Thursday, May 3, 2012

Khairat Kematian Itu Bagus

Kematian ayah saya membuatkan saya sedar yang Khairat kematian itu bagus. Sebelum ni saya tak tahu pun yang ayah saya menjadi seorang ahli dan membayar yuran khairat kematian sehinggalah saya dapat tahu apabila  selesai majlis pengebumian.

Konsepnya mudah, jika berlaku kematian, makan badan khairat kematian akan menguruskan segala yang perlu disempurnakan untuk mayat, dari urusan:

-bawak balik jenazah dari hospital ke rumah
-memandikan jenazah
-mengapankan jenazah
-penggalian kubur
-urusan talkin.
liang lahad

macam saya cerita dalam entry Meninggal Mudah, Kebumi Lancar, urusan kebumi semuanya lancar, dah ada 'team' yang siapkan semua perkara diatas. Imagine meninggal pagi  lepas zohor dah boleh terus tanam. Kalau abah saya tak masuk persatuan ni, mahu menggagau jugak anak2 menantu nak mencari orang untuk uruskan jenazah.

Rupanya ayah saya dah bayar sampai tahun 2014. So urusan pengebumian semua bernilai rm597.50, dan waris akan sepatutnya dapat rm700, jadi tak perlu bayar urusan kebumi dan waris dapat balance rm102.50.

Pengajaran disini, masuklah persatuan khairat kematian.

Klik LIKE kalau suka Entry Ni

6 comments:

  1. biasanya bergantung pada satu komuniti itu yang nak gerakkan benda macam ni.
    paling mudah kita gerakkan melalui kariah masjid.

    ini sebenarnya adalah salah satu konsep takaful juga.

    ReplyDelete
  2. betul tu bro... biasanya masjid dan surau ada tabung khariat kematian nie...

    ReplyDelete
  3. tambahan..

    lagi cantik kalau setiap negeri dapat buat macam skim kifalah yang ada di kelantan.
    lepas umur 60 tahun, automatik masuk skim warga emas percuma.

    ReplyDelete
  4. betul tu.. selalu masjid dan surau ada anjurkan perkara ini

    ReplyDelete
  5. Wajib masuk khairat kematian sebab ? Sebab semua pun wajib mati...Ala, tak banyak pun kan Mat Joe, kalau kat kawasan Aspen cuma RM120 setahun.

    ReplyDelete
  6. Bagi individu khususnya umat Islam yg masih belum mengambil khairat kematian boleh mnghubungi Saya yg mewakili yayasan muamalat yg kini giat membantu menyebarkan tentang kepentingan khairat kematian.bagi individu yg tinggal di negeri Sembilan boleh trus jumpa dgn sy Mustaqim,017-6265879.

    ReplyDelete

Link Within

Related Posts with Thumbnails