New Sunday, new book review babeh, kali ni aku nak bagi ulasan buku yg aku baca bertajuk The Millionaire Chronicles oleh seorang penulis buku kewangan tak lain dan tak bukan encik Azizi Ali. Aku try cari gambar buku ni di internet tapi tak jumpak
Bab2 dalam buku ini adalah kompilasi penulisan Azizi Ali dalam majalah bulanan Personal Money dari tahun 2004 till 2007. Topik2 yg dikisahkan tidak ada sebarang pengkhususan asalkan berkaitan dengan kewangan. Actually every chapter is something yg korang tak boleh nak expect apa topiknya.
Aku kene bagitau, buku ni mmg sangat best utk dibaca. Mmg best betul gaya penulisan dia. Nak diceritakan, aku cuma perlukan kurang dari 24 jam utk abis baca buku ni. Petang aku pinjam buku ni, malam tu aku baca lagi sampai mengantuk, terjaga bangun subuh pun sempat lagi baca few chapter, pagi the next day aku dah abis baca.
Nak share my favorite entry, adalah entry berkaitan kereta dan apakah yg cuba disampaikan oleh pemilik kereta itu, mcm contoh:
kancil - aku tak perlu dah naik moto
wira - lagi best dari org yg bawak kancil
bmw 3 series - aku lagi kaya
and the list continues...
something like that la, tapi ending yang paling best, utk semua kereta yang dimodify, tak kira laa letak sticker, tukar exzos, tukar sport rim besar, letak spoiler: MEREKA INI MISKIN
point of his argument, tak ada org kaya yang dia kenal yang modify kereta yang mereka beli, they leave their flashy ride as it is. Kalau modified pun bukan boleh melajukan kereta tu sendiri.
Aku sendiri setuju dgn statement ni, rata2 90% kereta yg dimodify ni memang kelihatan tidak lawa berbanding rekaan asal. Aku personally agak berperasaan tak suka bila tengok kereta yg dimodify, rasa rimas ada, menyampah pun ada, nak2 yg ada tukar ekzos yang hanya membisingkan keadaan dan bukan laju pun.
truly a good read, pinjam 1 utk baca ataupun beli terus, harganya rm40
p/s: Azizi Ali ni minat sangat anita sarawak sampai few time dia mention dalam buku ni.
Klik LIKE kalau suka Entry Ni
Klau d-perhati2-kan kreta2 yg mahal2 nie dah siap pasang semua aksesori masa d-beli.... sebab tu la dah tak payah nak modify / tambah aksesori2.... lagi pun kalau modify / tambah aksesori boleh menjejaskan sistem keselamatan dan jaminan.... dan kreta2 yg TAK mahal pulak biasanya dijual 'kosong'... TAK DE skirting, spoiler, sport rim, airbag, ABS, GPS, TC, BA etc... sebab tu la kreta2 mahal tak perlu d-modify / tambah apa2 aksesori berbanding kreta2 yg TAK berapa mahal.... Lagi pun tuan2 punya kreta2 mahal nie mana la ada masa nak p kedai aksesori nak modify kreta2 diorang tu.... lebih baik masa diorang tu d-gunakan utk fikir camna nak meng-ganda-kan RM/aset masing2....
ReplyDelete:-aLCapone-
@alcapone - agreed. cuma kadang2 tak kene dgn kereta asal dan memburukkan lagi keadaan
ReplyDeletetidak suka modified kereta juga...i luv ori!
ReplyDeleteYang jelasnya, nilai kereta menyusut dengan cepat. Kita beli kereta hari ini, esok kita jual dengan harga yang agak rendah yang sebernarnya walaupun kita belum pakai lagi!
ReplyDeleteBerbeza dari aspek pemasaran, kereta yang bernilai tinggi dan diubahsuai utk diberi persepsi yg tertentu boleh meningkatkan jualan sesuatu biz. Contoh biz MLM memerlukan kereta mewah utk tujuan tarikan pelanggan.
Bagi saya, kereta sekadar membawa saya ke destinasi yg nak dituju.