Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) dilanacarkan hari ini! Tak bersorak Yahoo sebab syaratnya tak lepas
Hehe, pulangan memang menarik (32 % annually! wow), cuma syaratnya strict untuk pendapatan isi rumah max rm3k. Which mean, mereka yg berpendapatan lebih rm3k tak dapat.
Make me think, why not suruh parent matjoe apply, they both jobless dan tiada pendapatan berpenyata. Haha.
But come to think of it, dengan gaji sebulan rm3k, apa sangat yang mampu dibeli, kalau once dah settle pinjaman rumah dan kereta possible untuk simpan rm5k untuk permulaan pelaburan. Tapi kalau commit dengan sewa rumah dan kenderaan, memang cukup bulan habis lah duit itu.
Saya ada baca komen Aidid Muaddib pasal skim ini, yg mana dia terhidu bau tikus. Which i agree to his point.
Bagaimanapun mungkin juga cara kerajaan nak membantu golongan miskin dgn cara membeli skim amanah ini. Ada orang kata ianya agenda politik untuk memenangi hati rakyat. Rasanya yg bujang tak boleh apply. Kene berkeluarga terlebih dahulu.
Untuk maklumat lanjut: http://www.sara1malaysia.com.my/n_index.php (untuk versi bahasa boleh terus clik pada bawah sebelah kanan)
KELAYAKAN
Permohonan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun
Pemohon mesti mempunyai pendapatan kasar isi rumah antara RM500 hingga RM3,000
Pemohon tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman
Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh bank
Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB:
Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT);
ASB Sejahtera; dan
ASW 2020 Bandar
Pemohon dan /atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000
Status akaun unit amanah ASNB tidak bermasalah
Permohonan adalah tertakluk kepada agihan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I sepertimana yang telah ditetapkan dan sekiranya masih ada:
Bumiputera - 50%;
Cina - 30%;
India - 15%; dan
Lain-lain - 5%
Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja
DEFINISI ISI RUMAH
Isi rumah yang layak memohon adalah individu dengan jumlah pendapatan kasar bulanan antara RM500-RM3,000 yang merangkumi kategori berikut:
Berkahwin - kombinasi pendapatan kasar suami dan isteri; dan
Ibu atau bapa tunggal - pendapatan kasar individu.
Klik LIKE kalau suka Entry Ni


