Friday, May 6, 2011

Cara Ajar Anak Tak Pakai Pampers - LENGKAP!

Entry perkongsian berkenaan tajuk diatas telah lengkap, sila rujuk sambungan dengan font warna merah.Kali ni nak kongsi dan nak minta input dari ibu2 dan bapa- bapa sekalian. Sebagai seorang bapa aku sedia tahu yang pampers memang banyak jugak kene pakai bermulalah dari bayi sampailah ke kanak-kanak. berusia sekitar 4 tahun. Kos untuk pampers sahaja dah dekat rm100 sebulan. Tu pun pakai brand biasa macam fitti basic, belum lagi bercerita kalau pampers tu mami poko.

Sekarang ni aku dah berjaya ajar hasanah utk tak pakai pampers sebelah siang, sebelah malam sahaja pakai 1 pampers. sekarang ni sebulan kos untuk pampers tak sampai rm30. So disini aku kongsikan beberapa tips untuk ajar anak untuk tidak pakai pamper yang aku amalkan dekat sini:

1) Biar anak faham bahasa dulu, tahu apu itu kencing dan berak. Secara purata, pada usia 2 tahun 1/2 tu dah boleh faham bahasa.

2) Biar anak pandai bercakap nak kencing, macam hasanah dia cakap 'cincing'

3) Waktu nak mula, pesan kepada dia, kalau nak kencing, pegi toilet. From time to time, aku selalu tanya dia, kalau nak kencing pegi mana? dia akan jawan 'pegi toilet' secara tak langsung dia dah capture dalam minda dia kalau nak kencing pegi toilet

4) Waktu mula2 jugak kene aturkan setiap 1 jam sekali tanya, nk 'nak kencing tak?', kalau dia kata x, lepas 1/2 jam tanya lagi.

5) Kalau mcm dah ok sela masa tu boleh dipanjangkan dari 1 jam ke 1 1/2 jam, dari 1 1/2 jam ke 2 jam. Memang kene selalu bertanya

6) Sepanjang masa ni mesti akan ada jugak terkucil di mana-mana tempat selain toilet, so bila kita bersihkan kita bagitau la dia 'kan teruk abah kene basuh dan mop kencing hasanah, lain lain nak kecing pegi toilet tau'. Sini sabar pun penting jugak. Kene pulak terkucil kat carpet

7) Waktu tidur tengah hari kene pakaikan pamper jugak, tapi bila dah pandai (munkin selapas dah 3 bulan ajar) secara sendirinya dia bangun dgn bagitau yang dia nak kencing

8) Sama jugak kalau masa bawak anak berjalan atau shoping, pamper kene  always ready while kita always tanya sama ada dia nk kencing atau tak.

So far so good utk hasanah yg dh 3 tahun, targat x payah pakai pamper langusng bila dia dah 3 tahun setengah. Sekarang ni nk input utk hasanah tak payah pakai pampers full time.

Kini Hasanah dah full time tak pakai pampers sejak 3 bulan lalu. Apabila kita selalu ajak anak kencing dalam keadaan bertinggung ataupun duduk, maka anak kita dengan sendirinya tidak lagi boleh kencing dalam keadaan baring. Untuk permulaan, perlulah suruh anak kita kencing dahulu sebelum tidur, kali pertama ni biarlah lapik dahulu dgn kain dan plastik in case  masih terkencing. 

So kalau percubaan pertama berjaya bolehlah continue, kalau gagal lagi, bagi dia pakai  pamper time tidur utk seminggu, kemudian cuba lagi. So sekarang saya dah jimat duit utk beli pampers, lagi awal lagi bagus. Moga boleh jadikan panduan utk semua

Klik LIKE kalau suka Entry Ni

15 comments:

  1. satu lagi, mmg kena sabar lepas kena basuh lantai sbb anak terkencing without prior notice..

    kalau tak sabar, mmg ada jer yg akan suruh pakai pampers balik... heeee

    Inviting You To Join Give Away PILIH THEME BLOG

    ReplyDelete
  2. Sebelum dia tidur, suruh dia kencing dulu. Masa tidur, alaskan dengan something supaya kalau dia terkencing taklah basah tilam. Pagi2 bangun suruh dia kencing dulu. Keep on ingatkan dia supaya jangan kencing while sleep. Lama2 dia akan ok.

    ReplyDelete
  3. wah joe..ni bley jadi consultnt utk penjagaan anak-anak..jd panduan utk aku gk nnt nih..hikhikhik

    ReplyDelete
  4. salam.teringat potty train anak bujang ku ari tu,mula start weekend.pastu start everyday lps dia blik dr umah bbsiter.bila dh pas kat umah br bgtau kat bbsiter x yah bg pempers siang kecuali tido.

    alhamdulillah berjaya lps wat everyday tu,sbb nk hrp kan weekend susah jugak..

    ReplyDelete
  5. anak2 MDT sume mak bonda yg train.. :)
    sbb kalau MDT yg train, memang tak jadi..ngeh3x

    ReplyDelete
  6. takyah kejutkan bro..sebelum tido suruh gi kencing dulu...

    ReplyDelete
  7. toi tuh matjoe, yg paling penting kena SABAR..... skali tuh anak aku tercincing dalam Jusco, tak pasal2 aku jd cleaner. hehehehhe

    ReplyDelete
  8. @sweetdarling - tu laa, jadi parent ni mmg byk sgt bersabar

    @nora - thank, aku cuba nnti. tp dia tido buas

    @JMR - pulak dah bro ni, ambo ajak berjimat jer

    @shima - tu laa, apapun kene start

    @MDT - hmm, mak bonda yg kene wat keje ni

    @jai - ok, tp takut dia x tahan jer

    @mr_zee - hahaha, x penah lagi anak kencig kt luar. semua kt umah jer

    ReplyDelete
  9. Do you people have a facebook fan page? I looked for one on twitter but could not discover one, I would really like to become a fan!

    ReplyDelete
  10. anak yg umur 4 thn still terkucil waktu malam. yg pertama stop terus pakai pampers masa umur 3 thn 3 bulan.

    k long

    ReplyDelete
  11. saya rasa d best way, kurangkn susu btl..lbhkan makan spy dia x lapar, x ingat sgt ler nk susu..otomatik kurg kencing..jd nya senang ler ajar x yah pkai pampers.

    ReplyDelete
  12. kena tunggu Danial pandai cakap dulu la nampak gayenye..hihi

    tolong vote danial boleh..?klik like je kat cni danial

    terima kasih =)

    ReplyDelete
  13. macam anak saya umur 2 thn dah ajar x pakai pampers...mmg la kdg2 dia saje jer nak bg keje lebh...dah biase kencing kat tandas tb2 bt perangai kencing bersepah...abis la kene mop dgn mulut yg bebel...saje nak bg anak tension supaya x kencing bersepah tp anak saya siap gelak2 lucu katanya...skrg nie dah 2th 9bln...kencing dah tak bersepah...baru start malam tadi ajar dia tido tanpa pampers...dr kul 8-10mlm bg mkn n minum byk2...kul 11 mlm bg susu...kul 12 sebelom tido ajak dia pg kencing...tu pun bergaduh x nak kencing coz dah biase pakai pampers sebelum tido...alih2 bl pg kencing banyak kencingnye...tilam alas gan kain cadar tebal2...sebab tak jangka pun nak ajar anak tido tanpa pampers tiba2 jer...tp alhamdulillah mlm tadi dia tak la kencing kat tilam...cuma tgh malam jer dia mintak air ribena...tp tak layan kalo bg kang terkencing pulak tak tilam...krnye saya nie agak kejam jugak la tp kalo cara nie berkesan mungkin ok kot...pg kul 7 pg bg anak minum susu n sarapan nasi goreng...

    ReplyDelete
  14. Ank st sthn 9 bulan...dh pndai ckp....br je nk ajar x pkai pampers...nk share kt blog ye...

    ReplyDelete
  15. Ank st sthn 9 bulan...dh pndai ckp....br je nk ajar x pkai pampers...nk share kt blog ye...

    ReplyDelete

Link Within

Related Posts with Thumbnails