Monday, December 3, 2012

Embun Residence Puncak Saujana Kajang

Embun Residence Puncak Saujana Kajang telah dilancarkan pada 1 Disember 2012. Saya hanya sempat melihat bunting berkenaan projek ini dalam perjalanan saya ke Restoran Ros Sari di Banfar Tun Hussien Onn untuk bungkus lauk. Kenapa ianyanya menarik perhatian saya untuk buat entry? Tentulah ada kisah disebalik projek sebelum ini daripada pemaju yang sama, TPPT Sdn Bhd.

 Embun Residence Puncak Saujana Kajang

Kali pertama dengar developer ni adalah bila seorang housemate beli apartment di Jalan Kelang Lama. Mana boleh lupa sebab TPPT bermaksud Tabung Projek Perumahan Terbengkalai. Tak kisah la, yang penting rumah housemate ni siap on-time dan saya dah selamat pergi housewarming dia berberapa tahun lepas. From that on, selalu saya ushar projek - projek perumahan  yang ditawarkan oleh TPPT. Yang paling saya ingat, sebelum kawin lagi waktu tu, saya berminat dengan harga sebuah projek di Puncak Saujana Kajang untuk rumah teres 2 tingkat yang bersaiz 20x70 pada harga dari RM175k.

Atas sebab rasa lokasi pada ketika itu jauh dan salary time tu entah lepas entah idak, saya scrap jer la the idea untuk beli. Lokasinya ajak jauh kalau dari KL. Tapi bila saya duduk di BMC, dah tak rasa lokasinya jauh sangat. Lokasinya  seperti gambar dibawah


Bila saya dah kawen, ada 1 lagi projek di tempat yang sama, cuma harganya lebih 200k, that time rasanya gaji lepas tapi part lokasi tu belum boleh rasa dekat.

Fast forward to 2012. Embun Residence dilancarkan pada harga bermula Rm225k selepas discount bumiputera. Untuk 2012 harganya boleh dikatakan mampu milik dan masuk akal lagi. Tapi bila ingatkan teres 2 tingkat rm175k, terasa bertapa mendadaknya harga rumah naik. Actually projek ini adalah projek townhouse 4 tingkat sahaja.

Menurut iklan lagi cuma terdapat 300 unit untuk dibeli. Keluasan juga boleh tahan luas, 1100+ sq ft kalau tak salah. Bolehlah berkira2 untuk beli, harga boleh cakap reasonable la considering keluasan dan lokasi. Hurry, anda fikir akan datang harga akan turun, rasanya tak. Jadi belilaa kalau suit the budget(+ rasakan lokasi sesuai dan berbaloi), or kalau delay lagi takut harga sudah tak terjangkau (melainkan gaji anda naik sejajar dgn kenaikan harga rumah)

Layout jugak boleh tahan menarik(nape bedroom 2 lebih besar ekk):

Embun Residence Floor Plan


Lagi info: Embun Residence TPPT 

Klik LIKE kalau suka Entry Ni

20 comments:

  1. masih bercita2 nak memiliki rumah teres juga.. cuma harga yang gila2 buat tak mampu.. ada yg murah jarak pulak tak sesuai dengan tempat kerja..

    ReplyDelete
  2. harga memang berpatutan...utk thn ini laaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul tu bro. harga mmg dah cun, tapi lmbt2 kang takut dah x tergapai dan boleh settle dgn apartment jer. at least this one not so dense

      Delete
  3. Alhamdulillah saya berkesempatan utk book satu unit di Embun Residence last weekend. Dimana logic nya membeli disini? Mudah :- utk investment purpose. Saya nak share few thoughts on this..

    1 ½ tahun lepas saya berkesempatan untuk beli satu terrace unit di Cinta (20’x70’), juga di Taman Puncak Saujana. Belum dapat kunci lagi walaupun dah siap. Target February 2013. Embun Residence ini hanya bersebelahan dgn rumah teres saya. Harga CInta dulu RM295K. cuba teka sekarang berapa? Beberapa agent dah called dan offer saya RM450K untuk unit saya! Itu dah 53% increase! Diingatkan rumah saya ni belum pun lagi dapat Certificate of Fitness… jadi tuan2 boleh bayangkan..

    Secara kesimpulannya, saya nak share the strategic location of this Embun Residence. Ia bukanlah suatu development bersendirian; tetapi ia adalah satu project hybrid berkelompok dalam kawasan Taman Puncak Saujana; yang mana merupakan pembangunan residential hybrid – iaitu menggabungkan perumahan teres 2 tingkat (Sri Kasih, Cinta, Akasia), semi-D, High-rise condo (belum launch) dan town house (contohnya Embun Residence). Apabila fully siap, akan ada pula dewan dan masjid.

    In the future, developer akan buat satu Exit dari highway LEKAS utk masuk ke area Tmn Puncak Saujana. MRT Stations pun dekat. Saya dah ukur (kat google maps lah tapi..) the nearest one will be Saujana Impian MRT station, 3.4KM je jarak.. good enough for me..

    Jadi, saya cadang para pembaca memberi consideration yg serius utk membeli unit di Embun Residence ini atas sebab2 yg saya cerita tadi. RM225K – RM260K is the price range. Ketika nak beli tu, pening jugak nak pilih type mana, sebab dia ada 11 jenis built up types! Ada 13 blocks kesemuanya utk 300 unit rumah.
    Masa saya nak balik dari launching event last Saturday (1 december 2012), sempat saya tengok rumah available. Saya rasa almost 100% ground floor (atau di gelar tingkat 1) dan tingkat 2 dah sold out. Tapi tingkat 3 & 4 masih ada rasanya..
    Jadi…cepat sebelum terlambat! Harap ini membantu. 

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kene cepat, baru boleh pilih unit2 yg bagus. any property will likely to appreciate in term of price. cuma beza sama ada naik banyak or sikit ajer.

      kalau i nak beli i'll choose 2nd floor

      Delete
    2. TPPT ade bg master plan tak untuk taman puncak saujana kajang ni? nk jugak tau future development kat area situ.

      Delete
  4. harga macam tu pun rasanya macam tak mampu lagi nak beli..sob3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. x mampu sekarang, insyaAllah one day akan mampu. simpan duit dan dptkan kenaikan gaji.

      Delete
  5. Al-sus bila lagi mau angkat projek TPPT?
    Oh ya, built quality mungkin kurang memuaskan.
    Tapi berbaloi untuk harga dan keluasann.

    Kali pertama dengar developer ni adalah bila seorang housemate beli apartment di Jalan Kelang Lama <- aku la tu, haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli umah mcm beli boxer short ka?? xde bullet kot. next year likely akan beli subsale kot. tu pon kalau price is right

      Delete
  6. sy sempat beli teres last phase(MANJA 2) kat area situ sbb ade org xlepas loan. harga mmg berganda2 la dr phase yg sblum tu.. xsanggup nk tunggu2 lg dah..

    ReplyDelete
  7. syukur pinjaman perumahan diluluskan...so sekarang tggu je rumah siap......
    selamat berjiran...

    ReplyDelete
  8. syukur pinjaman perumahan diluluskan...so sekarang tggu je rumah siap......
    selamat berjiran...

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. rumah manja dah hampir siap...95%..alhamdulillah
    ada sapa2 beli rumah manja..jom kita ngeteh...

    ReplyDelete

Link Within

Related Posts with Thumbnails