Tuesday, January 31, 2012

Nasi Lemak Sedap Setapak Kuala Lumpur

Rakan blogger yg pemurah Eyriqazz.com berbesar hati untuk membelanja rakan blogger di Nasi Lemak Sedap di Jalan Langkawi, Setapak Kuala Lumpur, Bila search google maps, GPS coordinate ialah 3.201692,101.71086, kedainya ialah Ana Tomyam dan didalamnya ada open 2 table untuk jual nasi lemak. Tanpa bertangguh, layankan je la gambar dibawah.

 Banyak pilihan lauk - paru, ayam, sotong, telur puyuh dll

tauke nasi lemak, husband Amy bersama family kak ina yg sedang pilih lauk

ni dia eyriqazz belanja

ni nasik lemak yg daus ambil

ni matjoe ambil (mentang2 eyriqazz blanjer, byk jer angkut)


ni eyriqazz ambik

hasanah gak simple, dia ambil telur goreng

semua yg datang kecuali saya yang ambil gambar

Rasanya sedap dan harganya ok. Nasinya lembut sambal jugak sedap, saya suka sambal kerang. untuk ayam goreng, not bad, cuma saya lebih suka yg terasa rempah dan tada rasa manis2 sikit.

p/s: been a while saya tak letak byk2 gambar!

Klik LIKE kalau suka Entry Ni

Monday, January 30, 2012

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia)

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) dilanacarkan hari ini! Tak bersorak Yahoo sebab syaratnya tak lepas

Hehe, pulangan memang menarik (32 % annually! wow), cuma syaratnya strict untuk pendapatan isi rumah max rm3k. Which mean, mereka yg berpendapatan lebih rm3k tak dapat.

Make me think, why not suruh parent matjoe apply, they both jobless dan tiada pendapatan berpenyata. Haha.

But come to think of it, dengan gaji sebulan rm3k, apa sangat yang mampu dibeli, kalau once dah settle pinjaman rumah dan kereta possible untuk simpan rm5k untuk permulaan pelaburan. Tapi kalau commit dengan sewa rumah dan kenderaan, memang cukup bulan habis lah duit itu.

Saya ada baca komen Aidid Muaddib pasal skim ini, yg mana dia terhidu bau tikus. Which i agree to his point.

Bagaimanapun mungkin juga cara kerajaan nak membantu golongan miskin dgn cara membeli skim amanah ini. Ada orang kata ianya agenda politik untuk memenangi hati rakyat. Rasanya yg bujang tak boleh apply. Kene berkeluarga terlebih dahulu.


Untuk maklumat lanjut: http://www.sara1malaysia.com.my/n_index.php (untuk versi bahasa boleh terus clik pada bawah sebelah kanan)


KELAYAKAN
Permohonan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun
Pemohon mesti mempunyai pendapatan kasar isi rumah antara RM500 hingga RM3,000
Pemohon tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman
Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh bank
Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB:
Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT);
ASB Sejahtera; dan
ASW 2020 Bandar
Pemohon dan /atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000
Status akaun unit amanah ASNB tidak bermasalah
Permohonan adalah tertakluk kepada agihan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I sepertimana yang telah ditetapkan dan sekiranya masih ada:
Bumiputera - 50%;
Cina - 30%;
India - 15%; dan
Lain-lain - 5%
Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja
DEFINISI ISI RUMAH
Isi rumah yang layak memohon adalah individu dengan jumlah pendapatan kasar bulanan antara RM500-RM3,000 yang merangkumi kategori berikut:
Berkahwin - kombinasi pendapatan kasar suami dan isteri; dan
Ibu atau bapa tunggal - pendapatan kasar individu.

Klik LIKE kalau suka Entry Ni

Melabur dalam no. plate?

Salam hari ahad. gambar diatas  saya ambil dari majalah auto trader bulan jan2012. apa yang menariknya, harga no plet N7  nak dijual pada harga rm450k! Saya tertanya jugak berapa agaknya harga nombor ini semasa ia dibeli.

rasanya kalau kita jadikan pembelian nombor plate sebagai 1 pelaburan, agak2 menguntungkan tidak? saya pernah terfikir tentang idea utk membeli nombor seperti membeli berberapa nombor seperti

wnw 5678
wpw 5678
wqw 5678
wrw 5678
wsw 5678

when the time come boleh jualkepada yg berminat nak beli nomber sekaligus, misalnya keluarga yg nak sekeluarga ada nombpr plate yg sama. hmm, its just what i have in mind, do you think this will work?

Klik LIKE kalau suka Entry Ni

Saturday, January 28, 2012

Mengkagumi Warren Buffett

Saya temui gambar dibawah dari 9gag. Impressive. Mari share dan like ramai-ramai. Make me thinking, those yg invest for the sake of getting nice car or superbike wont succeed in their target. Fine, dah cuba publish but maybe limitation Blogger.com tak boleh publish gambar yang panjang. Save the picture n zoom in or Click on the link shared above




Klik LIKE kalau suka Entry Ni

Friday, January 27, 2012

Agent Takaful Prudential Sepenuh Masa

Ingin mencari ejen Takaful Prudential yang buat insurans secara Full Time? Ok Ni bukan sponsor post atau advertorial so I'll keep it short, just my way of saying thank to him for nice 2012 organizer seperti dibawah.



Ejen saya adalah Encik Yusnan Salikin dan jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang insurans boleh email kepada saya di matjoe9498@gmail.com dan saya akan sharekan contact number Encik Yusnan

Klik LIKE kalau suka Entry Ni

Thursday, January 26, 2012

What Will You Do?


This i my son, hari pertama bangun tido selapas balik dari hospital, masih nampak muka penat dan layu nya. Doktor rumuskan demam dan ciri mungkin berpunca dari air yg digunakan di nursery dan jugak virus-virus yang Irfan belum immune. 

Ada 3 pilihan, tentang penjagaan irfan, what will you do, what will you choose

Continue hantar nursery:

pro: tak perlu susahkan sesiapa, ada privacy di rumah

cons: bersedia untuk bermalam di wad lagi

Opah Ipoh datang rumah untuk jaga:

pro: Penjagaan tip top penuh kasih sayang seorang opah

cons: menyusahkan opah yg dan tak berapa kuat dan kurangnya privacy

Opah bawak balik jaga di kampung:

pro: opah selesa berada di rumah sendiri, 

cons: still menyusahkan opah, matjoe n abby akan rindu kan irfan

So, what will you do for irfan

Klik LIKE kalau suka Entry Ni

Wednesday, January 25, 2012

Pengalaman Malam Pertama Dan Ketiga


Gambar diatas adalah gambar yang diambil dari jendela wad. Dalam apps camera zoom fx, i dont know how to switch on the flash. Apapun sekadar catatan tentang saya yang menjaga irfan selama 2 malam. Malam pertama saya jaga, malam kedua wife jaga dan malam ke 3 saya jaga

Malam pertama - Memang mencabar dan memenatkan, sejak mula admit, suhu cuma turun akibat effect ubat, lepas ubat dah tak masuk, suhu naik balik. Irfan memang restless, nak berdukung sahaja. Berak dan cirit memang kerap, sewaktu petang dan malam agak susuh untuk dia tidur sebab demam, saya kene kejutkan dia untuk salin pampers, kena makan ubat dan cek suhu, dan jugak pesakit sebelah yg ramai pelawat dan bising.

Menjelang malam, badan memang dan penat, dalam pukul 12:30 saya berjaya tidurkan dia, rasa macam boleh tidur lama la. Then pukul 1:20 dia dah merengek, cuba peluk dan tepuk peha dia pun masih gagal nak tidur kan dia balik. At the end dlm kepala bengong dan pening dpt tido sekajab, saya kene dukung dia jugak. Once rah dukung tu, dia macam tertidur tapi bila letak dia mula jaga dan menengek balik.

Jenuh jugak nak mendukung dan membuai supaya dia tidur, tangan dah lenguh, pinggang dah sakit, dalan pukul 2:30 baru terfikr nak sandarkan badan pada katil, dapat jugak tidur walaupun tak selesa, irfan ada gak once in a while jaga, tp memang tak boleh tido sangat.

Dalam pukul 5 lebih ubat smpi, bagi ubat, dalan pukul 6 lebih barulah dapat letak irfan dan tido sebelah dia, dalam pukul 8 saya dah jaga, itupun sebab ifran dan merengek. So mmg kejab je dpt tido. dalam pukul 12 wife sampai, tukar shift. That pretty much it.

Malam Ketiga - Tak sesusah mana, dan malam tahun baru, irfan masih mengantuk2 dan banyak tido. Cuma perlu bagi ubat dan basuh cirit, condition pun dah improve, but still ada demam sikit. Best part dapat layan bunga api tahun baru china dari tingkap bilik. Best jugak dpt tidur selesa dan jaga sikit2 jer hingga pagi. Dan awesome jugak jiran sebelah dah balik, so tiada bunyi bising.

Paling best : Hari ke 4, jam 4 petang Irfan dah boleh balik. Syukur. Moga Irfan jangan sakit selalu dan sihat sentiasa.

Klik LIKE kalau suka Entry Ni

Sunday, January 22, 2012

Tak Balik Raya Cina

so, bila irfan warded ni, makan terbatal la hasrat kami untuk balik cuti raya cina tahun ini ke kampung. sedih jugak sebab matjoe sendiri dah lama tak jengok parent since awal bulan 12 tahun lepas. apapun kene redha dengan apa yg berlaku dan make the best of it.

ifran masih ditahan di wad, suhu mmg tinggi, kadang2 smpi 4 cirit pon kerap. waktu malam saya jaga dia, memang dia susah nk tido. nak berdukung saja. tak pasi bila boleh balik,tapi doktor dah bagi antibiotik yg sepatutnya. kami gilir2 jaga, hari ni my turn pulak sampai besok pagi.

harap tak la lama sangat kat ward ni, bukan best sangat, 1 bilik dgn india, agak bising dgn tv india dan jugak perbualan bila saudara mereka datang. nak dijadikan cerita jugak, tangan irfan yang cukuk jarum jugak bengkak, maybe waktu first time buat tu, org yg buat tu macam tak berpengalaman, darah nak keluarpun susah, semalam dalam kul 4 wife perasan tgn dah bengkak. so kene buat dekat satu tangan lain. kesian irfan.

apapun those yg balik raya cina ni, selamat bercuti la. take care and have a good time. doakan ifran sempat sembuh dan keluar wad cepat dan tak perlu warded lagi

Klik LIKE kalau suka Entry Ni

Friday, January 20, 2012

live from kjp kajang specialist


ni dia irfan, baru admit kad wad pediatrik. get well soon my son. demam dan cirit. doktor suruh admit just to make sure everything is ok. suhu dah turun lepas doktor sumbat ubat bontot. harap x lama la bermalam dekat wad.



Klik LIKE kalau suka Entry Ni

Thursday, January 19, 2012

Pinjaman untuk yang Bergaji Kecil

Hari ini nak bercerita tentang pinjaman untuk orang yang ada gaji kecil, berpendapatan rendah. Misal contoh sekitarr rm500 ke rm1200, macam contoh guard, kilang dan restoran. Fine, to be honest cume rm20k, entah rumah macam mana yg boleh dibeli, rumah kampung boleh kot. Boleh baca lanjut: http://ehome.kpkt.gov.my/ehome/informasi/spp.cfm

Initial finding:  http://www.horlic.com/home-loan-for-low-income-earners-first-time-buyers/



To be honest, saya rasa pinjaman ini dah tak releven, rm20k dapat rumah apa? sudahlah akta ini tahun 1975 pulak. Tapi mmg masih ada yang bekerja dengan gaji rm500 - rm1200 which is sad but true. Which ever party yang menang election 2012 ni memang perlu untuk menyelesaikan isu rumah mampu milik, sebab tak semua orang boleh jadi kaya, sebab ramai2 orang miskinlah yang mengkayakan orang kaya. Jangan bila dah pegang kerajaan, dah mula nak dptkan kepentingan sendiri terlebih dahulu.

read on kalau nak tahu terma dan syarat




Latar Belakang

Program ini dilaksanakan melalui akaun amanah yang dikenali sebagai Kumpulanwang Amanah Pinjaman Perumahan kepada golongan yang berpendapatan rendah.


Kumpulanwang ini telah diluluskan pada 17 Disember 1975 di bawah Akta Acara Kewangan 1957 (pindaan 1972) dan mula berkuatkuasa pada tahun 1976.
 
Akaun ini merupakan Kumpulanwang Pusingan berjumlah RM70juta untuk memberi pinjaman kepada golongan berpendapatan rendah bagi membina rumah sendiri atau membeli rumah kos rendah yang telah siap.


Tujuan

Skim Pinjaman Perumahan bertujuan untuk memberi pinjaman perumahan kepada golongan berpendapatan rendah yang tidak mendapat punca pinjaman lain untuk membina atau membeli rumah kos rendah yang siap dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan mereka.


Rasional

Skim ini adalah salah satu usaha Kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah membiayai kos pembinaan rumah supaya golongan ini sekurang-kurangnya mempunyai tempat kediaman yang asas.
 
Melalui kemudahan ini pihak Kerajaan dapat memberi bantuan untuk persediaan tempat kediaman yang bersesuaian dan memuaskan dalam usaha untuk meninggikan taraf kehidupan golongan ini.


Pendekatan

Skim pinjaman ini dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan secara terus dengan peminjam dan dibiayai daripada tabung pusingan Kumpulan Wang Amanah Pinjaman Perumahan Kepada Golongan Pendapatan Rendah.
 
Kadar pinjaman maksimum ialah sebanyak RM20,000.00 dengan RM10,000.00 pertama dikecualikan daripada bayaran perkhidmatan manakala baki sebanyak RM10,000.00 kedua dikenakan bayaran perkhidmatan sebanyak 4%.
 
Golongan sasaran skim ini adalah isirumah yang berpendapatan di antara RM500.00 hingga RM1,200.00 sebulan yang tidak mendapat punca pinjaman lain untuk membina rumah sendiri atau membeli rumah kos rendah yang telah siap.


Sumber Pinjaman

Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan Kepada Golongan Berpendapatan Rendah di bawah (SPP).


Syarat-syarat Pinjaman
 
Pinjaman Skim ini tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:-


 Warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga 48 tahun.


 RM 20,000.00


 Antara 5 hingga 20 tahun


Pinjaman RM 10,000.00 pertama dikecualikan daripada bayaran perkhidmatan manakala baki sebanyak RM 10,000.00 kedua dikenakan bayaran perkhidmatan sebanyak 4%.


 Di antara RM500.00 hingga RM1,200 sebulan




Untuk membina rumah baru yang kosnya tidak melebihi RM 25,000.00 atau membeli rumah kos rendah yang siap mengikut harga rumah kos rendah berdasarkan kawasan/lokasi.


 Untuk pembinaan rumah baru, peminjam mesti mempunyai tanah untuk tapak rumah yang akan digunakan sebagai cagaran.


 Untuk pembelian rumah kos rendah yang telah siap, tanah dan rumah yang dibeli hendaklah digunakan sebagai cagaran.


 Pemohon belum mempunyai rumah sendiri.


 Pemohon bukan kakitangan kerajaan, badan berkanun dan Institusi Kewangan.


Kemudahan Pinjaman Perumahan Golongan Berpendapatan Rendah Ditawarkan Agensi Lain
 
Berikut adalah capaian kepada agensi-agensi lain yang menawarkan
pinjaman perumahan kepada golongan berpendapatan rendah:


Hubungi:
 
Bahagian Skim Pinjaman Perumahan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 5, Blok F Utara
Pusat Bandar Damansara
50782 Kuala Lumpur.


Tel : 03-2087 4500
Fax : 03-2093 4791



Klik LIKE kalau suka Entry Ni

Wednesday, January 18, 2012

Wordless Wednesday #15 - Hasanah di Hari Pertama Tadika


Just to share gambar hasanah di hari pertama Tadika Little Caliphs bersama teacher Fiqa. Rajin2 lah belajar wahai anakku.

Klik LIKE kalau suka Entry Ni

Tuesday, January 17, 2012

Seminar Hartanah Penang

Salam hari selasa. Seminar hartanah di Pulau Pinang apa pulak ni. Actually nak mengulas entry AE yang bertajuk Orang Utara Tolong Jangan Datang  . Dalam entry tu bercerita yg AE bercadang nak buat seminar hartanahnya di negeri sebelah utara yang berkemungkingan besarnya Penang.

sebut pasal penang saya pasti teringatkan jeruk buah - buahan yang berwarna warni selain nasi kandar

Mengenali AE in person, dia pernah bercerita yang dia kagum ada perserta seminar di Shah Alam datang dari jauh, sudahlah kene tanggung kos perjalanan, kos penginapan dan jugak bayaran untuk seminar. Dengan kata lain, adalah lebih baik utk dia sendiri datang dan buat seminar di Penang dan peserta seminar tak perlu untuk nak tanggung kos perjalanan dan penginapan tinggi.

Katakan 1 seminar 20 orang, travel cos + lodging rm300, dah rm6000, kalau buat disana, cost lodging xde dan travel cost adalah minima. Berbanding hanya speaker sahaja yang travel dan menginap. Dan untuk itu, rasanya yuran utk seminar yang biasanya bernilai rm88 tidak boleh dikekalkan.

What's more dalam entry tu, siap boleh tanya lagi Fee yang dicadangkan. Rasanya kenaikan tu minima sahaja, untuk menanggung kos perjalanan dan penginapan speaker.

Saya pernah hadiri seminar ini dan merasakan ianya berbaloi. Sesi Q&A saya rasa yang paling bermanfaat selain presentation, dimana pada waktu ini kita akan dpt dengar 'real life' punya situasi dan masalah. What's more, we can get to know the person who have the same interest with us.

So mana2 orang utara yang berminat boleh lah email abangensem98@gmail.com. Kalau cukup corum, rasanya seminar hartanah di Penang akan direalisasikan. Boleh register di sini

Klik LIKE kalau suka Entry Ni

Friday, January 13, 2012

Penyimpan 7 buah Kunci

Masih ada masalah untuk menggunakan blogger droid. semalam cuba hasilkan entry namun bila cuba publish, tak keluar pulak. Lagipun tak jumpak setting button dekat mana, rasa macam many button still missing. problem x compatible dgn honeycomb ka?

this time cuba guna website blogger guna browser firefox. So apa yang penyimpan 7 buah kunci ni? tips nak menyimpan 7 kunci rumah sewa ker supaya lebih organize ker? no, bab2 tips rumah sewa ni baca blog abangensem.com la. penyimpan 7 buah kunci yang dimaksudkan ialah album keeper of the seven key, kumpulan helloween.


Ok, now, saya taip semula di PC. Setelah masukkan gambar, dah tak boleh nak tulis selepas gambar. Anyway, album diatas adalah album Inggeris pertama yang saya beli, (album melayu yg saya beli adalah kompilasi lagu terbaik wing) sewaktu di tingkatan dua.

Menariknya semalam ada kawan 1 pejabat berbual2 pasal lagu2 zaman membesar, sampailah perbualan tentang band helloween. Happen to be, the kaset tu ada dekat dalam ofis ni jer. Yang jadi masalah, xde kaset player.

Looking back, memang antara album yg paling berbaloi saya beli. sebab kebanyakan lagu sedap. Maklumlah buka ada duit untuk beli kaset sangat pun masa tu. Menariknya band ni berasal dari german dan popular di US.

Sekali sekali recall 'good time' memang best. tak salah sandarkan pada kenangan macam Liverpool. So apa pulak band2 kegemaran anda sewaktu di sekolah menengah selain Raihan dan Saujana

Klik LIKE kalau suka Entry Ni

Thursday, January 12, 2012

Pernah jadi blogger yg bagus sehinggalah.....

Sehinggalah saya menjumpai jalan untuk bukak facebook diwaktu pejabat


Sehinggalah kantoi dgn bos ada blog dan jadi segan nak update


Sehinggalah ramai sgt yg bertanya soalan smpi tak larat nak layan


Sehinggalah saya bermain skyrim


Sehinggalah berjumpa blog yg bercerita benda yg sama tapi jauh lebih baik


Sehinggalah saya mengenali website 9gag


Ok, this just cuba2 taip entry pakai apps blogger droid.


Published with Blogger-droid v2.0.3

Klik LIKE kalau suka Entry Ni

Wednesday, January 11, 2012

Tersilap Strategy dan Percaturan

I have to admit 1 thing. Saya rasa saya telah silap strategy. Salah satu sebab kenapa saya beli tablet android adalah supaya saya lebih kerap boleh update blog sebab senang nak update, kononnya sambil jaga anak pun boleh update. maklumlah mobile....

tablet android. kredit gambar: eyriqazz.com

Rasanya strategy dah salah,

1) memang guna software keyboard memang tak best untuk menaip. Feel dia lain dan rasa macam sangap pun ada

2) mungkin saya tak rajin nak explore apps untuk update blog, tapi kalau nak update blog dengan buka browser biasa agak sukar.

saya pernah menaip di browser opera, 1 entry yang agak panjang yang bertajuk 'ada wang ada amoi' sewaktu saya menunggu perodua saya di servis, bila dah siap saya cuba schedulekan tarikh. Happen to be bila saya check semula 'edit post', entry tu macam tak masuk. Hangin 1 badan

3) gambar, tak dinafikan camera galaxy tab 10.1 ni memang bagus dan dpt ambil gambar yang cantik. tapi jadi masalah ialah mengambil gambar menggunakan tablet. At the end, ambil gambar still guna camera biasa dan kene upload dekat pc. so kalau nak update blog lebih sesuai guna PC/laptop

So, mmg tablet kurang efficient utk update blog. Tapi in term of surfing, tgk movie dan main game, mmg terbaik la

Klik LIKE kalau suka Entry Ni

Sunday, January 8, 2012

Helmet Kanak Kanak untuk Hasanah

Tahun ini Hasanah 5 tahun dan saya hantar ke Tadika Little Caliphs Bandar Mahkota Cheras. Memandangkan agak time wasting nak hantar naik kereta dan balik kerumah untuk ambil moto untuk pergi kerja, saya hantar di ke tadika naik moto dan terus pergi kerja. Untuk itu, macam saya cerita semalam, alang2 dividen asb dah masuk, tak la rasa berat untuk membayar harga helmet untuk budak2 ini.

Harga helmet ni rm35, dan saya tambah rm10 utk  visor Bogo. So semua total rm45. Malas nak survey dekat tempat lain dah, korang rasa harga ni murah ke mahal?

Ni pandangan Hadapan

Pandangan Sisi

Model menggayakan Helmet baru

Hasanah memang seronok dapat helmet ni. Siap menunjuk2 dgn kawan2 dia di taman ni. Apa2 jer la Hasanah, harap perjalanan ke Tadika selamat. Amiiin

Klik LIKE kalau suka Entry Ni

Saturday, January 7, 2012

Celebrate Dividen ASB 2012

Macam orang lain yg menyimpan ,saya biarkan sahaja dividen yg dapat tu dalam akaun. Tapi tak adalah  sampai saya x spend satu sen pun. So ada la jugak belanja kecil kecilan. Just something yg murah tapi kalau hari2 lain tak terfikir pun nak belanjakan duit ke arah itu. Misalnya yang saya pernah buat sebelum ini

- Servis moto guna minyak moto yang berharga rm25
- Tukar Rantai dan Spocket moto
- Cuti moto yg dah lebih setengah tahun tak berbasuh
- Makan lauk kari kambing 2 ketul

So this time moto tak dapat apa2 tapi saya dah spend utk 2 benda dlm minggu ni.

Pertama, baiki kasut kerja yang dan terkopak dan lekang. Kalau hari lain rasanya masih pakai lagi sampai betul2 perlu untuk baiki.


Kedua, belikan helmet untuk Hasanah pakai.Untuk keselamatan bawak dia naik moto.


Off course akan spend skit utk makan2 dgn family. So korang macam mana? Dah 'celebrate' dividen korang yang banyak tu?


p/s: ingin mulakan pelaburan hartanah? ada bagusnya membaca ebook dibawah


Klik LIKE kalau suka Entry Ni

Friday, January 6, 2012

Suria Residence Bandar Mahkota Cheras

New year, new development open for registration in Bandar Mahkota Cheras.This time around it's Suria Residence. Remember my post about Suria Court? It's the same developer which is Suria Land Development Sdn Bhd. Now take a look at the billboard erected.


Nothing much from the billboard except:

they have 2 block. Block A and Block B. Block A has bigger build up than block B (1044 - 1061 sqft). it's a service apartment and it's open for registration. The price, from verbal inquiry with their marketing agent inform the price is from 270k. Pricey? You be the judge.

One thing to consider is the traffic heading in and out of bandar mahkota cheras. I would advice the potential buyer and those who interested in this project to check out the traffic jam during peak hour at traffic light heading in and out of grand saga highway. That's 7:30 am heading out and 6:30pm heading in. To be honest it quite massive, and if you travel by car at that time, you'll stuck at about 15 minutes or more. Thank god i ride motobike

p/s: i type BLOCK as BLOG anytime, damn


p/s: ingin mulakan pelaburan hartanah? ada bagusnya membaca ebook dibawah


Klik LIKE kalau suka Entry Ni

Thursday, January 5, 2012

Hartanah Subsale Pertama Seri Budiman

Salam guys. Semalam berbual dgn jiran, dan saya dapat tahu yg sebuah rumah di  Seri Budiman yang saya duduk sekarang ini telah bertukar tangan. Owner asal telah berpindah ke Kelantan. Berikut adalah spec rumah ini:

1) jenis: rumah teres 1 tingkat (unit tengah)
2) saiz tanah : 22x65
3) build up :1050
4) tanah rezab melayu
5) tahun beli : 2006,
6) Tahun siap: 2008
7) Harga asal : rm150800

So, agak2 berapa harga subsale untuk unit ini?

Harga Subsale : RM270k


Apa Obama kata tentang appreciation utk rumah di Seri Budiman?



Klik LIKE kalau suka Entry Ni

Wednesday, January 4, 2012

Azam tahun 2012

Tahun baru, tapi azam lama, kerana azam lama tidak tercapai. Kadang kadang saya tertanya, adakah azam yang kita nyatakan itu suatu azam yang betul kita hendak dan betul2 kita mahukan atau sekadar membuat azam sempena tahun baru. Misalnya contoh azam yang paling common, iaitu azam menurunkan berat badan, adakah kita betul2 dah rangka apakah step yang kita nak follow untuk (misalnya puasa isnin khamis, bersenam hari sabtu dan ahad dan juga tak makan nasi pada sebelah malam pada  hari tidak berpuasa) kurus atau, sekadar cakap azam tahun baru ini nak turunkan berat badan tapi xde sebarang plan?

Apa azam tahun 2012 matjoe?

To be perfectly honest, memasuki tahun baru ini, saya tidak memasang apa2 azam yang khusus. Cukuplah dah ada keluarga, kerja tetap, sedikit income sewa, sedikit income blogging, sedikit income dari dividen asb dan kenaikan harga emas, dpt bonus bulan 4 nanti tambah beli emas ataupun asb. dan the rest just living life accordingly. Maklumlah ada anak kecil dan kerja tetap, tak boleh nak spend masa utk cari dan pelajari ilmu pelaburan lain, kene tunggu masa yang senggang nanti utk belajar dan explore peluang dan yang pasti ia bukanlah untuk tahun 2012.

tapi, bila tuanbri ajak masuk contest Azam 2012, saya rasa to certain extend saya perlu jugak letakkan apa azam yang realistik untuk saya kecapi pada tahun 2012.

1) Turunkan Berat Badan dan Jaga Kesihatan -


Sekarang berat 85, kalau boleh nak turunkan jadi 75kg. What's more important ialah nak jaga kesihatan dan jugak pemakanan supaya tak sakit. Supaya bila kita sihat kita tidak menyusahkan orang lain dan jugak dapat  jaga anak dengan baik.


2) Family First :


Keluarga terlebih dahulu. Jadi utk tahun 2012 saya harap macam tahun lepas jugak, saya dapat meluangkan masa untuk membesarkan anak2 bersama isteri tercinta.

Termasuk parent matjoe, adik beradik matjoe dan mertua.

3) Melancong ke KK -


Sabah adalah destinasi yg dekat dihati walaupun jauh di mata. Sejak melancong semasa wife mengandung Hasanah, kami memang rasa nak datang lagi. Sudahlah bulan Disember tak sempat bercuti, jadi rasanya memang nak bercuti jauh sedikit tahun ini. Rindu nak snorkeling di pulau manukan.

4) Income dari blogging -


Melihat kepada income blogging pada 2011, saya mensasarkan rm2000 income untuk tahun 2012 hasil pengiklanan Nuffnang. rm2000 tu mungkin tak sehebat rakan2 geng tali barut yang lain, tapi menyedari limitation utk dpt sponsored post, rm2000 tu akan terhasil dari iklan yang keluar dari CPC dan Buffer Earning

5) Tambah 1 Rumah - Kalau ada rezeki nak beli 1 rumah untuk disewakan. Jika situasi  'right place, right time, right price' maka bolehlah berkira untuk angkat. Bukan tak tahu pasaran rumah sekarang yg kekal tinggi dan jugak limitasi 30% downpayment itu.

That's about it, my 5 2012 resolution. Entry ini turut bersempena contest azam tahun 2012 tuanbri.com. Boleh  jugak join disini:


 ‘Pertandingan ini dianjurkan oleh www.Tuanbri.com dan turut ditaja oleh
www.abangensem.com Dekad Silver-Facebook www.lot.my
‘ 


Klik LIKE kalau suka Entry Ni

Tuesday, January 3, 2012

Tahun Baru 2012

Salam tahun Baru untuk semua pembaca matjoe.com.


Semoga tahun ni akan lebih baik dari tahun lepas. Saya ingin mohon maaf disebabkan kurang update. Disember adalah bulan menghabiskan cuti, dan kebetulan pula anak saya warded awal disember hari tu. Bila masuk kerja semula, byk kerja nak buat, jadi x berupdate langsung.

So sekarang ni masih nak cari momentum utk menghasilkan entry. Harap masa dan beban kerja mengizinkan.

Take Care!

Klik LIKE kalau suka Entry Ni

Link Within

Related Posts with Thumbnails