Tuesday, August 20, 2013

Pilih kerja yang anda suka buat, anda tak perlu bekerja seumur hidup

"choose a job you love and you will never have to work a day in your life"

aku rasa semua orang pernah dengar kata kata hikmah ni. ada betulnya tapi tak semua orang dapat 'follow' apa yang dimaksudkan dgn kata2 hikmah ini. Infact kalau ikut percentage mungkin 10%-20% sahaja (ni anggaran peribadi). Saya sendiri rasanya tidak tergolong dalam kategori ini.

Apa yang saya suka buat?
Makan
Tidur
Main-main dengan anak
Main Games
Baca Gossip
Baca pasal kereta dan moto
Baca pasal gadget
Tengok rumah2 baru yang dilancarkan oleh property developer ternama
Pergi menghantar orang kenduri kahwin
Berlari

Daripada apa yang saya tuliskan dekat atas, macam agak buntu macam mana nak hadir situasi yang minat kita membuatkan kita  tak perlu bekerja seumur hidup.

Mungkin ada cara, sebagai contoh Makan, mungkin boleh jadi chef dan buka restaurant, atau jadi food blogger yang terkenal, tapi soalnya pula, adakah kita good enough untuk pursue perkara yang kita suka. Soalan yang paling penting juga, adakah dengan membuat apa yang kita suka boleh mendapatkan jumlah gaji yang cukup dengan taraf hidup sekarang. Saya mungkin boleh jadi tukang masak yg sukakan kerja saya dan berasa yang saya tidak bekerja, tapi kalau dapat gaji 2k sebulab sahaja mungkin ada baiknya saya mencari kerja yang lain, yang boleh saya buat walaupun tidak betul2 menyukainya.

Lainlah kalau ada bapa yang kaya, boleh experiment dan buat apa yang kita suka, then ada back abah yang kaya bila gagal ataupun takde hasil.

Kadang2 timbul rasa jeles dengan mereka yang bekerja dengan melakukan apa yang mereka suka dan berjaya.

ada pereka fesyen yang berjaya
ada photographer yang berjaya
ada perunding imej yang berjaya
ada pemain games yang berjaya
dan off course ada penulis blog yang berjaya.

to be honest i envy them, mereka tak banyak, mereka ni macam tak bekerja seumur hidup sebab mereka buat apa yang mereka suka.

Adakah kerja yang anda buat sekarang ini adalah yang anda suka? Apa benda yang anda suka buat dan rasanya boleh membuatkan anda berasa anda  tak perlu bekerja seumur hidup?


Klik LIKE kalau suka Entry Ni

12 comments:

  1. ...baru beberapa thun kerja entah mngapa hati kata tak 'in' dgn kerja sekarang. Mcm ada sesuatu yg xkena.. Mgkin ada juga faktor lain menyumbang ketidakseronokan tu..

    ReplyDelete
  2. Kena cari motivasi utk kerja kuat...

    ReplyDelete
  3. dulu saya kerja kilang sarung tangan. benti
    pastu keje kilang kimia. benti

    sekarang saya sambung belajar. dalam sejarah yang ni paling lama. tapi mungkin bukan sebab saya suka belajar. sebab banyak masa lapang.

    ReplyDelete
  4. kalau asyik malas malas malas. mati lagi bagus

    ReplyDelete
  5. Saya suka dengan apa yang saya buat sekarang ini "buat masa ini". Cuma apa yang saya buat sekarang "kebanyakannya" untuk "orang lain". Cuba keluar dari "zon tak de la selesa sangat". Dan ya, perlu lebih motivasi untuk melangkah lbih jauh!

    ReplyDelete
  6. macam tengok dalam filem hindustan lakonan amir khan - 3 idiots. Mereka buat apa yang mereka suka... barulah mencapai kepuasan kerja yang sebenar.....

    ReplyDelete
  7. kerja sekarang macam sudah jadi sebati dalam diri. sebab sudah bekerja lebih 12 tahun gitu.
    walaupun pada mulanya rasa macam tidak yakin boleh jadi seorang pensyarah.
    namun setiap pemberian /kurnian ALLAH adalah yang terbaek utk umatnya.

    ReplyDelete
  8. mungkin lah...pangdangan saya.

    1. mula2 suka tapi takleh berhenti kat sini je.tak jadi..ni baru basic.
    2. then jadikan ianya hobi...di sini baru start mula explore. kalau td suka memancing..dah jadi hobi dia akan start cari2 lubuk port2 baik...tiap2 minggu gi kuar cari port share2 network kenalan. hari2 pikir pasal hobi baru dia..
    3. kemudian bercita2..mungkin daripada masalah atau pengalaman memancing td dapat ilham cipta pancing baru..dapat kenalan ngan tokey kolam..bercita2 pula nak ade kolam sendiri..berangan2 semua jenis ikan dia ade bela..pastu sharing pengalaman dengan orang..pastu jadi consultant pasal ikan, bisnes..pastu...
    4. kembangkan...sila tambah.

    hee....

    lebih advance sket.kita kena set minda bisnes juga. kemudian ape yang kita buat automatic kita akan terpikir macam mana benda alah ni leh dikembangkan.ade potensi tak..so walaupun hobi orang lain/buat kerja dengan orang pun leh jadi idea baru untuk kita juga..

    saya ade bisnes kecil2an yang asalnya adelah hobi dan minat orang lain...he.

    ReplyDelete
  9. cth:

    1. suka makanan..hobi jalan2 cari makan..pastu wat program jalan2 cari makan..
    2. tidur..tak lah.takde idea lagi.hee.wah wat movie/novel hasil idea mimpi hari2 anda.kah2..
    3. main dengan anak..mainan..pakaian..makanan anak..cari sources mai mana. borong then jual kat sdara2 mber2..cakap terbaik dari ladang..den dah torai bagus..
    4. main game..game ape best...terkini??cari pemborong/pengedar..beli 2..satu main,satu jual kat orang..cth la..
    5...6..7..8..sila tambah2.he.

    paling senang:

    hobi/kesukaan saya ialah berbisnes..tak kira ape pun, saya nak bisneskan dia.huu.leh???

    http://tulusgroup.blogspot.com


    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah..saya suka dengan kerjaya saya sekarang..asalnya tidak yakin juga..

    ReplyDelete
  11. best kalau dapat financial freedom

    ReplyDelete
  12. suka dengan apa yg akk buat sekarang.sesekali memblog n jalan2 ke blog rakan, hari2 berfb, seminggu sekali bermain dgn cucu2, sesekali jalan2 cari makan n jalan2 melawat kawasan..aktiviti org pencen..

    ReplyDelete

Link Within

Related Posts with Thumbnails