Thursday, January 3, 2013

Sampel Surat Pemamatan Perjanjian Sewa Rumah

Kalau ada situasi kita tak puas hati dengan prestasi penyewa yang bayar lewat sewa dan kadang bertangguh bayar, ada baiknya kita minta dia keluar dan cari pemyewa lain. Sebenarnya pengalaman saya SMS pun sudah cukup, tapi untuk make it more professional, ada baiknya jumpa secara face to face dan bagi surat dibawah, kalau payah nak jumpa, selitkan bawah pintu.

Tarikh:  1 Jan 2013
Encik Asraf Khalid
No. 33, Jalan Budiman 1/1
Taman Desa Budiman,
Bandar Sungai Long
43100, Hulu Langat,
Selangor

Perkara: Penamatan Perjanjian Sewa Rumah No. 33, Jalan Budiman 1/1 Taman Desa Budiman.

Merujuk kepada perkara diatas, saya Encik Azizul bin Abdul Majid selaku Pemilik rumah No. 33, Jalan Budiman 1/1 Taman Desa Budiman, merujuk kepada Perjanjian Penyewaan Rumah Untuk Kediaman yang bertarikh 15 Jun 2012, dibawah tajuk PERSETUJUAN TUAN RUMAH DAN PENYEWA muka surat 10 dan 11 perkara 3 dan 6 iaitu:

perkara 3: “Sekiranya sewa bulanan tidak dibayar serta menjadi tunggakan ke bulan berikutnya maka penyewa bertanggungjawab membayar pada tarikh yang dipersetujui dan dijanjikan dengan Tuan Rumah. Sekiranya tiada bayaran diterima pada tarikh yang telah dipersetujui, wang cagaran akan digunakan untuk membayar tunggakan tersebut dan Tuan Rumah berhak untuk menamatkan perjanjian penyewaan ini”

perkara 6: “ Tuan Rumah berhak untuk menamatkan tempoh penyewaan ini sekiranya berlaku pelanggaran atau bila mana Tuan Rumah berkehendakkan semula Rumah tersebut bagi apa-apa tujuan dengan mengemukakan tidak kurang dari satu bulan (1) notis bertulis kepada penyewa”

Dengan ini saya memberi 1 bulan notis untuk mengosongkan rumah ini mulai 1 Jan 2013dan tuan diminta keluar pada 1 Februari 2013. Tuan juga dikehendaki membayar sewa yang bertangguh sebanyak rm900 melibat sewa bulan Disember 2012 dan rm900 untuk sewa Jan 2013 pada atau sebelum 31 Jan 2013

Sekian .Terimakasih


………………………
Nama:



So boleh copy paste dan ubah mengikut ciri rumah sewa anda. kalau yg mau sampel perjanjian sewa yg dirujuk dalam surat ini, boleh email saya di matjoe9498@gmail.com




Klik LIKE kalau suka Entry Ni

30 comments:

  1. teman pun dah draf notis nak bagi kat penyewa yg kerap bayor lambat...tq yeop...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tak awak bagi contoh notis tamat sewa kedai sbb saya kurang arif ttg surt menyurat...

      Delete
    2. boleh tak awak bagi contoh notis tamat sewa kedai sbb saya kurang arif ttg surt menyurat...

      Delete
  2. selalu lembut hati................. ada tips
    alhamdulillah satu rumah lagi dapat penyewa yang bagus

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki la. masa penyewa datang tengok tu select betul2 la. ni in case dah fed up dan decide nk cari tenant baru

      Delete
  3. Replies
    1. more like to show yg kita serious, ye la, sewa kan pendapatan kita. kalau penyewa tak bayar, maka pendapatan dari sewa tu tak ada

      Delete
  4. Leh la guna nanti bila terminate penyewa nanti, jika perlu la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bookmark this entry bro. bila perlu boleh guna template

      Delete
  5. Nice!. Thank you very much. Maybe akan be very helpful one day.

    ReplyDelete
    Replies
    1. u r welcome. harap one x perlu guna

      Delete
  6. Ada jugak eh benda alah ni..serius tak pernah terpikir..tapi harapnya penyewa2 semua ok dan tak perlu la guna surat ni... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku reader tanya aku, so alang2 dah jawab soklan dia, aku bikin la entry

      Delete
  7. askm.

    i pernah e mail kat officer in-charge tapi tak jalan, dia buat dek jek. Kita dah lah bukan org senang, nak repair dan ganti itu ini melebihi kos 2 bulan deposit. Dah muak, i buat satu entry dlm blog tapi cover lah nama2 yg terlibat tu and gave the boss (director) and officer tu the link. hah! melompat dia hehehhe... boleh pulak jawab call

    ReplyDelete
    Replies
    1. i mcm x follow you. ni surat kasik sama tenant. officer mana yg dimaksudkan

      Delete
  8. Baru sebulan tak bayar. Dah boleh bersedia kot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung kepada pertimbangan bro. kalau 1 bulan tu, tanya la dulu nape xle bayar

      Delete
    2. fazrol aku rasa ko dah boleh kasi notis.. sbb penyewa ni akan kasi mcm2 alasan supaya xkuar... rumah tak dapat lagi la.. nak minta tempoh la.. lagi ko akan sakit hati.. aku dah kene semalam.. bengang giler

      Delete
  9. org mcm tu mmg tak tahu bersyukur... sy dan suami cukup ssh nk mencari rumah sewa, rumah skrg yg kami sewa tak pnh misbayar... time gaji trus smpkan tuan rumah pun lupa dh kami dh byr ke belum... org dah bg sewa tu, bayar je lah kan.. lau tak nak byr, buat umh... atau dok je umah sndiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 mereka ada masalah sendiri, tapi kadang2 ada yang memang take for granted sewa, org yg camni yg kena kasi notice

      Delete
  10. aku baru bergaduh semalam pasal penyewa tak nak kuar.... sewa dah 2 bulan tak bayar.. pastu bile aku pi rumah dia siap ugut2 nak pukul aku then cakap aku x boleh ceroboh rumah dia... bangang punye org.. umah aku sendiri kot suka ati aku la kan... dah x bayar sewa, lagi nak buat bising... tapi rumah tu dah mcm rumah setinggan la aku nengok, pintu pecah.. dinding di tebuk sesuka hati... geram tul aku... semalam aku dah kasi dia notis 1 bulan mcm tuan matjoe buat.. nengok la hujung bulan ni mcm mana dia nak kuar ke tidak... geram tul la dia xnak kuar.. apa aku nak buat ek klu dia xnak kuar? aku dah buntu ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawak perjanjian sewa rumah tu bleh panggil pegawai polis skali utk keluarkan penyewa yg degil. boleh sita rumah tu... tak gitu Mat Joe?

      Delete
  11. terima kasih memang berguna, panas hati dengan penyewa baru sewa xsampai 4 bulan, sewa byr lambat 3 bulan berturut pastu demand nak tu nak ni ada akta tak untuk kes gini ek, nak kasi sedap ayat bagi notis tu hihi, thanks bro

    please email: qemaishak@yahoo.com

    ReplyDelete
  12. assalam abg, sy dah email nak dapatkan tenancy agreement.. bole check ye..

    ReplyDelete

Link Within

Related Posts with Thumbnails