Monday, January 21, 2013

Save Jejai - Blogger Dengan Kanser Paru - Paru Tahap 4

Saya mungkin lambat (sangat lambat) buat entry, Apapaun banner diatas yang bertajuk, Tabung Bantuan #Save Jejai telah lama saya tepek. Kalau tanya siapa rakan blogger yang paling saya rapat? Jawapan saya pertama ialah GTO, kedua adalah Jejai dan ketiga adalah Abang Ensem

Jejai n Matjoe - The Papa Blogger

Kali pertama saya bertemu muka dengan Jejai adalah sewaktu Gatsby Street Fair with blogger. Afterward, memandangkan tempat kerja tak jauh sangat, kami berpeluang untuk lepak lepas kerja dengan Eyriqazz di jalan Doraisami, boleh kira trio papa blogger la.Topik perbualan tak lain blog dan buit duit dari blog. Mulanya Eyriqazz yang dapat advertorial, tak lama selepas tu, dgn kerajinan dan smart blogging dari Jejai, Jejai dapat advertorial.

Anyway maybe ramai yang dah click dan baca entry dalam blog eyriqazz berkenaan dengan Kanser paru paru yang dialami oleh Jai, memang tahap 4 dan it almost 1 tahun. Yep, rawatan telah dilakukan sejak itu, tapi hanya rakan yg rapat sahaja tahu. Sehinggalah pada bulan 8 2012 barulah ada rakan2 buat entry berkenaan status Jejai dibuat.

Menurut blogger yang paling akhir yang datang semasa kenduri adik ipar Jejai di Klang iaitu Kak Ina KL, memang Jejai dah kurus, lesu dan ada masalah untuk ingat mula orang. How sad kan? Itu masa pertengahan Nov. Kali terakhir aku jumpak Jejai masa hari terakhir AE dekat Public Bank dan kali terakhir adalah aku berbual melalui telefon tak lama lepas tu bertanyakan khabar.

Selepas itu memang dah tak dapat hubungi langsung Jejai dan keluarga. Berita terakhir yang saya dapat tahu adalah Jejai dan keluarga nak balik ke Miri, ke kampung halaman Jejai, tapi masih ada masalah sedikit masalah dengan LHDN. Selepas itu memang tak tahu cerita.

Apapun aku doakan yang terbaik untuk Jejai. FYI, Jejai ada 4 orang anak, yang Bongsu tahun ni baru darjah 2, which mean sangat memerlukan bantuan kewangan untuk meneruskan hidup, selain jejai yg nak mendapatkan rawatan perubatan, ada baiknya turut membantu ringankan beban Jejai dengan mendermakan sikit pun takpe dalam akaun mereka


Maybank Acc Je Jai : 164351079691 (Azhar Bin Ramli)
Maybank Acc  Acc No : 164089741562 (wife Je JAI ,Mazliana Othman ) 


Aku faham yg mereka dah tak mahu susahkan orang lain mahupun meminta simpati. Jadi saya dan rakan blogger yg pernah rapat dengan Jejai memang tak akan cuba hubungi, kami doakan yang terbaik. Jika terdapat berita yang ingin dikhabarkan, maka hubungilah kami di blog mahupun di facebook dan telefon.


"Tidak akan berkurang harta orang-orang yang mengeluarkan
sedeqah."

Klik LIKE kalau suka Entry Ni

27 comments:

  1. mari kita sama2 bantu sekadar kemampuan kita..Insya Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, jom sama sama membantu. moga yg terbaik untuk jai dan keluarga

      Delete
  2. Sedihnya baca... Semoga la dipermudahkan urusan Abang Jejai & familynya... huhuhu

    ReplyDelete
  3. sedih...moga kita sama2 dapat membantu jejai

    ReplyDelete
  4. saya pernah jumpa abang jejai sekali jea. masa event nuffnang.
    semoga ALLAH permudahkan urusan abang jejai dan familynya. amin.

    ReplyDelete
  5. Jejai adalah blogger pertama yang aku rapat...
    Blogger yg tak pernah kedekut ilmu...
    Dengan dia, aku belajar blog bukan saja buat duit...Tapi kawan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer bro, dia mmg bagus, header aku ni dia yang buat. mmg bagus. kawan yg aku akan ingat.

      Delete
  6. hurm............ sejujurnya, den rindu nak sakat dia.. dan, rasanya dunia blogger ni agak sikit muram bila bro jai dah tak aktif lagi berblog sebab sakit..sebab dah tak ada siapa nak sakat rakan2 blog yang lain... miss him so much.. sama2 kita doakan yang terbaik buat bro jai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, dia antara blogger yg besar impaknya dalam komuniti blogger malaysia. aku doakan yg terbaek utk jejai

      Delete
  7. sedih lihat kwn baik kita jatuh sakit begini..moga jejai sekeluarga tabah hadapi dugaan ini

    ReplyDelete
  8. Sedekah tidak akan mengurangi harta kita.. itu yang selalu dipesan oleh tok guru - tok guru.. sedekahlah ikhlas kerana Allah

    ReplyDelete
  9. Bila tengok gambar terbaru dia lagi aku sayu tengok la bro...

    ReplyDelete
  10. saya pun ingin membantu...mudah-mudahan...amiinn...

    walaupun mungkin tak seberapa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Singgit pun bermakna, anak2 dia la perlu dibantu

      Delete
  11. Semoga beliau tabah dan sabar menerima dugaan Allah ini.

    ReplyDelete
  12. Moga kita sama2 dapat.banu jejai.. sama ada doa atau wang ringgit

    ReplyDelete
  13. moga2 bantuan yg diberikan mampu menceriakan hidup mereka sekeluarga....kuatkan semangat bro jejai....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah mudahan. moga yg terbaik utk kawan karib blogger aku ni

      Delete
  14. as salam... kami ade menjual BUKU PERUBATAN AL QURAN RAWATAN KANSER tulisan ayah mertua ASyraf Muslim ( HAJI LOKMAN ABDUL HAMID)... harga RM 50 shj... semoge ianya dapat membantu... berminat sila hbungi 017 782 0844 =)

    ReplyDelete

Link Within

Related Posts with Thumbnails