuah rumah untuk dijual, misalnya Pangsapuri Cemara di Bandar Seri Pemaisuri, pada harga rm20 ribu lebih rendah dari harga pasaran. harga pasaran rm150k, jadi agent tu iklankan pada harga rm130k. Sebagai seorang yg sedang mencari cari rumah, tentulahlah merasa tertarik dengan harga yang lebih rendah daripada biasa.
hakikatnya agent hartanah tu memang tak adapun rumah yang untuk dijual pada harga rm130k, tapi ada yang hendak dijual pada harga rm150k. tujuan nya hanyalah untuk memancing prospek pembeli. bila dah dapat prospek, dia akan cakap yang rumah rm130k sebenarnya dah dijual tapi dia ada 1 lagi unit di apartment yang sama untuk dijual.
So untuk harga rumah yang dicadangkan, diceritakan kelebihan berbanding rumah rm130k rekaannya itu, misalnya renovation, kitchen cabinet, plaster ceiling, swimming pool view dan sebagainya. interesting rite, pernah face the situation tak?
Memang tak beretika kan? Persoalannya ianya pada anda, ianya HELAH atau TIPU
Klik LIKE kalau suka Entry Ni
oooo penah gak kena camni...tapi taktik je rupanya eh..
ReplyDeleteianya macam lebih kepada teknik menarik pelangggan secara berhelah dalaman.. huhuhuu
ReplyDeletekreatif! hehehe...
ReplyDeleteTaktik berniaga ni.. Biasalah tu :D
ReplyDeletekita masih punya pilihan
ReplyDeleteSungguh licik org2 nk berniaga ni ye... Lepas ni kena hati2lah kalau nk beli rumah ke2
ReplyDeletesebenarnya pilihan di tangan anda ... harga rumah dan keadaan rumah secara bandingan boleh dikaji secara mudah dengan bantuan internet... jgn malas survey internet tu... siapa malas mengambil tahu akan kena tipu bukan dgn ejen hartanah saja bahkan dgn ejen2 yg lain juga.. buka mata buka minda..
ReplyDeletebagi Aspen, ni bukan helah...ini penipuan. Serius. Mana boleh mengada2kan benda yang takde. Kalau berani terus je jual rumah yg RM150k tu...erm...pembeli kn lebih detail.
ReplyDeletedah boleh agak orang mana yang buat camtu...
ReplyDeletemmg kena hati2 dengan REN. mereka hanya org2 biasa yang bekerja sebagai salesman kepada real estate agent berdaftar. so kalau terdesak, etika pun mereka boleh langgar
ReplyDeleteAda jugak agen lagi hempeh, siap tulis rumah untuk dijual, pinjaman bank dan loyer disediakan..
ReplyDeleteWalhal pada hakikatnya rumah tu rumah lelong, bila kita call dia suh isi borang utk masuk lelong..
Makin hampeh agen sekarang ni..
penipu la tu...pernah jugak kena macam ni....seb baik sy tak yakin ngan cakap dia...
ReplyDeleteaku sebagai agent hartanah turut terasa tempias di atas permainan2 seperti ini....tapi itu lah.....xsemua yg kaki pusing...
ReplyDeletekalau kalian2 semua ingin bertanya ttg hartanah,boleh email kepada saya hotproperty99@gmail.com insyallah yg mana saya buleh bantu ..saya bantu....kalau ada apa2 kesangsian pasal jual/sewa hartanah juga boleh email pada saya....insyallah
ReplyDelete