Wednesday, March 6, 2013

Brooks Half Marathon 2013 - 10km yg telah lama tertangguh

Jarak larian 10km adalah satu jarak yang lama tertangguh, sejak PJ Half Marathon 2004. Goodie Bag dan t-shirt telah diambil tapi sebab ada kenduri di hari yang sama, saya pergi kenduri dan tak berlari. Dan 9 tahun kemudian, barulah selesai hasrat berlari 10km yang tertangguh itu di Brooks Half Marathon 2013.

Dah lari 7km, 8km, kini masanya untuk 10km. Saya jadi antara orang yang terawal untuk register, lagipun kasut lari saya adalah Brooks, excited lebih. Buktinya, saya adalah orang ke-4 yang register untuk kategori 10km lelaki seperti dibawah.
Kiasu in Running - Single digit bib (0004)

Kutipan bib saya buat pada hari Jumaat, orang tak ramai dan saya dah memang tahu nombor bib, jadi proses berjalan lancar. Apapun yang saya dengar ada yg merungut sebab semakan untuk no. bib dilakukan secara manual dan agak tidak lancar apabila bilangan pelari yang mendaftar datang dengan banyak dalam satu satu masa
Tak ramai pun pada hari Jumaat

Sewaktu nak balik, nampak Tristupe.com. memang kenal sebab rajin baca blog dia. Memang sempoi  dan ramah orangnya. Boleh baca entry Brooks bib collection dekat sini

Swim - Bike - Run Daddy

Hari Sabtu sebelum race day, saya sempat berlari 10km dengan BWC gang di Taman Tun. Maybe nak cover balik tak lari Sabtu sebelumnya dan Sabtu depan 9/3 pun tak boleh lari. Malamnya dinner dekat Burger Bakar Abang Burn di Cheras Perdana, moderate eating, bukan carboloading. Setakat lari 10km mengikut tristupe, carboloading tak perlu.

Malam masa nak tido, si Zaquan pulak tak mau tido walaupun dah almost 12:30. Since i plan to wake up at 4:30 am, i mintak wife tolong tidurkan my son (tq Sayang) 4:30 alarm goes off. Wake up dan get ready untuk ke stadium putra bukit jalil. Sampai just about time untuk Half Marathon Flag Off


Run Runners Run

Terima kasih kepada penganjur sebab ubah masa pelepasan 10km kepada 6:45 pagi. Sempatlah pelari muslim yang masuk 10km untuk Solat subuh. Cuma penganjur perlu beri perhatian:

1) Tempat sembahnyang cuma 1 khemah memang sempit, Lebih bagus kalau sediakan 2 khemah, 1 untuk lelaki dan 1 untuk perempuan.
2) Tak ada proper sign that the khemah is actually a tempat sembahyang
3) Lampu dan Kipas ada tapi tidak dipasang. Gelap dan panas waktu sembahyang

Dari kawan2 yang berlari 21km, memang ada masalah tempat sembahyang location. Too short distance from starting line. That mean masa sampai khemah sembahyang yang disediakan, Subuh pun belum masuk

Gelap, panas dan sempit

Lepas sembahyang, terus ke starting line, the 10km category is about to start. Ada sekitar 4 ribu orang berlari untuk kategori 10km sahaja. Jumlah untuk keseluruhan kategori dikatakan mencecah 12 ribu

10km - Lets get it started

I have decided to give  all my best, from the start i terus lari without holding back sebab dah buat proper streching. Dalam hati kata, kalau pancit nanti jalan sahaja la. Larian bermula disemarakkan lagi dengan paluan kompang, rasa teruja dan bersemangat jadinya (apapun that the only sorakan/motivation along the way). Laluan memang ada yang gelap, pelari memang ramai, dan ada laluan yang sempit. Apapun saya memang berlari dengan berhati hati jugak untuk elak dari terjatuh dan cedera. Memang ada perasan jugak ada yang terjatuh, terlanggar kon, harap mereka ok la. Selepasa 15 minit berlari, pada pukul 7, lampu jalan dah ditutup, memang makin gelaplah laluan untuk berlari

Agak kecewa jugak ada yang dah lenggang kangkung jalan selepas 2-3km di tengah jalan. Memang menghalang orang lain yang nak potong. Ada jugak yang berlari diluar kon, memang bahaya sebab kawasan diluar kon tu adalah kawasan yang mana kenderaan boleh lalu. Ada jugak kenderaan yg tak sabar, main bawak sahaja walaupun mereka nampak ramai orang berlari, bab hon kuat2 tu tak payah cakap la. Ada jadi depat mata satu moto ni bawak laju, ada seorang pelari tu keluar dari kawasan kon dan hampir nak bertembung dengan moto ini.

As for myself, tak ingat sangat per kilometer punya experience ( i dont have GPS watch anyway), apapun bila berlari ramai ramai memang lain macam semangat untuk berlari at faster pace. My normal pace is about 7.5 - 8.0 minutes per km, tapi untuk kali ni rasanya lebih laju. Walk a while untuk minum air di 1st water station, then continue running. Ada incline yang agak panjang after 1st water station, tapi masih boleh terus berlari.

Come the 2nd and last water station, kali ni ada 100plus but cuma the 1st tier, the other tier cuma mineral water, since i stop at the last tier memang ada frust sebab no 100 plus. Few minutes run later dah nampak distance marker, 2km to finish line. This time hampir pancit so mental kata dont walk or stop pace memang dah agak slow dan dah tak bertenaga, tapi teruskan jugak, in my mind, i will conquer half marathon someday, 10km shouldnt be a problem. Teruskan berlari sampai lah satu bukit untuk masuk ke stadium. Selepas bukit sudah nampak garisan penamat. Looking at the time, its 1 hour & 9 minutes.

Memang seronok sangat sebab cuma target tak lebih 1jam 20 minit tapi boleh atasi target 11 minit. Bila semak result masa bersih (masa saya melepasi garisan mula hingga garisan penamat) yang saya catat adalah 1 jam 8 minit. Thats mean my pace dah improve menjadi 7 minit untuk 1 km.Overall dapat nombor 600+ dari total 2000+ participant. I dont have the exact ranking since the website cannot be access. Dah tahu orang akan ramai masuk, pandai2 la increasekan bandwidth.

Sampai garisan penamat, dapat sebotol air mineral. Proceed terus ke khemas untuk light breakfirst. Ambil roti Massimo dan tembikai dan minum 100 plus. Sebenarnya kecewa sebab tiada goodie bag,  after light breakfirst terus ke khemah untuk ambil finisher medal

10km completed. Yeay \0/

Beratur untuk breakfirst, roti Massimo

Selepas ambil medal, masa untuk jumpak geng lari BWC. Mula mula jumpak Cason & Roger, actually they saw me first. Cason did Half Marathon in 2:04 which is very good.

Half Marathon Finisher, Cason (Left) & Roger 

Matjoe, Cason & Roger

Selepas bergambar, sambung lagi cari benda nak makan, beratur untuk minum Milo, ada bubur pulut hitam dan Tau Fu Fah, tapi rasa malas nak makan. Then meet up again with the gang, Roger dah balik & Betty just complete her HM.

Posing dengan our small Piala. 

freestyle shot. aku muyskil macam mana piala ni boleh mengecil

Later Ryan Chiew sampai
Bergambar lagi \0/

Dah puas lepak, time to go home untuk beli bahan mentah. Sampai rumah, anak pula nak bergambar dengan Piala Brooks

Zaquan

Hasanah & Zaquan

Hasanah Dengan Pialanya

Sebenarnya ramai geng BWC yang jadi sukarelawan pada hari itu. Mereka serve air di last water station. Too bad masa tu masih agak gelap dan saya tak tahu mereka ada dekat sana, so saya berhenti ambil air, minum sambil jalan dan teruskan berlari

Sukarelawan BWC. Thanks you guys 

Overall memang banyak yang perlu improve, macam yg saya tulis sebelum ni
1) Surau
2) Jumlah pelari. Too crowded
3) Air 100 plus perlu ada setiap water station & jarak antara water station sepatutnya setiap 3km
4) Route yang sempit dan gelap
5) Goodie Bag perlu ada, at least we have a bag to carry the Piala dan juga voucher discount Brooks

Saya mungkin akan return sebagai sukarelawan sahaja untuk edisi akan datang.

p/s: Ada seorang pelari berusia 50 tahun telah meninggal dunia dalam acara ini. Sewaktu kilometer pertama saya sudah perasan ada seorang pelari wanita sedang memberi CPR  kepada seorang pelari sedang terbaring. Takziah kepada keluarga mangsa.

Klik LIKE kalau suka Entry Ni

20 comments:

  1. 1o km ye...1 km larat la ni..itu pun mengah-mengah dah budak sekolah ketawekan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku start dulu pon mengah2 jugak, tapi dah selalu mmg ok la nk lari 10km

      Delete
  2. Replies
    1. tq bro. tapi aku 10km da semput, lagu mana nak ultra mcm korang

      Delete
  3. Oh, that's terrible. Ada jugak pass-by the group of people yg tgh bagi bantuan, nampak this one guy (I thought it's a guy) dah terbaring atas jalan. I didn't stop sebab time tu dah ada 6-7 people surrounding him...

    Anyway, 1:08 is pretty good. Congrats.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang terbaring tu memang lelaki, yg dok bagi cpr tu perempuan. dia lari 21km, tp sebab route tu converge dengan route 10km tu yg orang lari 10km pun nampak.

      tu la, hepi gak la dpt timing macam tu.

      Delete
  4. Harap-harap dapat berlari 10km dengan Matjoe di Standard Charted KL Marathon June ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau event ramai org nak terserempak mmg payah. senang mmg kene calling -calling or sebelum lari set utk berkumpul dekat satu2 tempat. roger2 la nnti dkt facebook ke. Stan chart nnti my try for 21km.

      Delete
  5. ada juga 100plus? kenapa saya rasa utk half marathon tak ada 100 plus pun? cuma drinking water biasa sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. final water station ada 1 tier 100plus, selebihnya semua air mineral. ataupun masa hang lalu stok dah abis. tapi aku maybe tak join kot tahun depan, route dia sempit n bahaya. ada jgk dgr org kata kali ni punya penganjuran mmg kedekut.

      Delete
  6. Lu mmg power la bro. Salute. BTW congrats sbb lu berjaya masuk marathon macam ni. Keep it up. Moga sukses utk HM jun nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq bro. aku rasa aku kene inspire hang untuk lari balik. nak jugak ada geng blogger mcm ko utk bergambar lepas lari. HM nnti aku aku cuba yg terbaek.

      Delete
  7. cayalah bro...kawe pun x pernah dpt prestasi macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks bro. kene turunkan lagi berat badan aku ni kalau nak lari lagi laju.

      Delete
  8. Congrats bro. Tak lama lagi sub 60 minit! :)

    ReplyDelete
  9. Congrats Matjoe! Cayalah dah shave off minutes from your target.

    Akak lari 10km memang tak larat. mengah. Sajer nak cakap. kekeke

    ReplyDelete
  10. wahhh
    10km?
    jauh tu
    terbaiklah bro :-)

    ReplyDelete
  11. slalu masuk 10k since 2011 mcm2 event. tp masa event brooks aritu pancit lak.. itu pon nonstop running untill 7k pancit.. terpaksa jln sikit.. total time lari pon worth..slalu less 60mins for 10k. this brooks result nom 500+ total time 65mins.. pon ok la. alhamdulillah
    ini sbb mlm not well prep..mlm terlalu byk mkn podeh2.. pagi lak diarrhea.. huhuhu
    tggu next event for mizuno 16k and scmr 10k.. hope success..

    ReplyDelete
  12. 1st time masuk blog ini. Suka baca cerita anda.

    ReplyDelete

Link Within

Related Posts with Thumbnails