Thursday, January 10, 2013

Multi Purpose Insurans Run 2013

Multi Purpose Insurans Run 2013 adalah satu pengalaman baru untuk saya yang baru nak mula berlari.
Ini kerana:

1) Jaraknya lebih 1km, which is 8km dibandingkan larian pertama saya di Malakoff KL Run 2012 yg jaraknya 7km

2) Ada D-tag pada running bib yang mencatatkan berapa lama jangkamasa larian.

3) Ada finisher medal (which i'm so excited) berbanding Malakoff yang cuma ada sijil yang perlu cetak nama sendiri.

Before we start, apa google translate untuk Multi Purpose Insurans Run 2013 dalam bahasa melayu?



PERLINDUNGAN pelbagai guna menjalankan 2013? LOL

Acara larian pertama saya untuk tahun 2013, pada hari ahad 6 Jan. Hari Khamis ambil race kit di Majlis Olimpik Malaysia. Hari Sabtu buat larian sejauh 3km sekitar rumah sebagai persediaan untuk lari pada esoknya, Ahad. Jumpak dgn geng lari Zul Hidzir which also my Seratas Junior sebelum larian bermula

Partner Lari - Zul

Berjumpa dengan the famous Big J. Big J is a half marathon finisher, kali ni dia lari untuk jarak 12km. I know Big J sejak saya membaca blog BWC.my. BWC adalah akronim kepada Because We Can merupakan group running yang saya join we gather and run at TTDI Park. Click on the link for the blog and here for BWC FB Page

Big J pun dari 12km, while me only 8km

Pelari jarak 8km dilepaskan pada pukul 7:20, Seramai 1200 orang masuk dan peserta lelaki dan perempuan dilepaskan serentak
What in from of me at the starting line

What behind me at the starting line

Strategi kononnya nak lari phase yang slow kemudian baru laju, tapi disebabkan geram orang dekat depan jalan kaki lenggang jer, terus jer lari laju (laju by matjoe standard is still slow) sebab nak potong untuk dapat more space to run. Laluan tak berbukit macam Malakoff, malah lagi banyak turun bukit. Terdapat 2 water station sepanjang laluan 8km, strategy saya nak terus lari sampai water station kedua baru berhenti untuk minum.

Everything goes according to plan, lagi ikut kemampuan, 8km ni bila lari ramai-ramai tak terasa sangat jauhnya. Kalau boring boleh tengok keliling, tengok pemandangan tapi saya lebih suka tengok attire yang runner yang overtake saya, kasut(which brand), baju, seluar, n other running gear. Dan biasanya kalau ada perempuan overtake, ada la hasrat untuk mengejar, tp sebab dah memang slow, memang tak terkejar jugak la.  Rasanya there first few KM jer potong orang, the rest tu macam dah tak boleh potong orang lain dah.

Sampai water station kedua dalam jarak 6km, minum air 1 papercup, minum isotonik 1 paper cup dan teruskan lari, dalam laluan nak sempai ke Bank Negara ada seorang runner pengsan, nasib baik runner lain selamatkan dan panggil Medic team. Selepas tu, tak jauh dah nak tamat kan lari. Bila nampak gerbang "Finish" tu memang terus berlari ke garisan penamat dgn sekuat hati. Di hujung garisan penamat, ada petugas memberikan Finisher Medal. Memang habis gembira la dapat medal pertama.

Saya tamatkan larian 8km dgn masa 54 minit 35 saat dan dapat tmpt ke 288 dari 545 pelari lelaki dalam kategori 8km

Selepas lari, kutip goodie bag, bergambar bersama runner, beratur untuk makanan dan minuman yang ada. Looking forward untuk jumpak blogger Aslam dan Adam Dzhirhan. Too bad Aslam injured dan tak lari manakala Adam Dzhirhan got to leave early after the race.

So after the race i met this man. Yim the Sarongman . Yim ni seorang runner yang hebat dan merupakan 100 miles finisher (160km punya jarak to bro). Untuk acara pendek2 macam ni, biasanya dia akan lari pakai kain pelekat jer. Dia memang famous dalam running community

Sarong Party Man - Yimster

Banyak juga booth untuk makanan dan minuman. Milo, Isotonik H20, Nestle Fitness Cereal, Aiskrim Mat Cool dan Mamee Chef Mee Segera. Guest what? nak minum milo la paling lama nak kene beratur.

Brother MILO, senyum la sikit, nak masuk blog ni

Mee Segera Mamee My Chef - Sedap sehh, nak pulak baru lepas berlari

Masa untuk bergambar dengan finisher medal

I've completed 8km distance.

Yeayy \O/

Again with Zul

TM Colleague

The race is well organise, my only complaint:
1) Lack of toilet - since the run have 5000 participant, harus la sediakan 20 toilet, from what i see it's only 10, memang beratur panjang
2) Lebih lori untuk Milo - sebab cuma 2 tong Milo sahaja yang ada, nak beratur untuk dapat air milo bukan main lama.

Multi Purpose Insurans Run 2014 telah ditetapkan pada 5 January. Kalau ikut seronok memang nak masuk sahaja setiap tahun, tapi sign up for race it's not cheap jugak. Dah rasa few run in 2013 nanti, jadi untuk 2014 rasanya hendak juga jadi selektif dgn budget yang ada.



Klik LIKE kalau suka Entry Ni

12 comments:

  1. tahniah bro... Nanti kita akan lari bersama juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru nak bergambar kasut sama model dgn ko. ahaha

      Delete
    2. kasut aku dah hitam pijak becak... hahah..

      Delete
  2. alahai....apasal takde gambar awek berlari dalam ini gambar...hahahaha

    ReplyDelete
  3. wo baru 2 kali lari..dah nampak kurus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, prior to running 2 event tu, byk gak prepartion, dpt la shed few KG.

      Delete
  4. ala..rugi saya tak boleh join sebab ada exam pagi tu.. huhuhu

    ReplyDelete
  5. COngrats bro!! Keep it up...only the sky is your limit...hehe..nampak gaya mcm ramai jgk runners kat area2 Kajang nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro duduk kajang ker, aku tak kenai sangat. aku hari sabtu aku lari dgn geng BWC.my dekat taman tun. harap one day boleh jumpak

      Delete
    2. InsyaAllah we'll meet at the Brooks..hehe

      Delete

Link Within

Related Posts with Thumbnails