Sunday, July 4, 2010

Suami, Bapa dan Perunding Hartanah Lelong

Ok entry memperkenalkan blogger datang lagi. Kali ni aku nak memperkenalkan tuanbri, nama sebenar aku macam tahu tapi tak confident nak nyatakan disini. Selesa dipanggil Bri. Ni aku nak ketengahkan dulu entry beliau:

 Apa it kaveat part 1

Apa itu Kaveat ?

Dipetik daripada “caveat emptor” bermaksud “sila ambil perhatian”.
Sesiapa yang meletakkan Kaveat ke atas hartanah adalah satu cara untuk memberitahu orang lain bahawa kalau sesiapa yang hendak membeli hartanah tersebut, perlulah mengambil perhatian terhadap hak kaveat ke atas hartanah tersebut.

Bermakna sesiapa yang ingin membeli, hendaklah memaklumkan kepada org yg meletakkan Kaveat itu tadi. Dia ni dipanggil “caveator”. Jadi Pejabat Tanah tak boleh menguruskan hartanah tersebut melainkan memaklumkan kepada caveator tersebut terlebih dahulu.

Siapa yang boleh memfailkan kaveat ?


Apabila pembeli sign kontrak untuk membeli hartanah tersebut, pembeli mempunyai “hak kaveat”. Hak kaveat ini boleh melindungi pembeli akan haknya ke atas hartanah tersebut.

Orang lain yang boleh memfailkan Kaveat ialah :

• Orang lain yang sign kontrak ke atas hartanah yang sama. Benda ni boleh berlaku bila 2 agen hartanah menjual hartanah yang sama kepada 2 pembeli yang berbeza. Pembeli 1 akan meletakkan kaveat untuk menegakkan haknya sebagai pembeli awal. Pembeli 2 boleh meminta “Wang Ehsan”.

• Si Pemiutang yang ingin menghalang si penghutang menjual hartanah tersebut. Si Pemiutang (kalau korang tak paham, ini orang yang bagi hutang-Ah Long, Ceti). Mungkin ada perjanjian yang mana Si Pemiutang dibenarkan memfailkan Kaveat apabila pinjaman diberi.

• Orang lain. Terdapat beberapa senario yang mana mungkin memberikan “Hak Kaveat” kepada pihak tertentu.

Hanya orang yang mempunyai Hak Kaveat saja yang boleh memfailkan kaveat.

So macammana nak deal dengan rumah lelong yang ada kaveat ?

macammana nak tahu rumah lelong tu ada kaveat ke tak ?

Kaveat ni sejenis kek yang Hanan Manjalara buat dan jual ke ?

Siapa lah yang berminat untuk membeli rumah lelong yang ada kaveat ?
Takkan sampai bila-bila rumah tu tak boleh dibeli ?

Sesiapa yang berminat untuk memfailkan kaveat, sila hubungi peguam anda atau boleh gunapakai peguam Satu Solution untuk mengenalpasti kewujudan Hak Kaveat ke atas hartanah tersebut. Supaya nanti kaveat tu taklah senang kena reject….

Bila nak failkan kaveat ?
asap. bila tau Hak Kaveat telah wujud….melalui sign Kontrak tadi…dgn agen Hartanah.

Kalau kita nak beli rumah lelong tapi ada orang lain letak kaveat ke atas hartanah tersebut, macammana pulak ?

bersambung ke part2 dan part3

Ok, entry kat atas adalah yg memudahkan pemahaman mengenai kaveat. boleh teruskan membaca part2 dan part 3.

Ni blog address dia:

Rupa blog dia:

Basically blog dia berkisahkan hartanah lelong dan segala urusan berkaitan hartanah. Tapi yang paling utama, blog ni medium untuk dia mempromosikan khidmat Konsultansi Hartanah Lelong.

Dalam blog ni ada listing hartanah lelong untuk dibeli.Khidmat yang ditawarkan adalah dari A to Z. Bermula dari nasihat pemilihan hartanah, pembiadaan, nasihat guaman, nasihat pinjaman kewangan, pembaikan rumah dan penggendalian penyewa.

Aku sendiri memiliki hartanah yang diperolehi dari lelong. Memang aku akui, jika dilakukan dengan betul, memang membeli rumah lelong menguntungkan.

Berikut adalah nombor telefon bri, 0163106500, boleh telefon jika anda berminat mendapatkan hartanah lelong.

Klik LIKE kalau suka Entry Ni

10 comments:

spek biru said...

wah,tuan bri boleh la masuk dlm auction utk beli rumah lelong klu kita nk mintk khidmat dia eh?

Jard The Great said...

blog aku dulu rupanya sebijik mcm tuanbri.. ehehe

rohaniah noor said...

hehe. matjoe boleh claim commission dari tuanbri nih..

Matjoe said...

@spek biru - yep, boleh, but of course ada minimun cas

@hard - hak2, nice

@ani - boleh gak kalau bri nak kasik

Eyriqazz said...

pernah dengar namanya...n pernah singgah blog nya..byk informasi menarik..sayapun tengah nak blajar ngan matjoe teknik investment rumah ni...bro,ajar2kanla ya..

tuanbri said...

Matjoe - thanks. camne nak kira komisen ni ?

Spek biru - boleh
Jard- apa jd ?
RN - mmm..tgh discuss


Tuanbri.com

engkubujal said...

tuan bri nama penuh nye ape?
tuan ibri ke bro...
wa tak pernah tgk ic dia...

matjoe-- entri ko sokmo mceriakn aku..10q

Matjoe said...

@eyriqazz - tanya jer apa nk tanya. apa yg aku tahu bleh jawab. kalau taktau, ada member yg boleh dirujuk

@tuanbri - 1 confirm client yg mention kenal blog ngko melalui blog aku rm50.

hahaha

@engkubujal - tak salah aku BRIYAN, sebab tu nama dipanggil tuan bri,

faris said...

tuanbri memang otai.. power ooo dia ni..

Matjoe said...

@faris - hak2, otai merangkap macha ngko. hik2

Link Within

Related Posts with Thumbnails