Wednesday, October 3, 2012

Apa itu 'Sinking Fund'

Dana tenggelam? Pelik benar bunyinya, tapi rasanya semua refer kepada term 'sinking fund'. Jadi topik blog entry hari ini adalah apa itu 'Sinking Fund'. Selama ni saya bayar sahaja dan dapat pemahaman yg duit tu digunakan bila cat dah pudar dan bangunan perlu di cat semula. Tapi pada suatu hari, ada tertampal di maintenance office satu artikel yang bertajuk 'What is Sinking Fund'

Dalam artikel itu, tanpa memberi jawapan terus, artikel ini bermula dengan memberi satu kenyataan yang Semua Orang Perlu Membuat Simpanan, tak kiralah untuk apa jua tujuan seperti berkahwin, bercuti mahupan beli tv lcd 60 inci. Begitu jugak untuk apartment, satu dana yang dinamakan 'sinking fund' ini telah diwujudkan simpanan untuk tujuan tertentu dimasa akan datang. Data ini tidak melibatkan perbelanjaan harian sebaliknya disimpan dalam satu akaun berasingan dan hanya digunakan apabila perlu

Antara contoh tujuan tertentu di masa akan datang ialah sekiranya lif dah berkarat teruk sehingga perlu digantikan. Duit dalam dana inilah yg akan digunakan, kalau nak kutip duit apabila telah terjadi tentunya ramai yg keberatan. Lagipun dana ini adil sebab setiap orang bayar sepanjang tahun dan kos pembaikan dibahagi sama rata. Mana adil baru beli apartment, tiba2 lift kene tukar dan perlu bayar beribu untuk baiki lift.

Jadi dengan mudah, sinking fund ada fund yg digunakan utk membaiki atau menukar terus benda atau kemudahan yg terdapat didalam apartment itu sendiri yang mana tak melibatkan perbelanjaan berkala (harian, tahunan dan bulanan). Berikut adalah senarai perkara yg boleh menggunakan sinking fund.

1) Sistem Alarm Api
2) Pam
3) Tangki Air
4) Atap
5) Longkang
6) Cat Baru Common Area (Haha, ni yg sy 1st understand)
7) Karpet baru di common area
8) Repair work to kerbstones, footpath (apa ekk?)

Now you know.  chewahh...

Klik LIKE kalau suka Entry Ni

17 comments:

  1. Baru faham betul2 apa itu sinking fund... Hehe tq matjoe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 bro. ingatkan dah xde org mau komen

      Delete
  2. saya ingatkan untuk sink rumah kita tu. Kalau sumbat dia boleh tukar baru.. ekekekekeek

    ReplyDelete
  3. oooooo..masa office ari tu amik loan dgn cimb..dia org suruh co. bulan2 byr sinking fund...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap bulan kene bayar sekali dgn maintenance fee

      Delete
  4. memang semua orang ingat sinking fund tu untuk cat baru building. sekarang baru tahu yang sinking fund tu boleh guna untuk tujuan2 lain. tapi rasanya semua ni dibawah bidang kuasa JMB kan?

    ReplyDelete
  5. mat joe, macam mana penduduk nak mengawal "sinking fund" ni dari disalah guna/seleweng oleh orang2 management office? i.e. ada tak mana2 akta yg mengkehendaki persetujuan penduduk sebelum "sinking fund" ni boleh digunakan utk apa2 tujuan pembaikan/penukaran yg dicadang oleh management office di apartment?

    :-aLCapone-

    ReplyDelete
    Replies
    1. gua no answer, i think there might be some kind of written rules utk guna that money

      Delete
  6. sinking fund ni duit maintenance yang kita bayar bulan2kan untuk rumah apartment, betul ke?

    ReplyDelete
  7. Baru beli apartment,so tertanya gak apa tu sinking fund..tq

    ReplyDelete
  8. tapi kan kdg2 ade juge penduduk yang tak mau faham pasal sinking fund ni ...dah terang banyak kali pun still tak faham ... susah juga ...

    ReplyDelete

Link Within

Related Posts with Thumbnails